backup og meta

6 Tip Elak 'Kemalangan' Semasa Gunakan Kerusi Makan Baby, Parents Wajib Tahu!

6 Tip Elak 'Kemalangan' Semasa Gunakan Kerusi Makan Baby, Parents Wajib Tahu!

Walaupun nampak seperti selamat, tetapi sebenarnya jika tidak mengetahui tip keselamatan semasa menggunakan kerusi makan baby, ia boleh mendedahkan si manja kepada risiko kemalangan.

Teruskan membaca artikel ini bagi mengetahui apakah petua dan tip penggunaan kerusi makan bayi yang penting untuk diamalkan.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Kemalangan melibatkan penggunaan kerusi makan baby

Banyak insiden berkaitan penggunaan kerusi makan ini yang melibatkan si kecil berusia 3 tahun dan ke bawah.

Kebanyakan kes kemalangan adalah terjatuh yang berlaku apabila anak berdiri di atas kerusi atau pun menujah meja menggunakan kakinya sehingga mengakibatkan kecederaan kepala, leher dan muka termasuklah lebam, luka mahupun gegaran otak.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Kecederaan biasa semasa menggunakan kerusi makan bayi 

Umumnya, risiko kecederaan terbesar semasa penggunaan kerusi makan ini adalah kerana terjatuh. 

Sekiranya si kecil terjatuh daripada kerusi makan yang tinggi ini, mereka boleh mengalami beberapa kecederaan, seperti:

  • Kecederaan kepala
  • Gegaran otak
  • Kecederaan leher
  • Luka
  • Calar
  • Patah tulang
  • Kecederaan mulut
  • Gigi patah

Walau bagaimanapun, jatuh bukan satu-satunya kecederaan yang berkaitan dengan kerusi makan. Anak juga boleh mengalami kecederaan disebabkan oleh:

Ibu menyuapkan makanan kepada anak.
Ibu menyuapkan makanan kepada anak.
  • Tercekik barang atau makanan yang berada dalam jangkauan/capaian
  • Luka terbakar disebabkan makanan atau minuman panas yang berdekatan dengannya
  • Luka disebabkan objek tajam yang boleh dicapai
  • Menjatuhkan kerusi tinggi dengan menolak meja menggunakan kaki mereka
  • Jari tersepit pada selak atau penyambung kerusi makan

Kerusi makan baby, masa sesuai menggunakannya

Sebaik sahaja bayi boleh duduk tegak tanpa sokongan, mereka sudah bersedia untuk menggunakan kerusi makan.

Umumnya, si kecil harus mempamerkan kestabilan dan kawalan yang baik semasa duduk dan hanya berlaku goyangan kecil. Keupayaan untuk mengangkat kepala juga adalah satu kemestian.

Kebanyakan pengeluar kerusi makan mencadangkan untuk menunggu sehingga bayi berusia enam bulan sebelum menggunakannya.

Seperti yang kita fahami, perkembangan setiap bayi adalah berbeza. Ini bermakna ibu bapa perlu memastikan si kecil benar-benar sudah bersedia untuk menggunakan kerusi makan. Elakkan daripada tergesa-gesa demi keselamatan mereka.

Perkembangan bayi 6 bulan.
Perkembangan bayi 6 bulan.

Tip keselamatan penggunaan kerusi makan bayi 

Jatuh daripada kerusi makan sangat berbahaya. Ini kerana kebiasaannya kerusi ini akan berada di bahagian dapur atau ruang makan yang selalunya mempunyai lantai keras seperti jubin atau kayu.

Jika kanak-kanak jatuh kepala dahulu ke permukaan keras ini, kecederaan serius boleh berlaku.

Jadi apakah langkah keselamatan yang perlu anda lakukan?

1. Sekatan keselamatan 

Kebanyakan kecederaan berkaitan dengan kerusi makan boleh dicegah dengan menggunakan sekatan keselamatan yang betul setiap kali anak berada di tempat duduk.

Pastikan semua tali diikat, termasuk tali kelangkang (crotch strap) jika ada, dan pastikan tali itu sesuai dengan anak. Jika dia boleh menggoyangkan tali, ia bermakna tidak cukup ketat.

2. Penggunaan kerusi makan baby #Jangan berdiri

Kes jatuh biasanya berlaku apabila si kecil berdiri semasa berada di atas kerusi makan. Jadi, jangan biarkan anak berada dalam kedudukan selain daripada duduk di kerusi makan.

Wujudkan peraturan bahawa kerusi makan adalah untuk duduk sahaja – tidak dibenarkan berdiri, memanjat atau bermain di atas kerusi.

3. Persekitaran selamat

Walaupun anda mahu bayi mengambil bahagian ketika waktu makan bersama keluarga, namun berhati-hati dengan potensi bahaya jika kedudukannya terlalu dekat.

Jauhkan alas meja, peralatan perak tajam, pinggan dan makanan/cecair panas daripada capaian si kecil.

Pastikan juga kerusi makan tidak terlalu dekat dengan meja, kaunter dapur atau dinding.

4. Sentiasa pantau semasa menggunakan kerusi makan baby

Walaupun ia kelihatan selamat, jangan tinggalkan si kecil tanpa pengawasan di kerusi makan. Gunakan waktu makan untuk meluangkan masa yang menyeronokkan bersama anak.

Anak yang tidak diawasi lebih cenderung untuk cuba melarikan diri dari kerusi makan atau tercekik makanannya. Tercekik adalah kemalangan senyap dan agak biasa kerana si kecil masih belajar makan.

Sentiasa letakkan anak di kerusi atau mengangkat mereka keluar. Jangan biarkan si kecil cuba memanjat masuk atau keluar dari kerusi makan dengan sendiri.

Ajar anak makan di tempatnya sendiri.
Ajar anak makan di tempatnya sendiri.

5. Tempat kaki

Pastikan tempat letak kaki berada dalam kedudukan yang betul. Ini membolehkan anak mendapat sokongan dan postur duduk yang betul semasa berada di kerusi baby duduk.

Kedudukan betul semasa makan juga dapat mengelakkan risiko tercekik, menggalakkan proses menelan makanan yang baik dan merangsang lebih banyak kemahiran.

6. Bersihkan kerusi makan baby dengan kerap

Tumpahan makanan dan air liur bayi menjadikan persekitaran yang sempurna untuk pertumbuhan bakteria dan kulat.

Pastikan anda membersihkan dan membasmi kuman pada kerusi makan dengan kerap untuk mengelakkan si kecil jatuh sakit atau tidak sihat.

Akhir kata

Tiada ibu bapa yang mahukan anak mereka mengalami kecederaan atau kemalangan, tetapi kita mampu mencegahnya dengan kerusi makan budak.

Pastikan si kecil sudah bersedia sebelum meletakkan mereka di dalam kerusi makan baby atau kerusi makan budak.

Memilih ketinggian kerusi makan yang sesuai dengan usia mereka bersama banyak ciri keselamatan, adalah penting untuk memastikan anak selamat.

Peringatan!

Paling utama, sentiasa awasi anak pada setiap masa semasa penggunaan kerusi baby duduk ini. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 6 Quick High Chair Safety Tips. https://www.healthychildren.org/English/safety-prevention/at-home/Pages/High-Chair-Safety-Tips.aspx#, Accessed on Oct 6, 2022
  2. 7 Tips for Keeping Your Child Safe in a High Chair. https://health.clevelandclinic.org/7-tips-to-keep-your-child-safe-in-a-high-chair/, Accessed on Oct 6, 2022
  3. Choosing Safe Baby Products: Infant Seats & Child Safety Seats. https://kidshealth.org/en/parents/products-seats.html, Accessed on Oct 6, 2022
  4. High Chair Safety.https://www.kidsafensw.org/imagesDB/documents/HighChairSafety09_2016_1.pdf, Accessed on Oct 6, 2022
  5. When, What, and How to Introduce Solid Foods. https://www.cdc.gov/nutrition/infantandtoddlernutrition/foods-and-drinks/when-to-introduce-solid-foods.html,  Accessed on Oct 6, 2022
  6. High Chair Safety. https://www.boystownpediatrics.org/knowledge-center/high-chair-safety,  Accessed on Oct 6, 2022

Versi Terbaru

09/12/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Bayi 3 Bulan Sudah Boleh Duduk? Ini Bahayanya Jika 'Paksa' Baby Duduk Terlalu Awal!

Bayi Kuat Berpeluh? Mungkin Ini Puncanya, No. 6 & 7 Parents Perlu Perhatikan Betul-betul!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 3 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan