backup og meta

Cuti Sekolah Nak Balik Kampung Atau Travel? 8 Tip Ini Selamatkan Ibu Ayah

“Ibu, adik pening duduk dalam kereta lama-lama, rasa macam kepala berpusing”. Ayat seperti ini mungkin akan keluar dari mulut si manja anda setiap kali bawa anak naik kereta untuk perjalanan yang jauh bukan? Ya, ia memang kedengaran menyusahkan. Tenang, Hello Doktor akan membantu anda menyelesaikan masalah ini! Jadi, sila teruskan membaca artikel kami ini ya?

Cuti Sekolah Nak Balik Kampung Atau Travel? 8 Tip Ini Selamatkan Ibu Ayah

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, boleh klik di sini.

Dilema anak kecil & kenderaan

Setiap kali tiba cuti sekolah, si manja anda pasti tidak boleh duduk diam dan mula bertanya kepada anda berkenaan aktiviti yang ingin dilakukan pada waktu itu bukan? Mereka mungkin memilih untuk balik ke kampung halaman ataupun pergi melancong dan bercuti ke mana-mana pusat peranginan.

Bagi mana-mana ibu bapa, ia boleh jadi satu perkara yang menyeronokkan tetapi membimbangkan pada masa yang sama. Ini kerana anda perlu merancang terlebih dahulu perjalanan anda dengan baik agar si manja tidak meragam sepanjang perjalanan menuju destinasi pilihan.

Persoalannya, apa yang ibu bapa perlu lakukan sebagai tip bawa anak naik kereta untuk perjalanan jauh?

Tip bawa anak naik kereta untuk perjalanan jauh

Sebenarnya, tiada sebarang masalah untuk ibu bapa bawa anak naik kereta. Asalkan anda sebagai ibu bapa amalkan tip-tip berikut:

#1. Tentukan waktu dan tempoh perjalanan jika bawa baby naik kereta

Sebelum memulakan apa-apa perjalanan yang jauh, ibu bapa seharusnya merancang waktu dan tempoh perjalanan anda. Tidak ada waktu atau tempoh spesifik yang perlu dipatuhi kerana ia bergantung sepenuhnya kepada individu.

bawa anak naik kereta
Pastikan waktu perjalanan sesuai dengan keadaan anak.

Namun begitu, cuba elakkan daripada terus memandu selama berjam-jam tanpa berehat seketika bagi mengelakkan kanak-kanak berasa mual dan stres sepanjang perjalanan. Ia juga pasti akan membuat anda berasa tidak selesa.

#2. Pastikan kondisi kereta berada dalam keadaan baik

Anda juga perlu memastikan kondisi kereta berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Periksa bahagian dalaman enjin, tekanan angin tayar, beg udara serta pasang kerusi kanak-kanak jika perlu.

Tali pinggang keledar dan beg udara direka untuk penumpang yang mempunyai ketinggian lebih 145 cm dan berat melebihi 36 kg sahaja. Jika si manja masih lagi kecil, jangan lupa pasangkan baby car seat ya?

Namun, harus diingatkan juga agar bayi dan anak-anak yang masih kecil perlu duduk di kerusi kanak-kanak di tempat duduk belakang yang direka khas untuk usia dan berat mereka.

Jangan pula anda meletakkan kerusi tersebut di tempat duduk sebelah pemandu kerana ia adalah tindakan yang tidak selamat dan boleh menyebabkan bayi terhumban ke depan jika kenderaan brek mengejut!

Tip bawa anak naik kereta #3. Sediakan makanan

Ibu bapa perlu memenuhkan kereta dengan makanan dan minuman kegemaran anak dan juga anda sendiri. Ini bertujuan untuk mengelakkan kelaparan sepanjang perjalanan jauh anda.

Ketika ini, anda juga boleh melonggarkan sedikit peraturan pemakanan dan berikan mereka makanan ringan atau makanan segera yang digemari mereka.

bawa anak naik kereta
Tentukan pengambilan air harian anak mencukupi seperti yang disarankan.

#4. Sediakan pakaian

Selain makanan, pakaian juga penting. Ibu bapa perlu menyediakan secukupnya pakaian yang diperlukan oleh setiap ahli keluarga. Selain itu, sediakan juga kain atau tisu yang mudah anda capai sekiranya berlaku kecemasan kepada anak anda seperti muntah atau luka!

#5. Tetapkan peraturan

Ibu bapa perlu bersikap lebih tegas terhadap anak-anak dengan menetapkan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang perjalanan anda menuju destinasi. Misalnya, anda boleh membuat peraturan agar anak anda meminta izin terlebih dahulu sebelum membuka tingkap, bumbung suria atau menukar saluran radio.

#6. Sediakan pelbagai bentuk hiburan untuk anak anda

Ini adalah penting bagi memastikan anak anda kekal ceria dan bersemangat sepanjang perjalanan. Anda boleh menyediakan pelbagai bentuk hiburan seperti permainan yang boleh selamat untuk dimainkan di dalam kereta. Jika anak anda seorang yang gemar menonton kartun, pasangkan dvd cerita kegemaran mereka agar mereka kekal terhibur.

#7. Bawa kamera

Anda sudah pasti tidak mahu terlepas daripada merakam setiap detik dan kenangan percutian anda bersama pasangan tercinta dan anak-anak. Bersama-sama, anda boleh merakam setiap keindahan yang anda temui sepanjang perjalanan anda menuju ke destinasi pilihan.

bawa anak naik kereta
Jangan lupa rakam momen gembira bersama si kecil.

#8. Menyanyi dan menari bersama anak anda

Sekali-sekala, tidak salah jika anda mengubah watak ibu bapa yang tegas dan menjadi ibu bapa yang ‘happy go lucky’. Pasangkan lagu kegemaran anda seisi keluarga sambil menyanyi dan menari bersama-sama. Ini akan mencipta sebuah ritual dan pengalaman yang sangat indah dalam memori anak anda.

Konklusi

Kesimpulannya, tiada sebarang masalah sekiranya anda mahu bawa anak naik kereta untuk perjalanan jauh. Cuma, pastikan anda ikuti tip dalam artikel ini terlebih dahulu ya!

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

July 2024 Tips for Traveling with Children. https://chs-ca.org/chs-blog/tips-for-traveling-with-children/. Diaksed Dec 16, 2025

Tips for Safe & Stress-Free Family Travel. https://www.healthychildren.org/English/safety-prevention/on-the-go/Pages/Travel-Safety-Tips.aspx#. Diaksed Dec 16, 2025

The ultimate guide to road-tripping with kids. https://accesshc.org.au/the-ultimate-guide-to-road-tripping-with-kids/. Diaksed Dec 16, 2025

Road Trip Boredom Busters. https://kidshealth.org/en/parents/road-trip.html. Diaksed Dec 16, 2025

Driving with kids. https://www.iihs.org/research-areas/child-safety/driving-with-kids. Diaksed Dec 16, 2025

 

Versi Terbaru

16/12/2025

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Musim Cuti Sekolah Ramai Hantar Anak Sunat, Ini Tip Penjagaan Lepas Khatan!

Tak Tahu Nak Buat Apa Masa Cuti Sekolah? 3 Kraf DIY Ini Confirm Buat Anak Teruja!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada tadi

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan