backup og meta

Aduh...Kenapa Baby Menangis Aje Ni? Pening Kepala Mama

Apabila mendengar tangisan daripada si manja anda, mesti timbul rasa susah hati, bukan? Nak berdukung ke? Lampin basah ke? Arghhh…i’m confused. Bertenang mama sekalian, Hello Doktor ada jawapannya.

Punca bayi menangis

Bayi yang menangis adalah satu perkara biasa. Ia adalah satu proses tumbesaran biasa bagi bayi dan salah satu cara untuk mereka berkomunikasi. Tetapi sebagai ibu bapa, sudah tentu setiap kali mendengar bayi menangis, hati rasa tidak tenang. Malahan sekiranya tangisan itu berlarutan, haa…pasti ada dalam kalangan ibu bapa yang berasa tertekan, bukan? 

Jom tengok beberapa perkara yang boleh menjadi punca bayi menangis.

  1. Lapar

Kalau kita individu dewasa lapar, sudah tentu kita boleh mencari makanan sendiri. Sebaliknya, bayi tidak dapat melakukan perkara yang sama. Jadi tangisan merupakan antara cara untuk memberitahu mereka lapar selain menghisap jari. 

  1. Perut kembung

Masalah perut kembung yang dialami oleh si manja anda adakalanya berpunca daripada makanan yang anda makan. Sesetengah makanan dan minuman seperti minuman yogurt atau bersoda, buah-buahan seperti buah tembikai dan beberapa sayuran seperti brokoli dan kubis boleh menjadi punca perut kembung. Perut tidak selesa, jadi menangislah jawapannya.

  1. Gigi

Individu dewasa kalau tumbuh gigi pastinya akan menjadi sedikit grumpy, bukan? Begitu jugalah keadaannya dengan si kecil. Mereka akan berasa tidak selesa, jadi tangisanlah cara mereka meluahkannya.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

  1. Tidak selesa

Lampin yang basah sudah tentuakan menyebabkan ketidakselesaan kepada bayi. Maka segeralah tukarkan lampin si manja. Jangan lupa untuk melihat jika terdapat ruam lampin. Tukarlah lampin dengan kerap dan sapukan krim ruam jika perlu. 

Selain itu rasa tidak selesa ini boleh wujud apabila baju yang dipakaikan mungkin terlalu ketat. Pastikan anda memilih baju daripada material yang boleh menyerap peluh dan memberikan si manja anda bernafas. 

  1. Cuaca

Cuaca yang terlalu sejuk atau terlalu panas juga boleh menjadi antara sebab mengapa bayi menangis. Penggunaan selimut atau tilam yang terlalu tebal boleh menyebabkan si manja berasa panas. Manakala membiarkan mereka tanpa sebarang selimut dalam suhu yang sejuk juga adalah perkara yang tidak elok. Jadi, segalanya perlu diberikan perhatian sebaik mungkin.

  1. Pelukan

Siapa yang tidak suka dipeluk? Pelukan itu dapat menzahirkan rasa kasih sayang, maka sudah tentu si manja anda inginkannya. Jadi sekiranya bayi anda masih menangis walaupun pelbagai cara sudah dicuba, apa kata anda berikan pelukan manja kepada si comel. 

  1. Urutan

Melakukan urutan dan sentuhan perlahan dengan menggosok belakang dan perut si manja sudah tentu dapat mereda dan menenangkan mereka. Jangan mengurut terlalu kuat dan kasar, okay?

  1. Inginkan perhatian

Bayi menangis mungkin kerana mereka inginkan perhatian daripada anda. Apabila ditinggalkan sendirian, sudah tentu si manja akan berasa bosan. Tetapi dalam masa yang sama bayi anda mungkin menangis apabila terlalu banyak perhatian daripada individu sekeliling. Jadi bawa mereka ke ruang yang sunyi dan tenang. 

  1. Tekanan

Kesabaran 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://siraplimau.com/punca-sebab-bayi-menangis-berterusan/ /Accessed on Oct 10, 2019

 

https://www.joiellebaby.com/blog/kenal-pasti-punca-bayi-menangis/ /Accessed on Oct 10, 2019

https://my.theasianparent.com/bayi-menangis-tanpa-sebab  /Accessed on Oct 10, 2019

Versi Terbaru

17/01/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

6 Laptop Terbaik & Termurah Untuk Pelajar Yang Ibu Bapa Boleh Pertimbangkan!

Parents Terlupa Vaksin Baby? Ketahui Risiko & Bagaimana Langkah Susulan Yang Betul!


Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group · Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Dikemas kini 17/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan