backup og meta

Baby Ketawa Memang Comel Tapi Jika Gelak Tanpa Sebab, Mungkin Ini Puncanya!

Baby Ketawa Memang Comel Tapi Jika Gelak Tanpa Sebab, Mungkin Ini Puncanya!

Memang comel melihat reaksi baby ketawa. Pun begitu, bagaimana jika bayi gelak sendiri walaupun tiada yang mengusiknya?

Apakah perkara yang menyebabkan si kecil ketawa sendiri ini? Teruskan pembacaan untuk mengetahui mengenainya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Bayi gelak sendiri disebabkan epilepsi gelastik?

Epilepsi gelastik (Gelastic epilepsy) atau turut dikenali sebagai sawan ketawa ini membuatkan seseorang itu ketawa tidak terkawal untuk tempoh beberapa saat atau minit.

Ketawa yang berlaku itu sering digambarkan sebagai ‘kosong’ atau ‘tidak wajar’ dan berlaku di luar konteks – bukan disebabkan sesuatu yang lucu.

Gelastik diambil daripada perkataan Yunani kuno – gelos – bermaksud ketawa.

Keadaan ini dikatakan lebih cenderung berlaku kepada anak lelaki berbanding perempuan – walaupun wujud risiko untuk berkembang di kemudian hari.

baby ketawa

Gejala sawan gelastik termasuk:

  • Bayi gelak sendiri untuk tempoh kurang seminit. Ketawa itu boleh muncul dalam bentuk ‘cooing’, tersenyum, menangis atau bernafas berat
  • Kemudian selepas sawan ketawa, biasanya akan berlaku sawan lain seperti sawan tonik-klonik
  • Mereka juga mungkin akan melakukan pergerakan secara tiba-tiba (twitch), mengetap bibir atau menunjukkan riak kegelisahan 

Gejala sawan gelastik pada bayi dan kanak-kanak

Sukar untuk mengenal pasti sawan gelastik ini pada si kecil kerana biasanya apabila bayi tertawa sendiri, ia tidak dianggap sebagai sesuatu yang pelik.

Bayi mungkin merengus atau menggeliat dengan cara luar biasa apabila mengalami sawan ini dan ketawa mereka sering berhenti secara tiba-tiba.

Anak mungkin tampak keliru atau letih sebaik sahaja sawan mereka berakhir.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Punca baby ketawa sendiri

Umumnya, keadaan yang dikenali sebagai epilepsi gelastik – satu keadaan epilepsi yang sangat jarang berlaku menyebabkan individu mengalami sawan ketawa.

Sawan terjadi disebabkan ‘letupan elektrik’ (burst of electricity) secara tiba-tiba di dalam otak – membuatkan individu ketawa tanpa kawalan dan tidak mempunyai sebab yang jelas.

Keadaan ini lebih berkemungkinan besar untuk didiagnosis pada kanak-kanak.

baby ketawa

Epilepsi gelastik selalunya bermula sedari kecil dan sering dikaitkan dengan sejenis keadaan tumor otak tertentu yang dikenali sebagai hamartoma hipotalamus. Tumor ini adalah jinak dan tidak menjejaskan sel lain.

Hamartoma hipotalamus adalah tumor yang hadir semasa lahir. Jadi sawan gelastik yang dikaitkan dengan hamartoma hipotalamus bermula semasa awal bayi.

Pun begitu, terdapat juga beberapa punca lain sawan ketawa ini, termasuklah lesi pada lobus frontal dan parietal.

Apabila ia berlaku disebabkan oleh lesi di bahagian lain otak, sawan gelastik boleh bermula kemudian semasa zaman kanak-kanak atau dewasa.

Dalam kajian 2015, seorang lelaki dewasa dipercayai mula mengalami sawan ketawa ini selepas mendapat jangkitan parasit.

Fakta menarik baby ketawa

  • 1 daripada 3 kanak-kanak mula mengalami sawan ini pada peringkat bayi. Purata umur untuk mula mengalaminya sekitar 10 bulan
  • Sawan gelastik sering berlaku semasa kanak-kanak sedang tertidur, tetapi ia juga boleh berlaku pada bila-bila masa
  • Bayi dan kanak-kanak akan bangun mengejut daripada tidur apabila mengalami sawan gelastik, kemudian bertenang dan tidur semula

Baby ketawa sendiri: Cara rawatannya

Sawan gelastik selalunya tidak bertindak balas terhadap ubat antisawan. Doktor mungkin akan mengesyorkan pembedahan jika anak mengalami sawan yang menjejaskan kualiti hidup mereka.

Terdapat bukti kukuh bahawa membuang hamartoma hipotalamus boleh memperbaiki gejala dan masalah tingkah laku.

Beberapa teknik pembedahan boleh dilakukan, termasuk:

  • Radiosurgeri stereotaktik
  • Ablasi laser berpandukan MRI
  • Kraniotomi 
  • Pembedahan endoskopik

Baca juga:

Kesimpulannya

Sawan gelastik dicirikan oleh ketawa atau gelak yang tidak terkawal. Sawan ini paling kerap disebabkan oleh jisim bukan kanser di bahagian otak yang dipanggil hipotalamus.

Mereka yang mengalami keadaan sawan ini sering tidak bertindak balas terhadap ubat antisawan. Namun dengan prosedur pembedahan dikatakan dapat membantu meredakan gejala.

Sekiranya anda merasakan isu baby ketawa ini mungkin disebabkan oleh sawan gelastik atau mempunyai sebarang kebimbangan mengenai keadaan si kecil, amat penting untuk melakukan pemeriksaan dan rundingan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Gelastic Seizures. https://www.cedars-sinai.org/health-library/diseases-and-conditions/g/gelastic-seizures.html, Accessed on Jan 25, 2023
  2. Nina L Beckwith, Jaclyn C Khil, Jason Teng, Kore K Liow, Alice Smith and Jesus Luna. Dec 2018. Inappropriate Laughter and Behaviours: How, What, and Why? Case of an Adult with Undiagnosed Gelastic Seizure with Hypothalamic Hamartoma.  https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6277842/, Accessed on Jan 25, 2023
  3. Gelastic seizures with hypothalamic hamartoma. https://www.epilepsy.org.uk/info/syndromes/gelastic-seizures-with-hypothalamic-hamartoma, Accessed on Jan 25, 2023
  4. What is a Gelastic Seizure? https://www.hopeforhh.org/what-is-hh/what-is-a-gelastic-seizure/, Accessed on Jan 25, 2023
  5. Gelastic and Dacrystic Seizures. https://www.defeatingepilepsy.org/understanding-epilepsy/gelastic-and-dacrystic-seizures/,  Accessed on Jan 25, 2023

Versi Terbaru

23/05/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Ini 6 Manfaat Minyak Telon Baby Yang Mama Harus Tahu, Point Last Sekali Paling Penting!

Bayi Kuat Berpeluh? Mungkin Ini Puncanya, No. 6 & 7 Parents Perlu Perhatikan Betul-betul!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 23/05/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan