backup og meta

Ibu Menyusu Dijangkiti COVID-19? Sebelum Teruskan Penyusuan, Fahami Ini Dulu!

Ibu Menyusu Dijangkiti COVID-19? Sebelum Teruskan Penyusuan, Fahami Ini Dulu!

Penularan wabak COVID-19 sememangnya mendatangkan kebimbangan bagi setiap individu. Tidak terkecuali ibu menyusu anak. 

Usah khuatir, berikut beberapa penjelasan untuk anda yang mungkin baru ingin memulakan atau mahu mengekalkan proses susukan bayi sepanjang dijangkiti COVID-19.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Kebaikan susukan bayi ketika COVID-19

Sebelum kita pergi jauh mengenai prosedur penyusuan eksklusif ketika penularan wabak COVID-19 ini, ayuh fahami manfaat untuk terus susukan bayi dengan susu badan.

Ibu menyusu anak: Manfaatnya buat si manja

Tiada siapa boleh menafikan bahawa susu ibu dapat melindungi bayi daripada pelbagai jangkitan.

Sememangnya tiada bukti susu badan dapat melindungi si manja daripada virus COVID-19.

Tetapi sekurang-kurangnya terdapat kajian menunjukkan terdapat antibodi dalam susu ibu yang bertindak balas dengan virus.

Di samping itu, bayi yang diberi susu badan didapati kurang kecenderungan untuk mengalami gejala pernafasan teruk ketika jatuh sakit

ibu menyusu anak

Susukan bayi, turut bermanfaat buat si ibu

Susu badan bukan sahaja memberikan kebaikan pada si manja, bahkan ibu juga turut menerima manfaatnya

Hormon yang dilepaskan di dalam tubuh ibu menyusu anak dapat meningkatkan kesejahteraan serta menghilangkan tekanan dan kegelisahan. 

Positif COVID-19, boleh ke ibu menyusu anak?

Tiada siapa mahu menjadi mangsa jangkitan COVID-19, tetapi malangnya sesiapa sahaja berisiko untuk dijangkiti, termasuklah wanita hamil atau ibu yang menyusukan bayi. 

Dan bagi menjawab persoalan di atas, YA, si kecil masih boleh menerima susu badan walaupun anda sebagai ibu diuji positif COVID-19. 

Ini kerana susu ibu adalah selamat dan penting untuk tumbesaran bayi. 

Jika anda mampu untuk menyusukan si manja, amat penting untuk terus melakukannya.

Baca juga:

Namun, terdapat garis panduan khas yang perlu dilakukan bagi melindungi bayi daripada wabak tersebut.

Umumnya, kita mengetahui COVID-19 boleh tersebar melalui titisan kecil di udara ketika individu yang dijangkiti bersin, batuk atau bercakap.

Bahkan, ada kalanya terdapat individu yang sudah dijangkiti tidak menyedari perkara tersebut kerana tidak mengalami sebarang simptom.

Lebih menakutkan lagi, mereka yang tidak berdepan gejala ini turut boleh menyebarkannya.

Jadi walaupun tidak terdapat bukti virus COVID-19 boleh tersebar dengan susu badan, tetapi wujud risiko penularannya melalui titisan air daripada mulut atau hidung.

Penyebaran juga boleh terjadi apabila anda tanpa sedar menyentuh wajah atau titisan air dan seterusnya memegang anak.

Oleh itu, amat penting untuk mengikuti garis panduan di bawah sekiranya mempunyai simptom atau berasakan anda terdedah kepada virus COVID-19.

Ibu menyusu anak perlu mencuci tangan

Sebelum menyusukan bayi, disarankan anda untuk mencuci tangan dengan sebaiknya menggunakan sabun bersama air.

Amalkan tabiat ini setiap waktu terutamanya sebelum dan selepas menguruskan bayi atau barangan mereka. 

ibu menyusu anak

Ibu menyusu anak harus memakai pelitup muka

Memakai pelitup muka ketika di luar rumah sememangnya sudah menjadi kemestian. Tetapi perlu ke untuk memakainya ketika di dalam rumah?

Jika anda ingin menyusukan bayi, ya. Sama ada anda mempunyai simptom atau tidak, pakailah pelitup muka.

Bukan sahaja untuk penyusuan, tetapi juga semasa memegang, menukar lampin atau apa sahaja yang melibatkan si manja.

Tidak dinafikan ia tidak menyelesakan, malahan mungkin menyebabkan bayi berasa takut atau terkejut.  

Namun ia penting bagi melindungi si manja daripada dijangkiti virus COVID-19.

Membasmi permukaan

Bersihkan setiap permukaan yang anda sentuh dengan pembersih berasaskan alkohol. Ini termasuklah meja, botol mahukan pakaian.

Jangan lupa untuk membersihkan permukaan yang tidak disentuh tetapi mungkin terkena titisan air.

Sebaiknya bersihkan dan nyahkuman setiap permukaan atau barangan yang mungkin disentuh atau bersentuhan dengan si kecil. 

Ini kerana virus berbahaya ini boleh bertahan pada sesuatu permukaan antara 48 hingga 72 jam.

Pam susu ibu

Jika berasa bimbang untuk menyusukan bayi secara terus, anda boleh mengepam susu dan meminta pasangan atau ahli keluarga memberikannya melalui botol susu.

Pastikan anda membasuh tangan dan membersihkan bahagian kulit yang akan disentuh sebelum mula mengepam susu.

Setiap kali selesai proses pam susu, pastikan botol dan alatan mengepam dibasuh dan disteril dengan menggunakan air mendidih.

Jangan lupa untuk mencuci payudara anda juga!

Susu formula

Sekiranya tidak larat, jangan memaksa diri.

Sebaliknya ibu menyusu anak boleh menggunakan susu formula sebagai ganti.

Anda juga harus mengutamakan tahap kesihatan diri, okay?

ibu menyusu anak

Untuk lebih kepastian, berbincanglah dengan doktor.

Dalam masa sama, jika anda mengalami simptom jangkitan COVID-19 yang teruk, elakkan untuk menyusukan bayi.

Anda juga memerlukan tenaga untuk sembuh dan pulih daripada jangkitan ini.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Panduan Ringkasan COVID-19 #1 Kaedah penghantaran dan tempoh inkubasi. https://www.fip.org/file/4854. Accessed on June 16, 2021. 

Breastfeeding During the COVID-19 Pandemic. https://www.healthychildren.org/English/health-issues/conditions/COVID-19/Pages/Breastfeeding-During-COVID-19.aspx. Accessed on June 16, 2021. 

Breastfeeding and COVID-19. https://www.who.int/news-room/commentaries/detail/breastfeeding-and-covid-19. Accessed on June 16, 2021. 

Breastfeeding during the COVID-19 pandemic. https://www.unicef.org/eap/breastfeeding-during-covid-19. Accessed on June 16, 2021.

Continuing to Nurse Your Baby Through Coronavirus (2019-nCoV; COVID-19) and Other Respiratory Infections. https://www.llli.org/coronavirus/. Accessed on June 16, 2021.

What you need to know about breastfeeding during the COVID-19 pandemic. https://health.ucdavis.edu/health-news/newsroom/what-you-need-to-know-about-breastfeeding-during-the-covid-19-pandemic-/2020/08. Accessed on June 16, 2021.

Breastfeeding and Caring for Newborns if You Have COVID-19. https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/need-extra-precautions/pregnancy-breastfeeding.html. Accessed on June 16, 2021. 

COVID-19, Pregnancy, Childbirth, and Breastfeeding: Answers From Ob-Gyns. https://www.acog.org/womens-health/faqs/coronavirus-covid-19-pregnancy-and-breastfeeding. Accessed on June 16, 2021.

Is it Safe to Breastfeed if I Have Coronavirus (COVID-19)? https://kidshealth.org/en/parents/coronavirus-breastfeeding.html. Accessed on June 16, 2021.  

Versi Terbaru

07/06/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Masa Menyusu, Ibu Mungkin Alami 9 Masalah Penyusuan Ini

Ini 11 Punca Si Manja MOGOK Untuk Menyusu, Ibu Sila Periksa!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan