Bayi memerlukan perlindungan yang sepenuhnya daripada ibu bapa walaupun daripada objek lembut yang berada di sekitarnya. Namun, bolehkah bayi tidur bersama bantal?
Bantal yang lembut dan empuk juga mampu mengundang bahaya buat bayi. Semasa empat bulan pertama selepas kelahiran bayi, penggunaan bantal ketika mereka tidur boleh menyebabkan bayi anda berisiko menghidapi sudden infant death syndrome (SIDS).
Bilakah boleh bayi tidur bersama bantal?
Sebenarnya, bayi tidak memerlukan bantal untuk mendapatkan tidur yang nyenyak. Sebagai individu dewasa, kita memerlukan bantal untuk merehatkan kepala.
Bantal yang bagus adalah bantal yang memberi sokongan kepada leher agar badan berasa lebih relaks ketika tidur. Namun begitu, bantal sebenarnya adalah berbahaya bagi seorang bayi.
Penggunaan bantal yang tidak sesuai akan meningkatkan risiko bayi anda menghidapi SIDS. Ini kerana bayi anda mungkin akan meniarap, membenamkan muka mereka ke dalam bantal lalu menyebabkan mereka sesak pernafasan.
Tanpa pengawasan daripada ibu bapa, kejadian berbahaya seperti ini mungkin berlaku.
Oleh itu, pakar perubatan menegaskan untuk ibu bapa menangguhkan idea untuk bayi tidur bersama bantal sehinggalah mereka mencecah usia 18 bulan.
Kebanyakan kanak-kanak sebenarnya tidak mahu langsung tidur bersama bantal. Apabila anak anda mencecah usia 2 tahun, anda boleh mula membiasakan mereka untuk tidur bersama bantal untuk membantu sistem pernafasan dan menjaga kualiti tidur mereka.
Mulakannya dengan menggunakan bantal yang sesuai dan tidak diperbuat daripada bahan yang boleh mendatangkan alahan.
[embed-health-tool-vaccination-tool]
Bayi tidur bersama bantal, apakah jenis bantal yang selamat?
Jika anda masih risau bayi anda akan menghidapi selesema pada waktu malam, pakaikan mereka baju tidur dan sarung kaki untuk bayi. Pilih bantal yang sesuai dengan saiz bayi anda.
Ia seharusnya kecil, rata dan diperbuat daripada kapas yang lembut bagi memastikan bayi anda mendapatkan sokongan yang baik pada lehernya.
Bantal yang diperbuat daripada bulu pelepah mungkin bagus untuk individu dewasa, tapi tidak bagi bayi. Ia sangat lembut dan boleh mendatangkan alahan. Lebih bahaya, ia lebih berisiko kepada bayi anda emas jika mukanya terbenam pada bantal ketika sedang tidur.
Pendek kata, bantal boleh menyebabkan bayi sesak nafas sekiranya muka mereka terbenam ke dalam bantal. Kebiasaannya, jika bahu seseorang individu itu lebih luas daripada kepala mereka, bantal akan membantu mereka untuk mendapatkan tidur yang lebih baik.
Memandangkan bayi masih belum memerlukan bantal untuk tidur nyenyak, anda boleh menunggu sehingga sekurang-kurangnya sehingga mereka berusia 18 bulan untuk meletakkan bantal di katil bayi.