Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Pelajar Sekolah & IPT Dapat RM100 Lagi! Ini Cara Tebus Baucar Buku MADANI 2026 Untuk Pelajar & Mahasiswa
Baucar Buku Madani 2026 ialah inisiatif kerajaan bagi membantu pelajar sekolah menengah dan mahasiswa mendapatkan bahan bacaan serta rujukan akademik. Untuk tahun ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian baucar bernilai RM100 diteruskan bagi memperkukuh budaya membaca dan meringankan kos pendidikan pelajar.
Jika anda pelajar sekolah menengah atau mahasiswa IPT, berikut adalah maklumat lengkap yang perlu diketahui mengenai bantuan ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, klik di sini.
Voucher buku Madani 2026: Pengumuman terkini kerajaan
Kerajaan mengumumkan bahawa program voucher buku Madani 2026 diteruskan dengan nilai RM100 bagi setiap penerima yang layak.
Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026.
Antara objektif utama program ini ialah:
Menggalakkan budaya membaca dalam kalangan pelajar
Membantu pelajar mendapatkan bahan akademik dan rujukan
Setakat ini, tarikh rasmi penebusan bagi pelajar sekolah menengah masih menunggu pengumuman lanjut daripada pihak KPM.
Bagi mahasiswa IPT, program sebelum ini menggunakan tempoh penebusan melalui portal MySiswaPlace dan kerajaan dijangka mengumumkan mekanisme terkini dalam masa terdekat.
MySiswaPlace 2026: Platform penebusan mahasiswa
Terdapat pelbagai pilihan judul buku yang boleh ditebus dengan baucar buku.
MySiswaPlace 2026 merupakan platform rasmi yang digunakan KPT bagi pengurusan baucar buku mahasiswa.
Fungsi platform ini termasuk:
Semakan kelayakan penerima
Penjanaan baucar digital
Penebusan baucar
Pembelian buku secara dalam talian
Akses kepada lebih sejuta judul buku fizikal dan e-buku daripada ratusan penerbit
Kedua-dua platform membolehkan penebusan dilakukan secara digital tanpa perlu hadir ke kaunter fizikal.
Di mana boleh guna Baucar Buku Madani?
Baucar ini boleh digunakan untuk membeli:
Buku akademik
Buku rujukan peperiksaan
Buku ilmiah
E-buku
Bahan bacaan umum yang ditawarkan oleh penerbit dan penjual buku yang mengambil bahagian
Kesimpulan
Dalam keadaan kos pendidikan semakin meningkat, Baucar Buku MADANI menjadi antara bantuan yang mampu membantu pelajar mendapatkan bahan bacaan berkualiti tanpa menambah beban kewangan keluarga.
Lebih penting, inisiatif ini bukan sekadar bantuan tunai berbentuk baucar, tetapi pelaburan jangka panjang untuk membina generasi yang lebih berilmu, berfikiran kritis dan gemar membaca.
Bagi pelajar yang layak, pastikan anda mengikuti pengumuman rasmi KPT dan KPM supaya tidak terlepas peluang menebus baucar ini apabila proses penebusan dibuka nanti.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Baucar Buku MADANI RM100 diteruskan. https://malaysiamadani.gov.my/2026/05/baucar-buku-madani-rm100-diteruskan/. Diakses Jun 3, 2026.
Baucar Buku MADANI RM100 diteruskan demi perkasa budaya ilmu. https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/baucar-buku-madani-rm100-diteruskan-demi-perkasa-budaya-ilmu/. Diakses Jun 3, 2026.
BAUCAR BUKU MADANI GALAKKAN PEMBUDAYAAN AMALAN MEMBACA DAN MENIMBA ILMU. https://www.mohe.gov.my/en/broadcast/media-statements/kenyataan-media-baucar-buku-madani-galakkan-pembudayaan-amalan-membaca-dan-menimba-ilmu. Diakses Jun 3, 2026.
Kerajaan teruskan Baucar Buku Madani RM100 khusus pelajar sekolah menengah, mahasiswa IPT. https://malaysiagazette.com/2026/05/29/kerajaan-teruskan-baucar-buku-madani-rm100-khusus-pelajar-sekolah-menengah-mahasiswa-ipt/. Diakses Jun 3, 2026.
MySiswaPlace. https://mysiswaplace.my/welcome. Diakses Jun 3, 2026.
KotaBuku. https://mall.bookcapital.com.my/. Diakses Jun 3, 2026.
Versi Terbaru
04/06/2026
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor