Makanan yang mengandungi lemak tinggi seperti daging, ikan, telur dan produk tenusu perlu diambil dengan berhati-hati dan menurut aturan yang sepatutnya. Pastikan juga makanan yang anda ingin makan tidak terdedah kepada bahan-bahan bertoksin. Berhubunglah dengan pakar untuk lebih kepastian berkenaan tahap toksin yang wujud dalam pemakanan anda.
Mengubah diet anda tidak akan banyak membantu membendung permasalahan ini. Sekiranya anda ingin memastikan bayi anda tidak terdedah kepada toksin melalui penyusuan susu ibu, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:
- Ikuti diet yang sihat dan seimbang agar anda dapat mengurangkan risiko terdedah kepada toksin yang mungkin berpunca daripada satu sumber sahaja. Ini bermakna anda perlu mengambil pelbagai campuran jenis makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, produk tenusu, daging dan ikan.
- Buang segala lemak daripada daging sebelum memasaknya.
- Ikan berminyak bagus untuk kesihatan anda dan bayi. Namun, anda perlu mengehadkan pengambilan ikan berminyak kerana jenis ikan ini mempunyai kandungan merkuri yang sangat tinggi.
- Makan lebih banyak makanan organik. Anda juga diingatkan untuk membasuh buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak organik sebelum memakannya.
- Jangan gunakan suplemen minyak hati ikan seperti minyak hati ikan kod kerana minyak hati ikan ini mungkin telah dicemari oleh toksin ketika proses pembuatannya. Sebagai alternatif, anda boleh mengambil suplemen daripada daging ikan.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen