backup og meta

Selamatkah Ibu Yang Ambil Ubat Bius Untuk Menyusu Bayi? Atau Perlu 'Pam dan Buang'?

Selamatkah Ibu Yang Ambil Ubat Bius Untuk Menyusu Bayi? Atau Perlu 'Pam dan Buang'?

Adakah selamat untuk terus menyusu bayi mereka selepas menjalani prosedur yang menggunakan anestesia atau ubat bius? Atau perlu pam dan buang susu badan selepas pengambilan ubat bius?

Pengambilan ubat bius

Ramai yang percaya bahawa ubat bius sangat berbahaya. Doktor, jururawat, dan bidan biasanya menyarankan para ibu untuk ‘pam dan buang’ susu badan mereka selama 24 jam selepas menerima ubat ini untuk mengelakkan kesannya kepada bayi.

Adakah nasihat ini betul? Adakah menyusu bayi selepas pengambilan anestesia dan pembedahan selamat? Munginkah kehadiran ubat ini dalam susu ibu tidak menjejaskan kesihatan bayi yang diberikan susu tersebut?

Apakah itu ‘pam dan buang’?

Istilah ‘pump and dump’ atau pam dan buang bermaksud mengepam susu daripada payudara dan membuangnya, bukan disimpan untuk bayi seperti susu lain yang dipam. Susu badan tersebut biasanya dibuang ke dalam longkang.

Bilakah anda perlu ‘pam dan buang’?

Anda mungkin mahu ‘pam dan buang’ jika anda akan berjauhan daripada bayi dan tidak mempunyai tempat penyimpanan susu. Atau, anda mempunyai sebab untuk mempercayai ada sesuatu yang bersifat sementara dalam susu ibu yang membahayakan bayi anda (seperti alkohol atau ubat-ubatan).

Dalam hal ini, anda mungkin perlu ‘pam dan buang’ susu badan anda. Selain itu, anda perlu memberi bayi susu simpanan yang dipam sebelum ini sehingga bahan yang disyaki berbahaya tersebut keluar daripada sistem anda.

adakah-saya-perlu-pam-dan-buang-susu-badan-selepas-mengambil-ubat-bius

‘Pam dan buang’ susu badan selepas menggunakan ubat bius?

Sebenarnya, anda tidak perlu ‘pam dan buang’ susu badan selepas pembedahan dengan ubat bius setempat atau am. Ubat bius yang digunakan semasa prosedur akan keluar daripada sistem badan anda (dan susu badan anda) dengan cepat.

Oleh itu, anda boleh menyusu bayi sebaik sahaja anda bangun dan berasa cukup sedar untuk menyusu. Sebaiknya, semasa anda menyusu, seseorang harus membantu anda memegang bayi anda.

Ini kerana anda mungkin berasa sedikit goyah dan mabuk pada mulanya. Jika anda tidak dapat segera meletakkan bayi ke payudara, dapatkan bantuan untuk mengepam susu.

Para ibu yang menjalani pembedahan besar mungkin tidak bersedia untuk segera menyusu. Oleh itu, mereka lebih sesuai untuk mengepam bagi mengelakkan payudara bengkak.

Anda boleh membawa pam anda, atau berbincang terlebih dahulu dengan pihak hospital untuk menyediakannya. Kebanyakan hospital mempunyai pam gred hospital mereka sendiri. Tetapi anda harus bertanya terlebih dahulu untuk memastikannya.

Ubat tahan sakit juga boleh diambil kerana hanya sedikit yang sampai kepada susu anda. Para ibu yang biasanya mengambil ubat sakit seperti Percocet atau Vicodin patut terus menyusukan anak.

Begitu juga para ibu yang menjalani pembedahan Caesarean. Mereka dinasihatkan untuk menyusu sejurus selepas melahirkan, bukannya ‘pam dan buang’.

Doktor biasanya memberikan pesakit ubat bius seperti Valium sebelum pembedahan. Hanya sejumlah kecil masuk ke dalam susu dan tidak akan memudaratkan bayi anda.

Anda juga tidak akan menjadi ketagih atau terlalu bergantung dengan ubat tahan sakit atau Valium. Anda hanya akan mengambil jumlah yang sangat kecil untuk tempoh masa yang sangat singkat. Terutamanya jika bayi anda bukan bayi pramatang dengan sistem metabolik yang belum matang.

Pun begitu, apabila anda mengambil ubat-ubatan ini, bayi anda mungkin akan lebih mengantuk. Oleh itu, anda perlu selalu membangunkannya agar menyusu.

menyusu bayi

Menyusu seperti biasa walaupun mengambil ubat bius

Kebiasaannya ubat bius berkesan untuk tempoh kurang dari dua jam. Sementara ubat bius untuk tahan sakit hanya diberikan dalam masa beberapa hari sahaja.

Jumlah dos ubat-ubatan ini yang sampai kepada bayi hanya sedikit. Penyerapan ke dalam usus bayi yang menyusu juga sangat sedikit. Disebabkan itu, pakar bius menasihatkan para ibu  menyusu selepas pembedahan.

Jika seorang wanita merasakan dia mampu menyusukan bayi selepas pembedahan, dia dibenarkan untuk melakukannya. Apatah lagi keranaubat-ubatan anestetik (bius) dan analgesik (tahan sakit) dalam darahnya tidak akan menjejaskan bayi.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Do I have to ‘pump and dump’ my breast milk after surgery?.https://www.breastfeedingbasics.com/qa/pump-dump-breast-milk-surgery. Accessed November 4, 2016.

Breastfeeding after Anesthesia: A Review for Anesthesia Providers Regarding the Transfer of Medications into Breast Milk. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4582419/. Accessed November 4, 2016.

Versi Terbaru

13/05/2022

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

4 Sebab Kenapa Anak Bawah 5 Tahun TAK BOLEH Minum Susu Alternatif, Ibu Ayah Jangan Degil!

Nak Banyakkan Susu Badan? Cuba Ambil 5 Makanan SUNNAH Ini, Lagipun Ramadhan Bakal Tiba!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 13/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan