backup og meta

Positif Hamil, Tapi Kenapa Keluar Darah Seakan Period? Ini Sebabnya!

Positif Hamil, Tapi Kenapa Keluar Darah Seakan Period? Ini Sebabnya!

Membuat ujian kehamilan dan mendapat hasil positif, sudah tentu menjadi perkhabaran yang membahagiakan. Eh, nanti dulu, tetapi kenapa mengandung tapi keluar darah? Bolehkah kita mengandung tapi period?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Bolehkah mengandung tapi period?

Apabila seseorang individu wanita itu hamil, dia tidak akan melalui proses ovulasi. Keadaan ini sekali gus akan menghentikan kedatangan period. Ini kerana darah haid  hanya akan keluar apabila seseorang individu itu tidak mengandung.

Kitaran haid berlaku untuk memudahkan proses kehamilan. hari pertama seseorang individu itu didatangi haid dan berakhir sebelum hari pertama untuk kitaran seterusnya.

Ovulasi pula adalah apabila ovari mengeluarkan ovum, ia berlaku pada pertengahan proses kitaran haid. 

Ovum hanya dapat bertahan untuk tempoh 12 hingga 24 jam selepas proses ovulasi berlaku. Sekiranya sperma hadir dan berjaya menembusi serta bersenyawa dengan telur, maka ovum akan menempel pada dinding rahim; keadaan ini bermakna anda hamil.

Jika tiada persenyawaan berlaku, haid akan hadir dan badan akan meluruhkan lapisan rahim supaya ia boleh menghasilkan dinding rahim baru untuk kitaran haid yang seterusnya. 

Jadi bagi menjawab persoalan, adakah boleh untuk anda mengandung tapi period? Jawapan paling tepat, adalah tidak.

Namun, terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan mengandung tapi period. 

mengandung tapi period
Perbezaan keluar darah disebabkan kehamilan dan keguguran.

Faktor pendarahan

Pendarahan yang berlaku pastinya mendatangkan kebimbangan kepada individu wanita yang sedang hamil. Tetapi sebenarnya, sesetengah pendarahan yang berlaku tidaklah membahayakan dan mungkin bersifat sementara. 

Berikut adalah beberapa keadaan yang memungkinkan anda mengandung tapi keluar darah:

1. Waktu kitaran haid

Mengandung tapi period boleh berlaku disebabkan proses persenyawaan yang terjadi apabila seseorang individu wanita itu hampir period.

Umumnya, proses persenyawaan tidak akan berlaku sejurus selepas hubungan seks dilakukan. 

Persenyawaan biasanya berlaku selepas beberapa hari hubungan intim antara pasangan dilakukan. Terdapat kemungkinan pada ketika telur berjaya disenyawakan adalah hari yang sepatutnya individu wanita tersebut didatangi haid.

2. Kadar hormon

Punca lain yang boleh mendasari sebab anda period tapi mengandung adalah disebabkan kadar hormon progesteron di dalam badan yang rendah.

Situasi ini mungkin berlaku apabila dinding rahim tidak begitu kukuh dan jatuh, akhirnya ia mengakibatkan terjadinya haid. 

3. Hubungan seks

tanda mengandung
Simptom mengandung.

Adakalanya pendarahan juga boleh berlaku apabila anda melakukan hubungan seks ketika hamil dan darah yang keluar itu disangka sebagai period. Hal ini kerana perubahan permukaan serviks disebabkan oleh hormon anda.

4. Jangkitan

Jangkitan kuman juga boleh menjadi antara penyebab mengapa anda mengandung tapi haid. Jika keadaan ini berlaku, anda perlu mendapatkan rawatan segera kerana terdapat risiko kemudaratan yang boleh mengancam kandungan.

5. Kehamilan ektopik

Sekiranya pendarahan berlaku dalam minggu ke-4 kehamilan dan ke atas, ia mungkin merupakan masalah kehamilan ektopik atau bahasa mudahnya, kehamilan di luar rahim.

Ia berlaku apabila tumbesaran janin berlaku di tiub fallopian. Semestinya ia merupakan satu keadaan yang boleh mengancam nyawa ibu.

6. Masalah uri

Sekiranya kehamilan anda sudah melepasi tempoh minggu ke-24, namun berlaku pendarahan, ia mungkin petanda masalah serius. Anda disarankan untuk segera mendapatkan pemeriksaan dengan doktor pakar sakit puan. 

Pendarahan yang berlaku mungkin disebabkan keadaan yang dipanggil placenta previa, iaitu uri terletak di bahagian bawah atau placenta abruption di mana uri terlepas dari dinding rahim.

Rawatan doktor jika mengandung tapi period

Seseorang individu wanita perlu mendapatkan pemeriksaan doktor jika mengalami beberapa tanda mengandung selepas period seperti:

  • Rasa kesakitan dan kekejangan
  • Pening atau pitam
  • Pendarahan berat atau pembekuan darah
  • Kesakitan pada bahagian perut dan pelvis

Jika anda mengalami sebarang tanda mengandung selepas period yang disebutkan di atas atau berlaku pendarahan yang semakin teruk, anda harus segera berjumpa doktor.

Langkah pencegahan ketika hamil

Mengandung tapi period sudah tentu mendatangkan kegusaran pada setiap wanita. Namun terdapat beberapa langkah pencegahan yang boleh dilakukan demi menjaga kandungan anda, termasuklah :

1. Berhati-hati apabila mengandung tapi heavy period

Cara paling mudah untuk mengatasi daripada berlakunya pendarahan adalah dengan berhati-hati. Malahan ia merupakan satu langkah yang perlu sentiasa diamalkan sepanjang tempoh kehamilan. 

Setiap individu wanita yang disahkan mengandung perlu mengikuti nasihat yang diberikan doktor dan sentiasa menjaga kesihatan diri dan juga bayi dalam kandungan. Jangan sekali-kali mengambil mudah mengenai kesihatan bayi dalam kandungan dan juga anda. 

2. Stres punca mengandung tapi keluar darah

punca keguguran
Kesan stres pada ibu mengandung.

Kebanyakan individu beranggapan bahawa tempoh kehamilan adalah satu waktu yang membahagiakan. Mungkin juga, namun, ia tidak berlaku kepada setiap wanita yang hamil.

Adakalanya, tekanan disebabkan faktor sekeliling boleh menyebabkan berlakunya pendarahan. Sebaiknya anda perlu mengawal emosi dan elakkan daripada menjadi terlalu tertekan. 

3. Pemeriksaan segera jika mengandung tapi period

Jika secara tiba-tiba anda mengalami pendarahan yang banyak serta diikuti dengan rasa sakit pada bahagian perut, ia mungkin satu perkara yang melibatkan situasi yang serius. Anda perlu segera mendapatkan rawatan dan pemeriksaan doktor.

Keadaan ini berlaku mungkin kerana uri berada pada bahagian bawah rahim atau uri tercabut daripada rahim dan memerlukan perhatian doktor.

Kesimpulan


Ketika anda disahkan hamil, penjagaan kesihatan kandungan adalah amat penting untuk menjamin proses tumbesaran janin yang baik dan sihat. Dalam masa yang sama, penjagaan ibu hamil juga tidak boleh diabaikan.

Sekiranya anda mengandung tapi keluar darah, dapatkanlah pemeriksaan doktor dengan segera. Jangan ambil mudah, okay?

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Bleeding during pregnancy.
    https://www.mayoclinic.org/symptoms/bleeding-during-pregnancy/basics/definition/sym-20050636, Accessed on June 23, 2022
  2. Bleeding During Pregnancy. https://www.acog.org/womens-health/faqs/bleeding-during-pregnancy, Accessed on June 23, 2022
  3. Bleeding During Pregnancy – What‘s Normal? https://familydoctor.org/bleeding-pregnancy-whats-normal/, Accessed on June 23, 2022
  4. Can You Still Have Your Period If You’re Pregnant?https://kidshealth.org/en/teens/period-pregnancy.html, Accessed on June 23, 2022
  5. Bleeding During Early Pregnancy. https://www.nationwidechildrens.org/family-resources-education/family-resources-library/bleeding-during-early-pregnancy, Accessed on June 23, 2022

Versi Terbaru

09/05/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

UPT Positif Hamil TAPI Kantung Rahim Kosong? Ini Punca Sebenarnya, Ibu Jangan Bersedih Ya!

Macam Senggugut Tapi Tak Keluar Haid, Ini Sebab Hamil @ PMS? Kenali Bezanya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 09/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan