Sedang mencari susu terbaik untuk ibu hamil? Tahukah anda, pengambilan susu untuk ibu mengandung sangat penting untuk menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan.
Ketika hamil, diet ibu sangat penting. Lagipun, segala nutrisi yang diperoleh dari makanan akan diterima oleh bayi dalam kandungan.
Tidak dinafikan, salah satu minuman berkhasiat untuk ibu hamil ialah susu. Minuman ini merupakan sumber kalsium dan protein yang sangat baik untuk ibu hamil.
Kalsium penting untuk memastikan bayi dapat membina tulang yang sihat manakala protein pula dapat menyokong tumbesaran bayi.
Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan susu terbaik untuk ibu hamil dan apakah masa yang paling sesuai untuk mengambilnya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Bila masa paling sesuai untuk minum susu?
Bagi ibu mengandung, masa paling sesuai untuk minum susu adalah pada trimester kedua. Pada trimester pertama, pengambilan susu untuk ibu hamil mungkin boleh menyebabkan rasa mual dan muntah-muntah.
Malah, ibu yang mengalami morning sickness yang teruk juga mungkin sukar untuk menelan susu disebabkan rasa mual yang melampau. Bagaimanapun, ibu yang tidak mengalami masalah ini boleh cuba mengambil susu sejak trimester pertama.
Pada trimester kedua kehamilan, selalunya rasa mual dan ingin muntah akan berkurangan. Fetus pula perlukan lebih banyak nutrisi untuk menyokong tumbesaran.
Sementara itu, pada trimester ketiga, bayi dalam kandungan mula mebesar dengan pantas. Pada waktu ini, kedua-dua ibu dan bayi memerlukan banyak nutrisi penting bagi menjamin kehamilan sihat.
Jika anda tidak mampu minum susu disebabkan rasa mual, anda boleh cuba produk lain seperti yogurt atau menambah pengambilan sayur-sayuran yang kaya dengan kalsium dalam diet harian, misalnya brokoli, bayam atau bok choy.
- Kalori: 152 kalori dalam kira-kira 150 mililiter susu
- Air: 88 peratus
- Protein: 8.14 grams
- Karbohidrat: 12 gram
- Gula: 12 gram
- Serat: 0 gram
- Lemak: 8 gram
Susu terbaik untuk ibu hamil
Di pasaran, ada pelbagai susu yang sesuai diambil oleh ibu hamil. Antaranya:
1. Susu lembu
Susu lembu merupakan antara susu terbaik ibu mengandung. Ia mengandungi kalsium dan vitamin D yang penting untuk tulang bayi.
Selain itu, susu lembu juga mengandungi protein bagi untuk menyokong tumbesaran bayi. Bagaimanapun, ibu yang ingin mengurangkan pengambilan lemak boleh memilih untuk mengambil susu skim.
Jangan sesekali minum susu mentah atau susu yang tidak dipasteur kerana ia mungkin mengandungi bakteria yang boleh memudaratkan kandungan.
Susu terbaik untuk ibu hamil 2: Susu soya
Susu soya sangat sesuai diambil sebagai susu untuk ibu hamil. Ia mengandungi jumlah protein yang hampir sama dengan susu lembu. Bagaimanapun, susu soya tidak mengandungi kalsium yang sama banyak dengan susu lembu.
Selain itu, ibu hamil juga perlu berhati-hati ketika mengambil susu soya. Jika anda sedang menjaga pengambilan gula, susu soya mungkin tidak sesuai untuk anda.
Susu soya mengandungi gula yang lebih tinggi daripada susu biasa. Oleh itu, ia mungkin tidak sesuai diambil oleh mereka yang menghidap diabetes gestasi.
3. Susu badam
Susu badan juga adalah antara susu terbaik untuk ibu hamil. Namun, ia sangat sesuai bagi ibu yang tidak boleh mengambil susu biasa atau mempunyai alahan soya.
Bagaimanapun, susu badam tidak mempunyai protein setinggi susu lembu. Namun, ia mempunyai vitamin A, kalsium dan banyak lagi vitamin yang bermanfaat untuk menyokong kehamilan.
Susu terbaik untuk ibu hamil 4: Susu Beras
Sebagai alternatif, ibu hamil juga boleh cuba susu beras. Namun, ia sukar untuk didapati di pasar raya biasa.
Susu beras tidak mengandungi protein yang tinggi, namun ia mempunyai lebih banyak karbohidrat berbanding susu lembu.
Malah, ada beberapa jenama susu beras yang diperkaya dengan vitamin A dan D.
5. Susu Oat
Susu oat sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan terhadap produk tenusu, soya dan kacang.
Selain itu, susu oat juga bebas gluten. Bagaimanapun, sebelum beli, baca dulu label pada pek pembungkusan.
Ada susu oat yang mengandungi gluten kerana diproses menggunakan peralatan sama dengan produk lain yang mengandungi gluten.
[embed-health-tool-ovulation]
Susu oat sangat baik untuk diambil sebagai susu untuk ibu hamil. Ia mengandungi zat besi, vitamin dan banyak lagi nutrien lain.
Malah, ada banyak produk susu oat yang diperkaya dengan kalsium, vitamin A dan D. Ini menjadikan susu oat sebagai antara susu terbaik ibu mengandung.
Bincang dahulu dengan doktor sebelum ambil susu untuk ibu hamil
Sebelum mengambil susu, ibu boleh berbincang dulu dengan doktor untuk menentukan sama ada ia selamat untuk anda dan juga bayi. Setiap wanita hamil mempunyai keperluan nutrisi yang berbeza.
Jika anda mempunyai masalah kesihatan tertentu, misalnya diabetes gestasi atau tekanan darah tinggi, doktor mungkin akan memberikan rancangan pemakanan yang lebih sesuai.
Pakar juga boleh memberikan cadangan susu terbaik untuk ibu hamil berdasarkan keperluan kehamilan anda.