backup og meta

Penyakit Lazim Bayi dan Rawatannya

Penyakit Lazim Bayi dan Rawatannya

Setiap bayi pasti akan mengalami masalah kesihatan, tidak kiralah penyakit ringan mahupun berat. Antara penyakit lazim yang sering dialami oleh bayi adalah jaundis, demam, kolik, dan batuk. Bayi jatuh sakit adalah perkara semula jadi dalam proses tumbesaran mereka. Walau bagaimanapun, masalah ini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana ada di antaranya yang boleh membahayakan tumbesaran bayi dan mengancam nyawa. Ketahui rawatan untuk mengubati sakit bayi anda.

Jaundis

Menurut laman Myhealth, 50% bayi akan mengalami masalah jaundis pada minggu pertama selepas kelahiran mereka. Jaundis atau demam kuning sering dialami oleh bayi baru lahir dan ini cukup membimbangkan ibu bapa. Jaundis yang normal dialami oleh bayi baru lahir selepas dua atau tiga hari mereka dilahirkan, dan akan hilang selepas dua minggu.

Bagi yang mengalami demam kuning biasanya akan mendapat rawatan seperti di bawah:

  1. Pemeriksaan untuk mengetahui sama ada bayi tersebut mengalami jaundis lazimnya dilakukan di dalam cahaya matahari atau di bawah lampu panjang putih. Doktor akan mengambil bacaan bilirubin bagi mengetahui tahapnya sama ada masih terkawal atau tidak. Jika dalam seminggu tahap bacaan meningkat iaitu catatan melebihi 340umo1/1 atau 21mg/dL, maka rawatan fototerapi perlu diberikan dan bayi perlu ditahan di hospital.
  2. Bayi akan diletakkan di bawah cahaya lampu biru dengan keadaan hanya memakai lampin dan matanya ditutup. Cahaya ini berfungsi menukar bilirubin kepada biliverdin dan akan dibuang melalui air kencing.
  3. Berikan susu ibu kerana susu ibu baik untuk menggalakkan usus dan membolehkan bilirubin dibuang menerusi najis.    

Demam

Demam adalah gejala normal yang dihadapi oleh setiap bayi. Lazimnya, setiap ibu bapa pasti berpengalaman menjaga bayi yang demam. Meskipun begitu, ini bukan bermakna tiada cara untuk mengelakkan bayi daripada jangkitan demam atau merawatnya untuk cepat sembuh. Bagi meredakan demam bayi, anda boleh cuba kaedah tersebut:

  • Beri paracetamol atau ibuprofen mengikut berat dan umur bayi. Sebaiknya anda dapatkan nasihat daripada doktor sebelum memberikan bayi ubat demam.
  • Letakkan pelekat suam pada dahi bayi untuk menurunkan suhu demamnya.
  • Beri bayi anda makan dan minum dengan kerap bagi mengelakkan dehidrasi. Bayi yang berusia 6 bulan ke bawah perlu diberikan susu ibu.
  • Pakaikan bayi pakaian daripada kain kapas yang nipis.

Kolik

Masalah kolik atau kembung perut adalah normal dan kerap berlaku pada bayi yang berumur kurang daripada enam bulan. Bayi yang mengalami kolik selalunya akan menangis berpanjangan tanpa henti dan meragam. Keadaan ini selalunya berlaku beberapa kali dalam seminggu. Bagaimanapun, ibu bapa tidak perlu risau kerana masalah kolik ini akan berkurangan apabila bayi makin membesar. Cara menangani masalah kolik bayi adalah: 

  • Penggunaan ubat simethicone membantu membebaskan gas yang terdapat dalam perut. Kebiasaan, simethicone dicampur ke dalam susu dan diberikan kepada bayi. Namun, dosnya perlu dirujuk pada doktor atau ahli farmasi.
  • Pemberian gripe water, mengandungi Dill Seed Oil yang dipercayai boleh melegakan simptom angin. Ubat ini hanya boleh digunakan untuk bayi berumur satu bulan ke atas.
  • Sapukan minyak bayi pada perut, paha, tapak kaki, pelipat tangan dan bahagian belakang pinggang bayi. Urutan lembut juga dapat membantu menghilangkan kembung perut.  
  • Teknik dan penyusuan yang betul serta selesa membantu bayi menyusu tanpa menelan angin. Urut bayi sehingga sendawa setiap kali selepas penyusuan. 

Batuk

Batuk secara teknikalnya bukanlah suatu penyakit, tetapi lebih kepada tindakan perlindungan yang berlaku apabila terdapat bendasing pada membran mukus sistem pernafasan. Bendasing yang ada termasuklah habuk, air liur, atau sesuatu yang bayi makan serta minum. Ketahui rawatan untuk mengubati dan mengelakkan batuk bayi.  

  • Hilangkan atau elakkan punca-punca batuk seperti habuk dan bulu haiwan.
  • Pastikan peredaran udara di ruang kediaman anda berkualiti.
  • Berikan bayi anda minuman untuk membuatkannya kekal hidrat.
  • Bersihkan mukus dengan menggunakan penyedut hidung bagi membantu mukus keluar daripada rongga hidung bayi anda. Bayi lebih mudah bernafas selepas mukus keluar.
  • Sentiasa pastikan bayi anda mendapat preskripsi ubat yang betul sebelum memberikannya sebarang ubat batuk.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.webmd.com/parenting/baby/colic-treatments#1

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/infant-jaundice/diagnosis-treatment/drc-20373870

https://www.healthline.com/health/parenting/baby-fever-101

https://www.parents.com/baby/health/cough/decoding-babys-cough/

 

Versi Terbaru

17/01/2023

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Jangan Panik Bayi Demam Panas Tengah Malam, Ibu Ayah Cuba 5 Petua Ini Dahulu!

Ibu Alami Bengkak Susu, Boleh Cuba Sendiri Petua Orang Lama Ini Di Rumah!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 17/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan