Perkembangan bayi
Perkembangan bayi dalam kandungan (minggu ketiga kehamilan)
Walaupun anda mungkin tidak merasa kehamilan tetapi ada bayi yang tumbuh dan membesar dalam diri anda. Telur yang disenyawakan akan melalui proses pembahagian sel. Selepas 30 jam telur tersebut akan terbahagi kepada dua sel, kemudian 4 sel, kemudian lapan, dan berterusan terbahagi sambil bergerak daripada tiub fallopian ke uterus. Apabila sampai di uterus, kumpulan sel ini kelihatan seperti bebola kecil dan dipanggil embrio.
Embrio tersebut akan menjadi berlohong dan diisi dengan cecair- dikenali sebagai blastosis. Berdekatan dengan waktu penghujung minggu ketiga kehamilan, blastosis akan menempel dirinya pada dinding uterus. Proses ini dinamakan implantasi.
Penempelan dalam uterus menghasilkan hubungan yang penting: endometrium akan menyediakan nutrien dan pembuangan bahan kumuh untuk perkembangan embrio. Selepas beberapa ketika, implan akan berkembang menjadi plasenta, yang dapat membantu memberikan nutrien pada bayi sepanjang 9 bulan tersebut.
Perubahan hidup & tubuh badan
Bagaimanakah perubahan badan saya sewaktu minggu ketiga kehamilan?
Badan anda akan melalui pelbagai perubahan untuk menyokong tumbesaran janin. Pada waktu ini, anda mungkin tidak mengetahui bahawa anda hamil. Anda mungkin akan mendapati titik pendarahan pada penghujung minggu ini. Ini dipanggil pendarahan implantasi “implantation spotting.” Ini bermakna telur yang telah disenyawakan itu telah menempel pada lapisan uterus. Tidak semua wanita akan mengalami pendarahan ini dan sesetengah wanita mungkin akan tersilap menganggapnya sebagai darah haid.
Apakah yang perlu saya beri perhatian?
Loya kehamilan, seperti mengidam jeruk dan aiskrim adalah antara simptom kehamilan yang jelas tetapi tidak semestinya berlaku dalam semua kes. Kajian menunjukkan hampir satu pertiga wanita hamil akan mengalami loya dan muntah disebabkan kehamilan dan ¼ daripada baki selebihnya tidak mengalami simptom ini. Jika anda antara mereka yang tidak pernah berasa loya atau hanya kadangkala menjadi loya, anda adalah wanita hamil yang beruntung.
Tiga perempat perempuan hamil akan mengalami rasa loya sepanjang hari. Bagaimanapun, sila bertenang jika anda mempunyai masalah untuk makan dan turun berat badan pada 3 bulan pertama kehamilan, ini tidak akan menjejaskan kandungan selagi mana anda bertambah berat badan selepas itu. Pertambahan berat badan akan mudah berlaku kerana raya loya dan muntah akan hilang selepas pertengahan minggu ke-12 atau minggu ke-14 kehamilan.
Pertemuan dengan doktor
Apa yang harus saya maklumkan pada doktor?
Cakap dengan doktor anda segera jika anda mengesyaki anda hamil. Doktor mungkin akan menyuruh anda menjalani ujian kehamilan. Anda mungkin tidak perlu berjumpa doktor hingga minggu ke-8 kehamilan.
Apakah ujian yang perlu saya tahu?
Cara terbaik untuk mengesahkan kehamilan anda adalah dengan menggunakan ujian kehamilan di rumah. Anda boleh membelinya di farmasi setempat. Ujian ini dapat menentukan kehamilan seawal hari pertama anda tidak datang haid. Anda boleh membeli beberapa alat ujian untuk memastikan keputusannya. Ujian ini mengukur hormon tertentu yang terdapat dalam air kencing. Hormon ini dipanggil Human Chorionic Gonadotropin (HCG). Ia dirembeskan oleh plasenta. Bergantung kepada jenis ujian kehamilan, keputusan positif akan menunjukkan tanda tambah atau 2 garisan merah jambu.
Kesihatan & keselamatan
Apakah yang perlu saya tahu untuk kesihatan dan keselamatan semasa hamil?
Membawa kandungan dalam diri anda selama 9 bulan bukanlah mudah. Anda mungkin mula risau tentang bagaimana ini akan mengubah kehidupan sosial, bagaimana anda menguruskan kerja atau jika apa yang anda makan selamat untuk kandungan atau tidak. Anda patut tahu bahawa perkembangan bayi anda bukan sahaja bergantung kepada pemakanan anda, tetapi juga emosi anda.
Apabila anda risau atau merasa resah, badan anda akan menghasilkan hormon stres dipanggil kortisol. Hormon ini akan membuatkan degupan jantung anda meningkat dan mencetuskan tindak balas keradangan dalam badan anda. Banyak kajian telah menunjukkan kaitan antara keradangan dan keadaan kesihatan yang tidak baik, membawa kepada masalah perkembangan dalam bayi. Tambahan pula, wanita yang menghadapi stres dalam trimester pertama kehamilan akan mempunyai risiko keguguran yang lebih tinggi.
Untuk keselamatan anda dan embrio yang sedang membesar, terdapat beberapa tips untuk menangani stres sewaktu kehamilan:
- Luahkan perasaan dengan seseorang. Anda mungkin tidak mahu membebankan pasangan atau kawan anda dengan masalah anda tetapi ia lebih membantu berbanding menahan perasaan. Cuba untuk meluahkan perasaan dengan seseorang. Anda akan merasa lebih baik selepas itu.
- Relaks. Meditasi dan teknik relaksasi dapat membantu. Anda boleh mengubat diri dengan meminum teh panas atau membaca buku kegemaran anda.
- Dengar muzik. Muzik ialah cara yang bagus untuk mengawal kadar kortisol anda.
- Kerapkan bersenam. Sertai kelas yoga pranatal, kelas renang, atau berjalan. Senaman ini dapat membantu anda menangani stres di samping menyediakan badan anda untuk proses kehamilan. Anda juga mungkin akan merasakan burst mood dan energi.
Merasa stres sewaktu kehamilan adalah normal. Adalah penting untuk menangani stres sebelum membahayakan kandungan. Jom kita lihat apa yang berlaku dalam minggu ke 4!
[embed-health-tool-due-date]