Namun, susu ibu anda mungkin akan sedikit berubah bergantung kepada apa yang anda makan dan berapa banyak. Anda perlu tahu bahawa makananm sumber lemak yang anda ambil sewaktu puasa dapat memengaruhi jenis lemak yang terkandung dalam susu ibu, tetapi tidak memengaruhi jumlah lemak dalam susu ibu.
Tubuh anda akan mengambil lemak daripada tubuh anda jika jumlah lemak daripada makanan tidak cukup untuk penghasilan susu ibu. Oleh itu, beri perhatian kepada berapa banyak dan apa makanan yang anda ambil sewaktu bukan puasa. Jangan sampai anda mengalami penurunan berat badan sewaktu puasa karena ini dapat mempengaruhi jenis lemak yang terkandung dalam susu ibu.
Adakah menyusu sewaktu berpuasa memberi kesan buruk bagi ibu?
Hal ini bergantung kepada pengambilan makanan dan minuman anda sewaktu puasa. Walaupun puasa membataskan waktu makan dan minum anda, namun jika diatur dengan baik anda boleh mencukupkan keperluan nutrien yang diperlukan untuk penghasilan susu ibu.
Beri perhatian kepada berapa banyak dan apa yang anda makan sewaktu buka puasa dan sahur. Jika anda kurang memenuhi keperluan nutrien anda sewaktu menyusu di bulan puasa, maka yang rugi adalah diri anda sendiri. Mengapa? Karena tubuh akan mengambil nutrien yang diperlukan untuk menghasilkan susu ibu daripada dalam tubuh anda sendiri, jika nutrien daripada makanan kurang mencukupi.
Contohnya, jika pengambilan kalsium anda daripada makanan kurang dan tidak dapat memenuhi keperluan penghasilan susu ibu, maka tubuh anda akan mengambil kalsium yang tersimpan dalam tulang anda. Dan, jika anda tidak menggantikan kalsium dalam tulang yang hilang tersebut, maka anda akan berisiko mengalami masalah tulang di kemudian hari.
Selain makanan, apa yang harus anda perhatikan sewaktu puasa adalah pengambilan cecair. Ini penting kerana ibu menyusu mengeluarkan lebih banyak cecair, sehingga akan lebih cepat merasa haus sewaktu puasa. Kekurangan cecair sewaktu puasa boleh menyebabkan ibu menyusu mengalami dehidrasi dan ini boleh memberi kesan buruk pada penghasilan susu ibu.
Anda perlu minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau lebih sewaktu puasa untuk mencegah dehidrasi. Dalam sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal Human Lactation tahun 2009, ibu menyusu disarankan untuk meningkatkan pengambilan cecair selama 2 hari sebelum puasa, agar cukup terhidrasi sebelum puasa. Kajian juga menyarankan agar ibu menyusu mengurangkan aktiviti dan pendedahan kepada cuaca panas sepanjang berpuasa.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen