backup og meta

Cara Senyap-Senyap Susukan Baby Kat Tempat Awam, Mak-Mak Mesti Baca!

Posisi menyusu bayi adalah aspek penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Ia bukan sahaja membantu bayi melekap dengan betul, malah memberi keselesaan kepada ibu untuk menyusu dalam keadaan tenang, terutamanya ketika berada di tempat awam. 

Cara Senyap-Senyap Susukan Baby Kat Tempat Awam, Mak-Mak Mesti Baca!

Namun, rasa malu menyusukan bayi secara terbuka sering menjadi cabaran bagi sesetengah ibu, hingga boleh menjejaskan keyakinan diri dan kelangsungan penyusuan.

Justeru, sempena Minggu Penyusuan Sedunia, artikel ini akan mengupas beberapa panduan berguna untuk para ibu yang berdepan rasa malu ketika menyusu, termasuk panduan praktikal tentang posisi, masa, dan cara menyusu bayi dengan tenang dan yakin.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, boleh klik di sini.

Cara menyusu bayi kali pertama: Panduan buat ibu baru tentang posisi menyusu bayi

posisi menyusu bayi
Anak yang cukup susu pasti gembira dan tidak meragam.

Bagi ibu yang baru melahirkan anak, cara menyusu bayi kali pertama boleh menjadi pengalaman yang mendebarkan. 

Ketika inilah sokongan dan maklumat yang betul sangat membantu.

Berikut adalah panduan asas:

  • Pastikan bayi dipegang rapat ke tubuh anda, dengan perut bayi menghadap perut ibu
  • Sentuhkan puting ke bibir bayi agar refleks hisapan terangsang.
  • Tunggu sehingga mulut bayi terbuka luas sebelum memasukkan puting bersama areola ke dalam mulut bayi
  • Jangan risau jika tidak berjaya pada cubaan pertama. Teruskan mencuba secara perlahan dan tenang

Keselesaan posisi menyusu bayi juga amat penting. Ibu boleh memilih posisi seperti cradle hold, cross-cradle, atau lying down mengikut keselesaan masing-masing.

Bayi menyusu setiap 1 jam: Normal atau tidak?

posisi menyusu bayi
Menyusukan anak memberi lebih masa antara ibu dan anak.

Ramai ibu bimbang apabila mendapati bayi menyusu setiap 1 jam, terutama pada minggu-minggu awal kelahiran. 

Sebenarnya, ini adalah perkara biasa dalam tempoh “cluster feeding“, terutamanya bagi bayi baru lahir.

Keadaan ini berlaku kerana:

  • Saiz perut bayi masih kecil
  • Penyusuan kerap membantu merangsang penghasilan susu
  • Bayi sedang mengalami fasa tumbesaran pesat dan memerlukan lebih banyak nutrisi

Selagi bayi membuang air kecil dan berat badannya meningkat secara konsisten, ibu tidak perlu risau. Penyusuan mengikut permintaan adalah amalan terbaik.

Posisi menyusu bayi: berapa minit bayi menyusu badan?

Soalan berapa minit bayi menyusu badan sering menjadi persoalan ibu bapa

Hakikatnya, tiada tempoh tetap kerana setiap bayi mempunyai keperluan yang berbeza.

Namun secara am, berikut ialah panduan umum:

  • Bayi baru lahir: 20-45 minit setiap sesi penyusuan
  • Bayi berumur 1-3 bulan: 15-30 minit
  • Bayi lebih 3 bulan: 10-20 minit

Apa yang penting ialah tanda bayi puas selepas menyusu seperti kelihatan tenang, melepaskan payudara sendiri, dan tertidur. 

Jangan paksa bayi berhenti menyusu terlalu awal kerana ia boleh menjejaskan bekalan susu.

Tempoh penyusuan bayi dalam Islam: Panduan dari perspektif syariah

Islam juga menekankan kepentingan penyusuan. 

Menurut syarak, tempoh penyusuan bayi dalam Islam adalah sehingga dua tahun, seperti yang dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah ayat 233.

posisi menyusu bayi
Antara nutrien yang ada dalam susu ibu.

Antara hikmah penyusuan selama dua tahun:

  • Memberi khasiat terbaik untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi
  • Mengeratkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak
  • Memberi ganjaran pahala besar kepada ibu

Ibu juga dibenarkan menghentikan penyusuan lebih awal jika ada sebab munasabah dan selepas perbincangan bersama bapa bayi.

Tip kawal rasa malu ketika menyusu di tempat awam

Untuk mengatasi rasa malu semasa menyusu bayi secara terbuka, berikut adalah beberapa cara praktikal yang boleh dicuba:

  • Gunakan penutup penyusuan (nursing cover) untuk menutup bahagian payudara dan bayi
  • Pilih pakaian mesra penyusuan seperti baju berzip atau dengan bukaan sisi
  • Latih posisi menyusu bayi di rumah untuk lebih yakin dan cekap ketika berada di luar
  • Cari ruang menyusu khas seperti surau, bilik menyusu di pusat membeli-belah atau tempat yang tenang
  • Fokus kepada keperluan bayi, bukan pandangan orang sekeliling.
Yakinlah bahawa menyusukan anak bukanlah satu perkara memalukan. Ia adalah satu bentuk kasih sayang dan tanggungjawab yang sangat dihargai.

Kesimpulan

Posisi menyusu bayi yang betul membantu proses penyusuan berjalan lancar, terutama apabila ibu belajar menguruskan rasa malu di tempat awam. 

Dengan pengetahuan tentang masa menyusu, cara menyusu pertama kali dan panduan Islam tentang penyusuan, ibu akan lebih yakin menjalani rutin penyusuan. 

Dalam masa yang sama, masyarakat juga perlu terus menyokong ibu menyusu agar proses ini menjadi lebih mudah, selesa dan bebas stigma.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

The First Week: Positioning and Latch. https://llli.org/breastfeeding-info/positioning/. Diakses pada Ogos 4, 2025. 

Common breastfeeding positions. https://www.unicef.org/parenting/food-nutrition/breastfeeding-positions. Diakses pada Ogos 4, 2025.

Breastfeeding positions. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/in-depth/breast-feeding/art-20546815. Diakses pada Ogos 4, 2025.

Breastfeeding Your Baby: Breastfeeding Positions. https://www.acog.org/womens-health/infographics/breastfeeding-your-baby-breastfeeding-positions. Diakses pada Ogos 4, 2025.

Positions For Breastfeeding. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/breastfeeding/Pages/Positioning-Your-Baby-For-Breastfeeding.aspx. Diakses pada Ogos 4, 2025.

Versi Terbaru

13/08/2025

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Ini Posisi Tidur Terbaik Selepas Bayi Menyusu, Elak Muntah Susu & SIDS!

Baby Menyusu Sehari Berapa Kali? Ibu, Kenal Pasti Tanda Anak Sudah Kenyang Menyusu


Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor · · · Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Dikemas kini 13/08/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan