Strawberi
Buah beri terkenal ini menawarkan pelbagai khasiat. Mengandungi 91% kandungan air, anda boleh menikmati strawberi begitu sahaja ataupun mencampurkannya dalam makanan seperti salad, yogurt, smoothie, bijirin dan banyak lagi.
Timun
Timun juga mengandungi kandungan air yang banyak iaitu 95%. Selain boleh dijadikan ulaman, anda boleh menggunakan timun sebagai pencicah hidangan taco.
Yogurt
Yogurt asli adalah sumber probiotik yang membantu mengekalkan penghadaman yang sihat. Dengan kandungan 85% air, yogurt juga membekalkan dos sihat protein bukan-daging serta kalsium. Nikmati yogurt bersama buah beri segar.
Makanan bergaram
Garam juga boleh membantu anda kekal hidrat. Sewaktu anda makan garam, otak anda akan memberitahu buah pinggang untuk menahan air. Anda juga memerlukan garam untuk membawa cecair dari usus ke aliran darah. Makanan seperti biskut kraker (terutamanya jika anda berada di awal kehamilan) dan mi sup ayam rendah-sodium dapat membantu mengekalkan air dalam badan anda, berbanding kehilangannya semasa membuang air kecil.
Sup
Sup juga adalah cara terbaik yang membekalkan anda kepada sayur-sayuran kaya-serat, karbohidrat dan protein dalam satu hidangan. Memandangkan asas utama sup mengandungi air, maka makanan ini adalah cara terbaik untuk anda kekal hidrat.
Tembikai
Mengandungi 92% air, buah tembikai adalah pilihan buah yang terbaik untuk memastikan tubuh anda hidrat sepanjang hari. Nikmati sepotong atau sehiris buah tembikai bersama dengan daun pudina segar sebagai snek yang menyegarkan hari anda.