backup og meta

4 Tip Pastikan Dapur Anda Selamat

4 Tip Pastikan Dapur Anda Selamat

Kebanyakan dapur dianggap sebagai ruang pusat keluarga. Ia adalah tempat untuk pelbagai aktiviti hubungan kekeluargaan seperti memasak atau makan. Walau bagaimanapun, dengan pelbagai peralatan mendatangkan potensi bahaya yang boleh menyebabkan kesan buruk, terutamanya bagi keluarga yang mempunyai anak kecil. Berikut adalah empat petua selamat untuk menjaga dapur anda sebagai tempat yang selamat.

Simpan dengan selamat

Jauhkan peralatan berbahaya daripada jangkauan kanak-kanak. Simpan semua kaca atau semua objek tajam di dalam kabinet atau laci yang dikunci. Sekiranya bayi anda boleh membuka kunci keselamatan, pertimbangkan cara lain untuk menyimpan barang-barang berbahaya.

Simpan semua produk pembersihan di tempat yang selamat, dan elakkan meletakkannya dalam botol air bekas makanan. Anak-anak anda mungkin secara tidak sengaja meminumnya.

Alihkan kabinet atau almari jauh daripada dapur bagi menyimpan barangan untuk anak anda dan membolehkan mereka bermain dengan selamat. ini termasuk peralatan ringan seperti kayu atau plastik seperti sudu, cawan dan lain-lain. Berikan kejutan untuk anak anda dengan menukarkan kandungannya sesekali.

Simpan semua makanan ringan dari dapur, walaupun ia sejuk. Ini untuk melatih kebiasaan anak anda untuk tidak menghampiri dapur.

Jika boleh, biarkan anak-anak anda keluar dari dapur dengan halangan atau pintu keselamatan. Pastikan anda masih boleh melihatnya semasa anda berada di dapur.

Masak dengan selamat

Jangan letakkan apa-apa di tepi kaunter atau meja. Elakkan menggunakan pelapik/alas meja. Kanak-kanak kecil mungkin cuba untuk menariknya dan menyebabkan semua benda dan makanan panas terjatuh pada mereka.

Jangan rapatkan atau menggantung perkakas berwayar di kaunter atau meja. Bayi anda mungkin akan tertarik untuk menarik wayar tersebut. Gunakan penutup saluran elektrik jika tidak digunakan atau cabut untuk memastikannya selamat.

Pemegang periuk juga boleh menarik perhatian kanak-kanak ketika anda sedang memasak atau sebaliknya. Pastikan anak anda bermain dengan barangan permainannya.

Matikan semua peralatan sebaik sahaja anda selesai menggunakan peralatan memasak dan pastikan pintu ketuhar sentiasa tertutup.

Bermain dengan selamat

Jika anak anda tidak perlukan bantuan, biarkan mereka dibawah permerhatian anda. berikan mereka tugasa yang bersesuaian dengan umur dan lihat perkembangannya.

Benarkan anak-anak anda menggunakan peralatan yang kurang berbahaya terlebih dahulu jika mereka mahu belajar memasak. Biarkan anak anda terbiasa dengan peralatan bukan elektrik terlebih dahulu, sebelum beralih ke peralatan elektrik. Biarkan juga mereka kadang-kadang dengan perkakas plastik atau logam sebelum beralih ke barangan kaca.

Tunjukkan langkah keselamatan berjaga-jaga kepada anak-anak anda.  Anda perlu ingat bahawa anak-anak akan meniru apa yang mereka perhatikan. Ikat rambut panjang anda, lipatkan lengan panjang anda. Gunakan sarung tangan semasa mengendalikan makanan panas. Berhati-hati apabila menggunakan pisau.

Arahan keselamatan

Mula memberitahu anak anda mengenai potensi bahaya di dapur. Beritahu mereka ini bukan “taman permainan”. Tunjukkan apa yang panas atau tajam. Walaupun mereka mungkin tidak faham sepenuhnya, mereka akan mula lebih berhati-hati apabila memasuki dapur.

Dapur adalah tempat yang menyeronokkan untuk hubungan kekeluargaan dan untuk kanak-kanak belajar kemahiran baru. Walau bagaimanapun, ia adalah tempat yang mempunyai pelbagai bahaya yang berpotensi, terutamanya untuk kanak-kanak kecil. Ambil langkah berjaga-jaga tambahan apabila anda dan anak anda sentiasa berada di dapur.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Kitchen Safety. http://www.babycentre.co.uk/a755/kitchen-safety. Accessed August 30, 2016

 

Versi Terbaru

01/08/2023

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Jangan Panik Bayi Demam Panas Tengah Malam, Ibu Ayah Cuba 5 Petua Ini Dahulu!

Ibu Alami Bengkak Susu, Boleh Cuba Sendiri Petua Orang Lama Ini Di Rumah!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 01/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan