backup og meta

Ini Cara Mandikan Baby Gunakan Span & Tab Mandi, Barulah Senang

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 19/09/2023

    Ini Cara Mandikan Baby Gunakan Span & Tab Mandi, Barulah Senang

    Ingin tahu bagaimana cara mandikan bayi baru lahir? Mari Hello Doktor bantu anda memahami cara mandikan bayi, semoga ia memberi manfaat!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Cara mandikan bayi baru lahir 

    Memandikan si manja baru lahir boleh menjadi satu pengalaman yang mendebarkan. Apatah lagi dengan badan dan kulit bayi yang licin.

    Pun begitu, lama-kelamaan pastinya tugasan memandikan si kecil akan menjadi mudah.

    Umumnya, bayi tidak perlu dimandikan setiap hari. 3 kali seminggu mungkin sudah mencukupi sehinggalah anda lebih yakin untuk menggendalikan mereka. 

    Kulit si manja juga cenderung menjadi kering jika dimandikan terlalu kerap.

    Bilakah waktu sesuai mandi bayi baru lahir: pagi atau malam?

    Hakikatnya ia terpulang kepada anda. 

    Sebaiknya anda disarankan memilih masa yang terluang atau kurang untuk diganggu. 

    Kebanyakan ibu bapa lebih memilih waktu pagi, ketika bayi lebih berwaspada.

    Baca juga:

    Ada juga yang lebih gemar menjadikan amalan mandi pada waktu malam sebagai rutin sebelum tidur. Ia bertujuan untuk memberikan ketenangan kepada bayi sebelum tidur.

    Sekiranya anda ingin mandikan bayi selepas menyusu, seeloknya tunggu sehingga perut mereka berada dalam keadaan selesa sedikit.

    Jadi apakah cara mandikan bayi baru lahir yang paling mudah untuk dilakukan?

    Fahami cara mandikan bayi

    Terdapat 2 cara untuk memandikan si manja, sama ada mandian span atau di dalam tab.

    Sebelum memandikan bayi, pastikan semua keperluan sudah tersedia, seperti:

    • Span mandi bayi atau kain bersih
    • Selimut atau tuala mandi (dengan hooded)
    • Lampin bersih
    • Pakaian bersih
    • Air suam
    • Tab mandian (untuk cara mandikan bayi dalam tab)
    • Syampu dan sabun bersesuaian
    • Losyen 

    Cara mandikan bayi baru lahir menggunakan span

    American Academy of Pediatrics mengesyorkan mandi span sehingga tunggul tali pusat tercabut sendiri – biasanya untuk tempoh 1 atau 2 minggu.

    Bagi kaedah mandikan bayi baru lahir ini, anda perlu:

    cara mandikan bayi baru lahir

  • Pilih ruang dengan permukaan rata. Anda boleh memilih katil atau lantai yang dilapik dengan selimut atau tuala. 
  • Balutkan bayi dengan tuala, hanya biarkan bahagian badan yang ingin dicuci terdedah
  • Dengan menggunakan span atau kain, bersihkan di kawasan belakang telinga, leher, siku, lutut dan antara jari tangan serta kaki
  • Perhatikan juga pada lipatan lengan, leher dan paha
  • Pada bahagian kepala, sapukan span dan elakkan daripada air terkena mata si kecil. Buat masa ini, tidak perlu menggunakan syampu, cukup sekadar air
  • Kemudian span bahagian tubuh bayi
  • Bagi bahagian alat kelamin bayi perempuan, cuci dari depan ke belakang. Untuk bayi lelaki yang belum disunatkan, lapkan sahaja bahagian kulup zakar itu, jika sudah bersunat, jangan dibasuh kepala zakar sehingga ia sembuh
  • Lap bayi dengan lembut sehingga kering. Gosok yang terlalu kuat boleh menyebabkan kerengsaan
  • Sudah selesai cara mandikan bayi menggunakan span. Kini si manja sudah segar dan bersedia untuk dipakaikan lampin dan pakaian bersih!

    cara mandikan bayi baru lahir

    Tab mandian

    Bagaimana pula dengan cara mandikan bayi baru lahir di dalam tab mandian?

    Apabila bayi sudah bersedia untuk mandian dalam tab, bagi sesi yang pertama, ia perlu dilakukan dengan cepat.

    • Isikan tab mandian dengan air suam setinggi 2 atau 3 inci. 
    • Guna sebelah tangan untuk menyokong kepala bayi. Kemudian, secara perlahan-lahan, masukkan si manja ke dalam tab
    • Dengan menggunakan span atau kain, basuh muka dan rambut si manja. Elakkan air daripada terkena mata bayi
    • Anda boleh menggunakan sedikit sabun khas untuk badan bayi dan bilas
    • Apabila rambut si manja semakin lebat, gunakan sedikit syampu bayi dan bilas. 
    • Lap bayi dengan lembut sehingga kering

    Tahniah! Anda sudah mengetahui cara mandikan bayi. 

    Sarungkan bayi lampin dan pakaian bersih serta jangan lupa untuk sapukan losyen bagi melindungi tahap kelembapan kulit si manja.

    cara mandikan bayi baru lahir

    Bantu si manja menikmati masa mandi

    Untuk bantu bayi menyukai masa mandi, anda boleh meletakkan tangan pada perut mereka dengan lembut. 

    Di samping itu, meletakkan kain lap basah suam pada dada dan perut juga menjadi pilihan terbaik. 

    Ini membolehkan bayi berasa selamat semasa mandi.

    Sekiranya anda mencuba cara mandikan bayi baru lahir dan si manja tampak seakan tidak menyukainya, berikan mereka cara mandian ‘top and tail’ dan mandian yang betul secara berselang seli.

    Mandian ‘top and tail’ adalah dengan menggunakan kapas dan air suam untuk membilas bahagian mata dan wajah si manja, serta kain lap pada tangan dan bahagian bawah badan.

    Pada amnya, bayi akan memerlukan tempoh masa sekitar 3 bulan untuk membiasakan diri dengan rutin mandian ini.

    Namun, perkara penting yang harus diingat adalah JANGAN membiarkan si manja sendirian, terutamanya dalam tab mandian walaupun untuk tempoh sesaat!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 19/09/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan