backup og meta

Bagaimana Untuk Berjaya Menyusu Badan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 05/07/2022

    Tahukan anda manfaat susu ibu? Susu ibu bukan sahaja mempunyai nutrisi yang mencukupi tetapi juga lebih mudah dihadam bayi anda. Apa yang lebih penting lagi, ia dapat meningkatkan sistem imun anak anda dengan baik. Penyusuan badan juga dapat membantu anda menurunkan berat badan selepas bayi dilahirkan.

    Jika anda ingin menyusukan anak anda, ikutilah panduan penyusuan ini.

    Bagaimana ingin mula menyusu badan

    Kali pertama anda menyusukan anak anda adalah di bilik kelahiran. Bayi kebiasaannya lebih peka dan mahu menyusu dalam sejam pertama selepas kelahiran. Pada waktu ini, susu yang anda hasilkan dipanggil kolostrum. Untuk bermula, dukung bayi anda pada dada anda untuk mengalu-alukannya di dunia ini. Penghasilan susu ibu terangsang apabila sentuhan kulit ke kulit antara anda dan bayi. Teruskan sentuhan kulit ke kulit sehinggalah selepas berjaya menyusukan. Ini akan membantu bayi anda merasa hangat dan mengurangkan stres, membantu anda berdua selepas kepayahan proses kelahiran.

    Pusingkan badan bayi anda keseluruhannya kepada anda, dada ke dada. Sentuh bahagian atas bibir bayi anda dengan puting anda dan apabila dia mula membuka mulut dengan besar, masukkan payudara anda ke dalam mulutnya; pegang payudara anda untuk sokongan. Mulut anak anda tidak sepatutnya hanya menutupi puting tetapi bahagian areola juga sebanyak mungkin.

    Jangan panik jika bayi anda kelihatan tidak pandai mencari puting atau tidak lama melekap di puting. Penyusuan badan memerlukan kesabaran dan latihan. Jangan segan untuk bertanyakan jururawat untuk menunjukkan apa yang perlu anda buat dan meminta kunjungan daripada pakar laktasi sewaktu anda dalam hospital.

    Jika penyusuan menyakitkan, berhenti menyusu dengan memasukkan jari kelingking anda atara gusi bayi dan payudara. Apabila bayi sudah melekap dengan betul, anda tidak akan bermasalah untuk menyusukan dengan baik.

    Jika bayi anda pramatang, anda mungkin tidak dapat menyusukannya sejurus selepas kelahiran tetapi anda patut mula mengepam susu. Bayi anda akan menyusu melalui tiub atau botol sehingga dia telah kuat untuk menyusu badan.

    Apabila mula menyusu, ketahuilah bahawa penyusuan badan tidak sepatutnya menyakitkan. Beri perhatian kepada bagaimana mulut bayi anda melekap pada payudara. Mulutnya harus terbuka besar menutup bahagian areola di bawah puting, dan puting anda seharusnya masuk jauh ke dalam mulut bayi.

    Berapa kerapkah anda patut menyusu

    Anda patut menyusu sekerap yang boleh. Lebih kerap anda menyusu, lebih banyak susu yang terhasil. Apabila bayi anda menyusu dengan baik dan kerap, anda tidak perlu menambah makanan sampingan atau cecair lain, sekalipun air kosong.

    Lebih baik untuk anda melihat tanda bayi mahu menyusu berbanding menetapkan masa mengikut jam. Tanda-tanda bayi ingin menyusu termasuklah pergerakan menghisap dengan mulut, menjilat bibir atau meletakkan tangan pada mulut. Menangis adalah tanda kelaparan yang terakhir – anda sepatutnya mula menyusukan bayi anda sebelum dia menangis. Bayi perlu menyusu dengan kerap pada minggu-minggu pertama – 8 kali atau lebih dalam masa 24 jam. Menyusu 8 hingga 12 kali setiap 24 jam ialah target yang sesuai. Ini memastikan penghasilan susu yang berterusan dan bayi anda memperoleh pertambahan berat badan sewaktu minggu kedua.

    Sewaktu beberapa hari yang pertama, anda mungkin perlu mengejutkan bayi anda dengan lembut untuk mula menyusu, dan bayi anda mungkin tertidur sewaktu separuh jalan dalam penyusuan. Untuk memastikan bayi anda menyusu dengan mencukupi, kejutkan bayi anda jika telah hampir 4 jam daripada waktu terakhir bayi menyusu.

    Bagaimana memastikan keselesaan

    Apabila anda telah memastikan bayi di posisi yang sesuai, segala aspek lain penyusuan akan dipermudahkan. Jika anda memegang bayi dengan salah atau atau bayi anda tidak melekap dengan betul, ini boleh menyebabkan luka pada puting.

    Memandangkan penyusuan boleh memakan masa hingga 40 minit, terutamanya untuk bayi yang baru lahir, pilih tempat yang selesa untuk penyusuan. Dukung bayi anda dalam posisi yang tidak menyebabkan tangan dan belakang badan anda sakit. Walaupun menyokong belakang  kepala bayi anda selalunya berkesan, tetapi anda patut memilih posisi yang selesa bagi diri anda.

    Jika anda sedang duduk, bantal penyusuan sangat membantu menyokong bayi anda. Ramai ibu yang mendapati bangku kaki juga membantu mereka merasa selesa. Sama ada anda sedang duduk atau berbaring, jangan mula menyusu sehingga anda dan bayi selesa kerana anda akan berada dalam posisi tersebut sepanjang penyusuan.

    Hello Health Group tidak menyediakan khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 05/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan