Apabila baby kembung perut, ia adalah perkara biasa. Namun ada kalanya masalah kembung perut bayi didasari keadaan kesihatan yang memerlukan campur tangan rawatan perubatan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Baby kembung perut berpunca masalah kesihatan
Masalah kesihatan yang dimaksudkan adalah Necrotizing enterocolitis atau sebutannya nek-roh-TIE-zing en-ter-oh-coh-LIE-tis (NEC) – penyakit serius pada bayi baru lahir.
Ia terjadi apabila tisu pada usus besar (kolon) meradang. Kesannya, ia merosakkan dan membunuh beberapa tisu pada usus bayi.
NEC boleh terjadi pada mana-mana si kecil baru lahir tetapi cenderung terjadi kepada bayi pramatang atau sakit. Ini terutamanya jika bayi mempunyai berat kurang daripada 1.5kg.
Semakin kecil dan tidak cukup bulan bayi dilahirkan, risiko untuk NEC semakin tinggi.
Punca kembung perut bayi NEC
Punca tepat mengapa masalah baby kembung perut NEC terjadi tidak diketahui secara tepat. Ia mungkin berlaku apabila darah dan oksigen ke tisu usus bayi yang belum matang tidak mencukupi.
Kaitan antara bakteria daripada persekitaran dan tisu yang belum matang dipercayai menyebabkan tubuh si kecil bertindak balas dengan keradangan.
Ini boleh membahayakan tisu dan menyebabkan ia mati. Jika keadaan ini terjadi, lubang boleh terbentuk dalam usus.
Lubang tersebut boleh mengakibatkan jangkitan teruk pada abdomen atau saluran darah bayi.
Faktor risiko untuk baby kembung perut NEC
Dianggarkan hampir semua bayi – 9 daripada 10 – yang mengalami NEC merupakan bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan.
Keadaan ini seringkali menjejaskan bayi:
- Dilahirkan sebelum minggu ke-37 kehamilan – bayi pramatang
- Menyusu melalui tiub di perut – (enteral feeding)
- Berat kurang daripada 2.5 kg semasa kelahiran
Beberapa perkara boleh meningkatkan risiko bayi anda mendapat NEC.
#Kelahiran pramatang punca baby kembung perut NEC
Baby pramatang kurang matang berbanding bayi cukup bulan. Ini bermakna mereka mungkin menghadapi masalah dengan peredaran darah dan oksigen.
Tubuh mereka belum bersedia untuk pencernaan dan melawan jangkitan, sekali gus meningkatkan risiko untuk mendapat NEC.
#Penyusuan susu formula
Bayi yang tidak diberikan susu ibu, juga cenderung mendapat masalah kembung perut bayi yang berpunca daripada NEC.
Susu ibu mengandungi bahan yang membantu melawan jangkitan dan membantu sel usus matang. Ia juga mudah dicerna.
#Proses kelahiran sukar atau tahap oksigen rendah semasa kelahiran
Kedua-dua situasi ini boleh menyebabkan si manja lebih cenderung mengalami keadaan baby kembung perut NEC.
Apabila oksigen tidak mencukupi, tubuh akan menghantar darah dan oksigen ke otak dan jantung terlebih dahulu. Ia mengurangkan aliran darah ke saluran usus.
Ini sekali gus mengakibatkan hanya sedikit sahaja oksigen dalam darah yang sampai ke usus besar.
Punca baby kembung perut NEC #Jangkitan pada usus
Bayi yang mengalami masalah jangkitan usus lebih cenderung mendapat NEC.
Mengenal pasti simptom NEC
Setiap simptom yang dialami si manja adalah berbeza dan ia biasanya muncul selepas beberapa minggu pertama kelahiran, seperti:
- Bengkak atau kembung perut bayi
- Menolak untuk menyusu
- Berak berdarah dan cirit-birit
- Perubahan pada degupan jantung, tekanan darah, suhu badan dan pernafasan
- Muntah hijau atau kuning
- Kelesuan
- Kekurangan berat badan
Merawat keadaan baby kembung perut NEC
Rawatan bergantung kepada tahap keterukan gejala, usia dan kesihatan umum si kecil.
NEC boleh menjadi lebih teruk dan memerlukan pembedahan. Oleh itu, penjagaan NEC memerlukan pasukan yang merangkumi pakar bedah pediatrik.
Rawatan awal boleh merangkumi:
- Menghentikan penyusuan
- Memasukkan tiub daripada hidung ke perut – saluran nasogastrik atau NG. ia dilakukan untuk memastikan perut si kecil kosong
- Memberi cecair dan nutrisi yang diperlukan bayi melalui IV – intravena
- Memberi ubat antibiotik untuk jangkitan
- Mengambil sinar-X untuk memeriksa keadaannya
- Memberikan oksigen tambahan atau penggunaan mesin pernafasan. Dilakukan jika perut anak membengkak sehingga menjejaskan pernafasan
- Mengasingkan si kecil untuk mengelakkan jangkitan merebak
Jika masalah kembung perut bayi disebabkan NEC teruk, si manja memerlukan:
- Pembedahan untuk membuang usus atau usus rosak
- Prosedur yang menghubungkan bahagian usus atau ke lubang di perut – ostomi
- Mengeringkan rongga perut – peritoneal
Baca juga: