backup og meta

Bayi Menendang Dalam Perut, Tapi Kenapa Orang Lain Tak Dapat Rasa? 3 Faktor Ini Mungkin Sebabnya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 10/11/2021

    Bayi Menendang Dalam Perut, Tapi Kenapa Orang Lain Tak Dapat Rasa? 3 Faktor Ini Mungkin Sebabnya

    Setiap kali bayi menendang, pasti si ibu akan berasa teruja. Tetapi bilakah individu di sekeliling terutamanya suami dapat merasakan tendangan bayi dalam kandungan?

    Ini kerana setiap kali tangan individu lain diletakkan di perut, pastinya tiada pergerakan bayi dapat dirasai.

    Ini penjelasannya untuk setiap bakal mama dan papa.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Bila tendangan bayi dalam kandungan dapat dirasai?

    Apabila anda kerap dapat merasai tendangan serta pergerakan si manja dalam kandungan, sudah tentu persoalan yang akan mula bermain di minda adalah, “Bilakah suami dapat rasai tendangan si manja?”

    Malah mungkin bakal abang atau kakaknya juga teringin untuk merasakan pergerakan adik di dalam perut ibu, betul tak?

    Umumnya pergerakan pertama bayi dalam kandungan disebut sebagai quickening, adalah flutters – pergerakan kaki seakan mengipas – yang berlaku pada trimester kedua.

    Menurut American Pregnancy Association, ibu hamil mungkin memerlukan 13 hingga 25 minggu untuk mula merasakan bayi bergerak dan ia bergantung kepada beberapa faktor.

    Walau bagaimanapun, ia akan memakan masa lebih lama sebelum individu lain seperti suami atau anak yang lain untuk dapat merasai tendangan bayi dalam kandungan.

    tendangan bayi dalam kandungan

    Dalam kebanyakan kes, anda harus menunggu beberapa minggu lagi sebelum dapat berkongsi pengalaman yang mengujakan ini dengan pasangan, keluarga atau rakan.

    Pun begitu, pengalaman merasai bayi menendang ini boleh berbeza daripada satu kehamilan dengan kehamilan lain. 

    Namun secara amnya, tendangan tersebut dapat dirasai oleh individu sekeliling anda pada akhir trimester kedua.

    Bermula trimester ketiga

    Menjelang awal trimester ketiga, pada sekitar minggu ke-28 hingga 32, tendangan bayi akan dapat dirasai. 

    Ini terutamanya jika mereka meletakkan tangan di perut pada saat tepat dan tempat yang betul.

    Anda mungkin sudah dapat merasakan pergerakan dan tendangan si manja sejak beberapa minggu, tetapi bayi perlu lebih membesar sehingga pergerakannya dapat dirasakan daripada luar.

    Selalunya pergerakan yang berlaku itu adalah secara sporadik. Ia akan tampak seperti si manja seakan-akan cuba bersembunyi dan hanya ingin disentuh oleh anda sahaja.

    Wah, untunglah si ibu sejak daripada dalam perut sudah menjadi pilihan si manja! 

    Disebabkan itu insan yang anda sayangi, mungkin harus bersabar dan menunggu hingga tiba masanya.

    Kenapa yang lain tidak dapat merasa bayi menendang?

    Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan individu lain tidak dapat merasakan bayi menendang dan bergerak.

    Ini termasuklah:

    Berat ibu menyukarkan untuk rasa tendangan bayi dalam kandungan

    Jika berat ibu berlebihan, ia mungkin memerlukan waktu lebih lama kerana tendangan si manja harus kuat yang bermakna bayi perlu lebih besar untuk dapat dirasai tendangannya daripada luar.

    Ini tidak bermakna ia tidak akan berlaku, cuma kebarangkalian untuk berlaku lebih awal, agak tipis.

    Baca juga:

    Tendangan bayi dalam kandungan bergantung pada kedudukan plasenta

    Jika posisi plasenta terletak di depan rahim – dikenali sebagai plasenta anterior – bermaksud berada antara bayi dan dinding perut, ia boleh menyukarkan individu lain untuk merasakan tendangan si kecil.

    Pergerakan bayi juga perlu lebih besar dan kuat untuk dapat dirasai melalui plasenta.

    Keadaan ini juga mungkin membuatkan anda lambat untuk dapat merasai pergerakan bayi buat kali pertama, apatah lagi mereka yang lain. 

    Tendangan bayi dalam kandungan akan lebih mudah dirasai jika kedudukan plasenta berada di belakang rahim – dikenali sebagai plasenta posterior.

    tendangan bayi dalam kandungan

    Posisi bayi

    Beberapa kedudukan bayi membolehkan individu lain dapat merasai dengan mudah pergerakan dan tendangan si manja.

    Ia bukanlah 1 kemestian untuk individu lain dapat merasai bayi menendang dan bergerak. 

    Cuma, ia satu bentuk kebahagiaan yang sukar diungkap apabila insan yang disayangi turut dapat sama merasai tendangan tersebut, betul kan?

    Tidak mengapa, Hello Doktor ada tip untuk anda cuba!

    Tip agar tendangan bayi dalam kandungan dapat dirasai

    Harus diingatkan, tip berikut tidak selalunya berkesan. Tetapi tiada salahnya untuk mencuba, bukan?

    • Bakal ibu perlu mengambil makanan atau minuman manis seperti susu atau jus oren. Sedikit tambahan gula dalam darah ini akan membangunkan bayi sebagai tindak balas. Selepas beberapa minit, anda pasti akan dapat merasakan bayi bergerak
    • Bayi dipercayai akan bangun dan bergerak jika ibu mengandung minum segelas air sejuk berais atau susu suam

    tendangan bayi dalam kandungan

    • Ada kalanya, bayi akan menendang dengan kuat apabila si ibu mendengar muzik. Mereka dapat mendengar muzik walaupun berada di dalam rahim, percayalah!
    • Jika bakal ibu menekan pada satu sisi perutnya, ada kalanya bayi menendang dan bergerak sebagai tindak balas
    • Sekiranya ibu berubah posisi duduk atau berbaring dalam jangka masa singkat, bayi juga akan bergerak untuk menyesuaikan diri dan mula menendang

    Puncak kebahagiaan dan kegembiraan si ibu adalah untuk dapat merasai tendangan bayi dalam kandungan, apatah lagi jika dapat dikongsikan bersama insan-insan tersayang.

    Ada ibu yang mungkin dapat merasai bayi menendang pada peringkat awal kehamilan dan terdapat juga yang perlu bersabar lebih lama sedikit.

    Walau apa pun, paling penting, bakal ibu perlu sentiasa pantau pergerakan bayi dan lakukan pemeriksaan jika terdapat kebimbangan atau keraguan, okay?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 10/11/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan