backup og meta

Penjagaan Bayi Minggu ke-48

Perkembangan & Pelakuan

Perkembangan bayi anda

Jika bayi anda belum berjalan, bayi anda mungkin mengambil langkah pertama mereka tidak lama lagi. Jika tidak, jangan bimbang. Sesetengah bayi yang normal hanya mula berjalan pada usia 16 atau 17 bulan.

Pada minggu terakhir dari bulan yang kesebelas, bayi anda mampu untuk:

  • Berdiri sendiri dengan baik;
  • Berjalan dengan baik;
  • Menunjukkan kehendak dengan cara selain daripada menangis;
  • “Bermain bola” (menggolekkan bola kembali kepada anda);
  • Minum sendiri dari cawan
  • Menggunakan kosa kata yang tidak matang (bahasa meraban yang berbunyi seolah-olah sedang bercakap bahasa asing yang dibuat-buat);
  • Bertindak balas kepada arahan satu langkah tanpa gerak isyarat;
  • Berkata tiga atau lebih perkataan selain “mama” atau “dada”.

Sokongan untuk bayi anda

Seperti biasa, pastikan bayi anda mempunyai persekitaran yang selamat untuk berlatih kemahiran baru mereka. Ikut garis panduan kesesuaian tempat untuk kanak-kanak dan jangan pernah meninggalkan bayi anda tanpa pengawasan. Ini juga masa untuk bersiap sedia dengan kamera anda.

Tiada apa yang lebih membahagiakan daripada melihat bayi anda mengambil langkah pertama. Anda boleh menggalakkan bayi anda berjalan dengan berdiri atau melutut di hadapan mereka dan menawarkan tangan anda. Atau pegang kedua-dua tangan mereka dan biarkan mereka berjalan ke arah anda. Jika mereka seperti kebanyakan kanak-kanak, bayi anda akan mengambil langkah awal dengan tangan menghala ke tepi dan membengkok di siku, kaki mereka menghala ke luar dan perut ke hadapan manakala punggung mereka lebih ke belakang untuk keseimbangan.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Kesihatan & Keselamatan

Apa yang patut saya bincangkan dengan doktor?

Kebanyakan doktor tidak menjadualkan pemeriksaan yang kerap untuk bayi anda pada bulan ini memandangkan bayi pada usia ini tidak suka dipegang semasa pemeriksaan doktor. Malah bayi dengan keresahan terhadap orang asing (stranger anxiety) mungkin tidak menyukai doktor tersebut tidak kiralah betapa mesra layanan yang diberikan. Tapi hubungilah doktor jika terdapat sebarang kebimbangan yang tidak boleh anda tunggu sehingga temu janji bulan hadapan.

Apa yang patut saya tahu?

Anda patut mengetahui simptom cacar air. Beri perhatian jika terdapat bintik merah, terutamanya jika anda tahu bahawa anak anda telah terdedah kepada kanak-kanak lain dengan cacar air. Ia mengambil masa antara sepuluh hingga 21 hari selepas pendedahan untuk simptom muncul.

Simptom cacar air

Anda akan mendapati ruam gatal kecil berwarna merah yang berkembang menjadi lepuh yang penuh dengan cecair dengan dasar berwarna merah jambu, kemudian menjadi keruping coklat kering, mula pada tubuh dan kulit kepala dan kemudian merebak ke muka, lengan dan kaki. Bayi anda juga mungkin kelihatan lebih letih, tidak begitu lapar, dan mempunyai demam gred rendah.

Apakah yang perlu dilakukan jika bayi anda mendapat cacar air?

Anda boleh berunding dengan doktor anda dalam kes ini. Untuk mengelakkan jangkitan dan parut, bantu luka sembuh dengan memotong kuku bayi anda dan dengan mengawal mereka daripada menggaru atau mengusik bahagian yang terjejas. Sesetengah ibu bapa cuba sarung tangan kapas. Anda boleh melegakan gatal-gatal dengan memberikan bayi mandi sejuk dengan baking soda atau oatmeal dan menggunakan losyen calamine selepas itu. Anda boleh merawat demam dengan acetaminophen tetapi jangan pernah menggunakan aspirin.

Beritahu doktor anda jika simptom kelihatan lebih teruk daripada yang anda jangkakan. Simptom termasuklah:

  • Banyak lepuh besar;
  • Lepuh dalam mulut atau mata;
  • Jika bayi anda demam selama beberapa hari;
  • Kulit mereka bengkak, sakit apabila disentuh, atau sangat merah.

Kerisauan Saya

Apa yang mungkin saya risaukan?

Pada minggu terakhir bulan kesebelas, anda mungkin mempunyai banyak kebimbangan. Salah satu daripadanya adalah masalah dengan puting. Anda mungkin berasa teruk memisahkan bayi anda dengan sesuatu yang disukainya, tetapi pakar berkata sekarang adalah masa yang baik untuk mula memisahkan mereka daripada menghisap puting. Terdapat dua sebab untuk memberhentikan bayi anda daripada menghisap puting. Pertama, lebih lama bayi anda menggunakan puting, lebih sukar untuk menghentikannya. Tetapi satu lagi sebab untuk berhenti sekarang adalah kerana ini adalah permulaan fasa perkembangan pertuturan. Bayi anda akan menjadi kurang cenderung untuk bercakap jika terdapat sesuatu dalam mulut mereka pada sepanjang masa.

Memisahkan mereka daripada puting mungkin menjadi sukar. Anda perlu melakukannya secara beransur-ansur dengan mengehadkan kegunaan pada siang hari dan kemudian mengusahakan sehingga bayi anda tidak menggunakannya pada waktu malam. Anda juga boleh cuba menukarkan puting mereka dengan patung haiwan atau mainan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Murkoff, Heidi. What to Expect, The First Year. New York: Workman Publishing Company, 2009. Print version. Page 460 – 465.

The chickenpox vaccine. http://www.babycenter.com/0_the-chicken-pox-vaccine_1725.bc. Accessed September 10, 2015.

When should my baby stop using a pacifier?. http://www.babycenter.com/408_when-should-my-baby-stop-using-a-pacifier_1368496.bc. Accessed September 10, 2015.

Versi Terbaru

14/08/2023

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ibu Alami Bengkak Susu, Boleh Cuba Sendiri Petua Orang Lama Ini Di Rumah!

Mama Stres Bayi Sering Meragam Kerana Perut Kembung? Jom Cuba Petua Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 14/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan