Bagaimana Penyusuan Susu Ibu Mempengaruhi Tabiat Pemakanan Kanak-kanak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Semasa tahun pertama kehidupan, kanak-kanak mengalami tumbesaran fizikal, sosial dan emosi yang pesat. Tabiat pemakanan mereka juga berkembang ketika tempoh ini. Ketika tempoh ini juga berlakunya peralihan daripada susu ibu ke pelbagai jenis makanan yang menyerupai pemakanan orang dewasa.

Kepentingan penyusuan

Kajian menunjukkan bahawa penyusuan dan tabiat pemakanan ibu bapa memainkan peranan yang hebat dalam membentuk tabiat pemakanan kanak-kanak untuk jangka panjang. Kanak-kanak yang tidak lagi menyusu masih mendapat manfaat daripada tingkah laku yang ditunjukkan oleh ibu bapa mereka semasa tempoh tumbesaran dan perkembangan. Penyusuan susu ibu juga dianggap sebagai kaedah pemberian makanan yang optimum semasa 6 bulan terawal kehidupan bayi. Ini disebabkan kesan positifnya terhadap perkembangan tingkah laku pemakanan kanak-kanak semasa mereka membesar.

Bagaimana penyusuan mempengaruhi tabiat pemakanan kanak-kanak

Pelbagai rasa

Penyusuan adalah penting terhadap perkembangan reaksi kanak-kanak kepada petanda kelaparan dan kekenyangan dalaman mereka. Ia juga dipercayai dapat merangsang perkembangan keupayaan makan sendiri semasa pemberian makanan. Perubahan dalam komponen susu ibu semasa pemberian susu tunggal, dan perubahan komposisi susu ketika bulan pertama kehidupan, dapat menggalakkan peningkatan kepekaan untuk pengambilan tenaga. Para saintis juga yakin bahawa sesi penyusuan meninggalkan kesan yang kuat dalam metabolisma seseorang kanak-kanak, yang mungkin menjelaskan kelakuan pemakanan yang berbeza. Penyusuan susu ibu juga memberikan kesan positif kepada kelakuan pemakanan semasa peringkat kanak-kanak kerana ia membantu anak anda menerima rasa daripada diet yang diambil oleh ibu melalui susu badan. Jika ibu makan pelbagai jenis makanan, bayi yang minum susu ibu juga akan turut merasai pelbagai perisa makanan. Pendedahan ini memberikan impak yang besar kepada peralihan susu ke makanan pejal bayi.

Pendedahan awal

Secara semula jadinya, kanak-kanak menggemari rasa manis dan masin. Oleh itu, makanan yang manis dan masin berkemungkinan tinggi mudah diterima oleh kanak-kanak, berbanding dengan makanan yang mempunyai rasa pahit seperti sayuran tertentu. Bayi dan anak kecil boleh belajar bagaimana untuk menerima makanan dan rasa makanan yang tidak biasa dimakan melalui pendedahan yang berulang. Oleh itu, dari satu segi, penyusuan memberikan bayi pendedahan awal dan berulang terhadap rasa daripada diet yang diambil oleh ibunya. Hal ini sekali gus menawarkan hubungan rasa kepada bayi, menjadikan rasa makanan tersebut lebih ‘mesra’ pada lidah mereka semasa diberikan makanan pejal. Maka, bayi yang dahulunya menyusu badan akan lebih mudah terbuka untuk menerima pelbagai jenis makanan baru dan seterusnya mengambil pelbagai pemakanan semasa besar nanti.

Makan adalah tugas utama dalam kehidupan bayi dan anak kecil. Justeru, ibu bapa dan penjaga perlu memberi tumpuan kepada proses ini bagi tumbesaran dan perkembangan bayi. Pengalaman makan memberikan kanak-kanak bukan sahaja nutrisi, bahkan juga peluang untuk belajar. Pemakanan mempengaruhi fizikal, psikososial dan perkembangan emosi kanak-kanak.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Wanita, Jangan Stres Stres! Ada Cara Untuk Kekal Sihat & Bebas Tekanan, Jom Cuba!

    Kaum Hawa, adakah anda tertanya-tanya tencang cara mengatasi stres yang terbaik? Jangan runsing lagi, kami jawab semuanya sempena Hari Wanita Sedunia!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan Wanita Lain 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Usia Sudah Mencecah 40, 50 Tahun? 5 Makanan Ini Boleh Tingkatkan Risiko Penyakit, Sila Elak!

    Makanan tidak berkhasiat sememangnya boleh menyebabkan tahap kesihatan seseorang menjadi teruk. Oleh sebab itu kita perlu peka terhadap khasiat makanan...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Pemakanan Sihat Lain 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Adakah Penggunaan Ginseng Boleh Bantu Pesakit Diabetes Kawal Paras Gula Dalam Darah?

    Ramai yang sedar akan khasiat ginseng. Ia adalah salah satu tumbuhan herba yang popular di seluruh dunia. Namun, adakah ia baik untuk diabetes?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diabetes Jenis 2 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Alah Terhadap Vaksin COVID-19? Itu Tidak Bermaksud Anda Tak Perlu Ambil Suntikan Dos Kedua!

    Tidak mustahil jika ada yang mengalami reaksi alergi terhadap vaksin COVID-19. Namun, apa yang berlaku jika anda tidak boleh mengambil vaksin?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    COVID-19 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kaki panjang sebelah

    Kaki Pendek Sebelah Punca Anda Tempang? Ada Juga Gejala Lain Yang Boleh Anda Alami

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan
    kes bunuh

    Lelaki Berisiko 3 Kali Ganda Bunuh Diri Sepanjang Wabak COVID-19, Ini Tip Nak Cegah!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan
    hari wanita sedunia

    4 Perkara Wajib Yang Perlu Setiap Wanita Lakukan, Jika Tidak, Nyawa Boleh Terancam!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan
    jenis sakit mata

    10 Jenis Penyakit Mata Yang Boleh Berlaku! #5 Itu Mungkin Biasa Bagi Anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan