home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Mengapa Pengguguran Lebih Selamat Berbanding Melahirkan Anak

Mengapa Pengguguran Lebih Selamat Berbanding Melahirkan Anak

Risiko pengguguran

Terdapat banyak risiko pengguguran terhadap wanita. Antaranya termasuklah;

-Jangkitan pada rahim. Satu daripada sepuluh pengguguran menyebabkan jangkitan pada rahim. Jangkitan ini boleh dirawat dengan antibiotik.

-Sisa kandungan yang tertinggal. Selepas prosedur pengguguran, terdapat kebarangkalian sebahagian kandungan tidak dikeluarkan secara keseluruhannya. Keadaan ini memerlukan rawatan lanjut. Dalam 20 kes pengguguran, terdapat satu kes tisu kandungan masih tertinggal.

-Kerosakan pada serviks. Serviks ialah laluan masuk ke rahim. Dalam setiap 100 kes pengguguran, terdapat satu kes kerosakan serviks.

-Kerosakan pada rahim. Dalam 250 ke 1000 kes pengguguran melalui pembedahan terdapat satu kes kerosakan uterus.

-Pendarahan berlebihan. Ini berlaku satu dalam 1000 kes pengguguran. Pemindahan darah mungkin diperlukan dalam kes yang serius.

Risiko ketika melahirkan anak

Risiko ketika melahirkan anak termasuklah;

-Proses kelahiran yang berpanjangan. Ibu yang bersalin buat kali pertama kerap mengalami situasi ini. Ia meletakkan kedua-dua ibu dan kandungan dalam keadaan berisiko

-Posisi luar biasa. Ini merujuk kepada keadaan dimana kedudukan bayi tidak memudahkan kelahiran.

-Tali pusat beralih posisi dan termampat adalah dua contoh keadaan luar biasa yang berlaku pada tali pusat.

Mengapa pengguguran kurang berisiko berbanding melahirkan

Menggugurkan kandungan diketahui memberikan pengalaman yang menyakitkan bagi wanita samada dari sudut fizikal mahupun mental. Tetapi apa yang mengejutkan, menurut kajian menggugurkan kandungan adalah lebih rendah risikonya berbanding melahirkan anak.

Kajian Obstetrik dan Ginekologi terhadap tahap risiko di antara pengguguran dan melahirkan menunjukkan jumlah wanita yang meninggal dunia ketika dan selepas melahirkan adalah 14 kali ganda lebih tinggi berbanding kes komplikasi pengguguran.

Menurut kajian di antara tahun 1998 ke 2005, dalam 11,000 kelahiran bayi seorang ibu meninggal dunia. Manakala dalam 167, 000 kes pengguguran, hanya seorang yang meninggal dunia. Sebab utama hal ini ialah kehamilan normal adalah sepanjang 9 bulan. Tempoh ini adalah agak lama, menyebabkan banyak komplikasi yang tidak dijangka berlaku, Doktor Obstetrik dan Ginekologi, Bryna Harwood dari Universiti Illinois Chicago berkongsi bahawa pengguguran secara sah adalah selamat. Ada terdapat risiko komplikasi tetapi ia adalah sangat kecil. Untuk pembedahan, risikonya datang dari jangkitan selepas prosedur manakala untuk ubatan pula risikonya adalah reaksi terhadap ubat.

health-tool-icon

Kalkulator Tarikh Bersalin

Gunakan kalkulator ini untuk menentukan tarikh akhir anda. Walau bagaimanapun, ini hanyalah anggaran semata-mata! Kebanyakan wanita akan melahirkan anak dalam masa seminggu sebelum atau selepas tarikh ini.

Kaedah Pengiraan

Panjang Kitaran

28 hari

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Why Abortion Is Less Risky than Childbirth. http://healthland.time.com/2012/01/25/why-abortion-is-less-risky-than-childbirth/ Accessed April 24, 2017

 

Risks of an abortion http://www.nhs.uk/Conditions/Abortion/Pages/Risks.aspx Accessed April 24, 2017

 

Risks of childbirth http://www.webmd.com/baby/features/childbirth-complications#1 Accessed April 24, 2017

Gambar penulis
Ditulis oleh Ahmad Yusrie Sabrie pada 06/04/2018
Maklumat perubatan disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x