backup og meta

9 Bahagian Badan Si Manja Ini SANGAT Sensitif! Ibu Kena Lebih Berhati-hati, Ya?

9 Bahagian Badan Si Manja Ini SANGAT Sensitif! Ibu Kena Lebih Berhati-hati, Ya?

Disebabkan bayi kulit sensitif, maka sebarang sentuhan perlulah dilakukan dengan berhati-hati, terutamanya pada 9 bahagian ini. Jom ketahui dengan lebih lanjut mengenainya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

Kulit anak sensitif

Bayi adalah makhluk kecil yang sangat sensitif, khususnya pada 6 bulan pertama kehidupan mereka.

Oleh kerana kulit adalah organ terbesar yang meliputi keseluruhan tubuh, maka pada bahagian tertentu kulit anak sensitif. 

Jika tersalah langkah, kesan yang boleh terjadi kepada bayi kulit sensitif, amatlah mengerikan. 

Disebabkan itu, ibu bapa perlu menjaga si manja dengan sebaik mungkin, terutamanya apabila melibatkan sentuhan.

Tetapi adakah anda tahu apakah bahagian yang mempunyai tahap sensitif yang tinggi? 

Bahagian bayi kulit sensitif

Berikut adalah 9 bahagian badan bayi baru lahir yang sensitif dan memerlukan penjagaan tinggi:

1. Perut

Si manja yang baru lahir biasanya mempunyai perut kecil dan sensitif, sebab itu ibu perlu sendawakan bayi selepas penyusuan. 

Sistem pencernaan bayi yang sedang berkembang juga boleh menjadi punca bayi mengalami refluks. Sudah tentu keadaan itu menyebabkan bayi berasa sakit. 

Bayi kulit sensitif #2. Tangan

bayi kulit sensitif

Tangan merupakan salah satu bahagian kulit anak sensitif. 

Ia bukan kerana anda tidak boleh menyentuhnya tetapi apa yang dibuat bayi dengan tangan mereka menyebabkannya sensitif.

Kita selalu melihat bayi memasukkan tangan ke dalam mulutnya dan sebagai ibu, sudah tentu anda gemar memegang tangan si comel itu, betul tak?

Tanpa disedari ia menjadi punca penularan kuman dan bakteria ke mulut bayi.

Jadi pastikan tangan anda bersih sebelum menyentuh bayi, okay?

[embed-health-tool-vaccination-tool]

3. Punggung

Lampin bayi harus ditukar sebaik sahaja basah. Ini kerana punggung merupakan antara bahagian kulit bayi sensitif.

Jika dibiarkan lama, bayi mungkin akan mengalami ruam atau kerengsaan kesan daripada air kencing dan najis tersebut. 

Tambahan lagi, lampin yang dibiarkan basah turut boleh menyebabkan jangkitan.

4. Tulang belakang

Merupakan bahagian tubuh yang pertama berkembang semasa dalam fasa embrio dan masih menjadi antara bahagian sangat sensitif  walaupun setelah bayi dilahirkan.

Menjaga tulang belakang dengan baik harus menjadi keutamaan kerana jika wujud masalah pada bahagian ini dan saraf, ia boleh menjejaskan tumbesaran si manja.

5. Otak

Walaupun tidak melibatkan bahagian kulit anak sensitif, namun tak dinafikan bahawa otak mempunyai tahap sensitif yang tinggi pada tubuh bayi.

Ini kerana otak dan tulang belakang membentuk sistem saraf pusat. Malah, kedua-duanya sangat penting untuk meneruskan kehidupan. 

Jadi elakkan daripada menggoncang bayi walaupun hanya dengan tujuan untuk bermain.

bayi kulit sensitif

6. Kelembapan pada bayi kulit sensitif

Semua bayi baru lahir mempunyai kulit yang sangat sensitif. 

Umumnya, untuk tempoh beberapa minggu pertama, kulit mereka tidak dapat mengekalkan kelembapan.

Maka sebagai ibu bapa, anda harus menjaga kulit anak sensitif ini dengan sebaiknya dalam apa juga aspek seperti melibatkan pemilihan sabun pencuci baju atau sabun mandi.

Di samping itu, elakkan daripada mendedahkan bayi kepada cahaya matahari terik.

7. Deria rasa

Deria rasa bayi mula terbentuk sebelum dilahirkan dan ia dikatakan 3x ganda lebih sensitif berbanding individu dewasa.

Walau bagaimanapun, seiring peningkatan usia, tahap kepekaan ini akan mula menurun. 

8. Otot leher

Kepala bayi adalah salah satu bahagian yang paling berat.

Kesannya daripada keadaan ini, otot leher bayi yang sangat rapuh itu tidak mempunyai keupayaan untuk menampungnya. 

Jadi ketika ingin memegang bayi yang baru lahir, pastikan anda memberikan sokongan pada bahagian kepalanya setiap masa.

Sebarang pergerakan yang tidak terkawal boleh mengakibatkan masalah pada leher dan kepala bayi, maka perlu sentiasa berhati-hati.

bayi kulit sensitif

9. Tali pusat

Ketika proses bersalin, doktor akan memotong tali pusat bayi dan dalam tempoh beberapa hari, ia akan mengering dan gugur dengan sendirinya. 

Walau bagaimanapun, ia tidak semudah disangka. Ini kerana pada hakikatnya tali pusat yang dipotong dianggap sebagai luka dan ia memerlukan penjagaan yang rapi.

Jika tidak, ia berisiko untuk dijangkiti. Sebab itulah ia tersenarai sebagai antara bahagian kulit sensitif bayi.

Utamakan penjagaan bayi kulit sensitif

Apa yang disenaraikan di atas adalah antara bahagian-bahagian tubuh dan kulit bayi sensitif. 

Tetapi secara keseluruhan, badan bayi memerlukan sentuhan dan penjagaan yang rapi serta lemah-lembut. Elakkan melakukan sesuatu secara kasar. 

Sekiranya, ini adalah kali pertama anda bergelar ibu dan bapa, mungkin bantuan daripada mereka yang lebih berpengalaman diperlukan untuk membantu.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Skin care for your baby. https://doi.org/10.1093/pch/12.3.245. Accessed on July 25, 2021.

Gastrointestinal Problems. https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=gastrointestinal-problems-90-P02216. Accessed on July 25, 2021.

What Your Baby’s Skin Is Telling You. https://intermountainhealthcare.org/blogs/topics/intermountain-moms/2016/02/what-your-babys-skin-is-telling-you/. Accessed on July 25, 2021.

Your baby’s brain: How parents can support healthy development. https://caringforkids.cps.ca/handouts/pregnancy-and-babies/your_babys_brain. Accessed on July 25, 2021.

Senses Experiment: Head, Shoulders, Knees, and Toes. https://kidshealth.org/en/kids/experiment-head.html. Accessed on July 25, 2021.

Versi Terbaru

08/08/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Ini 6 Teknik Penjagaan Bayi Buat Ibu Bapa Baru, Ambil Tahu Awal, Nanti Senang!

Bila Boleh Berikan Bayi Makanan Pedas Seperti Kari? Ini Penjelasan Lengkap Untuk Anda


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 08/08/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan