Terdapat sekurang-kurangnya 200 jenis virus yang mampu menyebabkan terjadinya simptom-simptom demam selesema. Simptom-simptom ini akan kekal sehingga 1 minggu, namun anda mungkin akan mengalami batuk yang berlanjutan sehingga 3 minggu. Disebabkan demam selsema berpunca daripada virus dan bukan bakteria, maka antibiotitk bukanlah penyelesaiannya.
Kadangkala, infeksi bakteria mungkin berlaku pada tekak, sinus, telinga atau paru-paru yang merupakan lanjutan daripada demam selesema. Ini mungkin akan memerlukan antibiotik. Segera berjumpa doktor jika simptom-simptom ini menjadi lebih teruk. Sentiasa berhubung dengan doktor anda jika anda mengalami demam atau apa-apa simptom kondisi kesihatan yang lain ketika sedang hamil.
Rawatan untuk selesema dan batuk ketika hamil
Antara rawatan yang pasti diperlukan untuk melegakan demam selesema adalah:
- Mendapatkan rehat yang secukupnya
- Minum air putih secukupnya
- Berkumur dengan air garam untuk melegakan sakit tekak atau batuk
Selain itu, lakukan juga rawatan ini di rumah:
- Gunakan titisan atau semburan ubat untuk melegakan ketidakselesaan pada tisu nasal dan meredakan hidung tersumbat.
- Udara yang nyaman dan hangat dapat membantu meredakan sesak nafas. Lawatan ke spa adalah disarankan.
- Gunakan lebih banyak bantal pada kepala anda ketika tidur untuk memberi keselesaan.
Bagaimanakah mencegah selesema atau batuk ketika hamil?
Paling penting, anda perlu mengekalkan gaya hidup yang sihat. Pastikan anda makan makanan bernutrisi tinggi, mendapatkan tidur yang berkualiti dan kerap melakukan senaman. Sebagai tambahan, penting juga untuk anda mengambil vitamin pranatal, begitu juga dengan pribiotik.
Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), mendapatkan vaksinasi flu juga berkesan membantu ibu hamil dengan kandungan mereka sehingga 6 bulan selepas kelahiran. Oleh itu, penting untuk ibu yang sedang hamil sentiasa peka dengan tarikh vaksinasi anda. Berbincanglah dengan doktor anda untuk mendapatkan vaksin yang bebas bahan pengawet bagi mengelak daripada merkuri yang banyak digunakan sebagai pengawet dalam kebanyakan vaksin.
Antara perkara lain yang perlu diberi perhatian demi mengurangkan risiko anda dijangkiti penyakit termasuklah:
- Kerap membasuh tangan
- Dapatkan tidur yang secukupnya
- Mengamalkan diet yang seimbang
- Elakkan berinteraksi dengan individu sekeliling yang sedang sakit
- Lakukan senaman secukupnya
- Kurangkan tekanan
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
[embed-health-tool-pregnancy-weight-gain]