Bolehkah Beri Bayi Makan Tauhu?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Tauhu ialah makanan yang amat baik untuk diberikan kepada anak anda kerana mengandungi kepekatan nutrien yang tinggi. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara tertentu yang anda perlu tahu jika ingin memberi anak makan tauhu.

Apa itu tauhu?

Tauhu ialah kacang soya tidak ditapai, yang sekian lama menjadi pilihan pemakanan untuk kebanyakan orang Asia. Tauhu mengandungi zat besi, protein, dan kalsium. Jumlah protein yang ada dalam tauhu ialah lebih kurang 9 gram. Tauhu keras mempunyai lebih asid lemak, kalsium, dan protein. Kajian membuktikan bahawa tauhu ialah alternatif terbaik untuk bayi yang mengalami alergik kepada produk tenusu. Ini kerana tauhu dapat menyediakan bayi kesemua nutrien yang boleh didapati daripada susu.

Pun begitu, khasiat tauhu masih lagi menjadi kontroversi. Memandangkan tauhu adalah produk soya, ia tidak boleh diberikan kepada bayi yang mempunyai alergik kepada kacang soya. Dan juga, terdapat sesetengah kajian yang menunjukkan bahawa tauhu boleh membahayakan perkembangan bayi.

Bila dan bagaimana anda boleh memperkenalkan tauhu kepada bayi?

Sesetengah doktor percaya bahawa sistem penghadaman bayi sebenarnya tidak boleh mengendalikan tauhu. Akan tetapi, pakar yang lain menolak dan menganggap tauhu sebagai makanan yang sangat mudah untuk dihadam. Disebabkan kontroversi yang terjadi, secara umumnya, ibu bapa dinasihatkan untuk menunggu sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 8 bulan jika mahu memberikan bayi makan tauhu. Tauhu boleh tahan sehingga 7 hari jika disimpan di dalam peti sejuk

Apa yang perlu anda tahu sebelum memberikan bayi makan tauhu?

Alergi soya adalah penyebab utama anda tidak boleh memberikan tauhu terlalu awal kepada bayi anda. Reaksi alergik bagi seseorang bayi akan jadi lebih teruk dan boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada anak anda untuk jangka panjang.

Seperti yang kita tahu, sesetengah orang dewasa juga tidak menggemari tauhu kerana rasanya yang tidak begitu sedap. Begitu juga halnya dengan bayi. Jadi, cara terbaik untuk memberikan si manja anda tauhu adalah dengan mencampurkan tauhu bersama makanan lain. Contohnya, anda boleh mengisar tauhu bersama dengan beberapa buah-buahan yang bayi anda gemari (seperti pic, pear, atau beri) dan menawarkan tauhu sebagai snek ringan. Bersabarlah jika bayi anda menolak tauhu sewaktu pertama kali anda memperkenalkannya. Bayi mungkin memerlukan masa sebelum biasa dengan rasa tauhu.

Ibu bapa dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor sebelum menawarkan bayi jenis makanan baru, terutama jika bayi anda mengalami beberapa reaksi alergi sebelum ini. Juga, anda disarankan untuk memantau bayi dengan rapi semasa si manja mencuba makanan baru. Lihat pada tanda-tanda ketidakselesaan yang ditunjukkan, kerana ini juga mungkin petunjuk kepada reaksi alergik. Bawa segera bayi berjumpa doktor jika anda melihat sebarang ketidaknormalan berlaku.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Sudah Tiba! Rujuk Jadual Vaksin Di Sini

    Akhirnya, saat yang ditunggu-tunggu telah tiba. Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah bermula! Sila rujuk jadual vaksinasi anda di sini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    COVID-19 24/02/2021 . 3 minit bacaan

    Rawatan Resdung Secara ‘Over-The Counter’, Boleh Ke Beli Ubat Di Farmasi Sahaja?

    Tahukah anda, anda boleh beli ubat untuk rawatan penyakit resdung secara over-the-counter (OTC) atau di farmasi berdekatan? Nak tahu bagaimana? Jom baca!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Alahan Hidung & Mata 24/02/2021 . 3 minit bacaan

    Jika Anda Alami Salah Satu Daripada 7 Tanda Ini, Anda Mungkin Ada Kencing Manis!

    Ada kepentingan untuk anda mengetahui tanda kencing manis tinggi gula ini. Kami senaraikan beberapa tanda kencing manis peringkat awal untuk makluman anda. 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diabetes Jenis 2 24/02/2021 . 3 minit bacaan

    Jantung Selalu Berdegup Laju? Atasinya Dengan 4 Cara Mudah Ini, Pasti Berkesan!

    Adakah anda selalu mengalami masalah jantung berdegup laju dan kencang secara tiba-tiba? Jantung berdegup kuat mungkin tanda masalah palpitasi jantung!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Degupan Jantung 24/02/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit pangkal rahim

    Wanita, Jangan Lambat Bertindak! Ini Rawatan Kanser Pangkal Rahim Mengikut Tahap

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 24/02/2021 . 3 minit bacaan
    tulang kaki retak

    Selain Larian Dan Sukan Lompat, Ini 9 Faktor Lain Boleh Buat Tulang Kaki Anda Retak!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 24/02/2021 . 3 minit bacaan
    suntikan vaksin pneumococcal

    Bukan Bayi Saja Kena Suntik, WARGA EMAS Pun Sama! Ada 5 Vaksin Orang Tua Mesti Ambil

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 24/02/2021 . 3 minit bacaan
    bila boleh buat pregnancy test

    Jika Alami 9 Tanda Ini, Anda PATUT Buat Ujian Kehamilan, No. 1 & 5 Paling Biasa Terjadi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 24/02/2021 . 3 minit bacaan