Perkembangan & Pelakuan
Perkembangan bayi anda
Pada 39 minggu, bayi anda mampu untuk:
- Bermain tepuk tangan atau melambai selamat tingal;
- Membebel dan berbunyi sedikit seperti perkataan, frasa dan ayat sebenar;
- Berjalan sambil berpegang pada perabot;
- Memahami “jangan” tetapi tidak semestinya mematuhi perintah itu.
Sokongan untuk bayi anda
Bayi anda masih lebih memahami nada suara anda berbanding perkataan sebenar anda. Mereka boleh memahami apabila anda gembira, jadi anda boleh menyebut puji-pujian tertentu seperti “Bagusnya sayang ambil mainan itu”. Lebih banyak anda bercakap dengan bayi anda, lebih banyak mereka belajar tentang komunikasi.
Bayi anda sudah mula memahami perkataan “jangan”, walaupun mereka mungkin tidak mematuhi arahan itu. Sebagai contoh, anda boleh menjangkakan mereka cuba untuk menyentuh sesuatu walaupun selepas anda berkata jangan. Adalah lebih baik untuk menggunakan perkataan “jangan” dengan terhad, dan apabila anda menggunakannya, pindahkan mereka daripada tempat larangan tersebut dan perkenalkan mereka kepada aktiviti baru.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen