Ini Antara Manfaat & Risiko Suntikan Epidural Semasa Kelahiran, Ambil TAHU Sebelum Bersalin Ya Ibu!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/12/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Terdapat pelbagai pendekatan untuk menangani kesakitan yang boleh dipilih oleh ibu hamil apabila berada pada peringkat bersalin.

Kaedah yang paling lazim dipilih sekarang ini adalah penggunaan anestesia epidural, disebabkan keberkesanan dan kemudahannya.

Walau bagaimanapun, bukan semua orang cenderung kepada epidural. Oleh itu, penting untuk setiap ibu memahami sepenuhnya akan manfaat dan risiko epidural kepada tubuh ibu, terutamanya selepas bersalin.

Apakah itu epidural?

Epidural membantu ibu mengurangkan kesakitan semasa proses kelahiran melalui suntikan anestetik ke dalam ruang epidural tulang belakang yang lebih rendah.

Anestetik epidural, dadah yang berasal dari kokain, memasuki tubuh wanita dan mengebaskan saraf tunjangnya, menyekat penghantaran rasa sakit ke otak.

Berbanding memberikan kekebasan sepenuhnya pada seluruh tubuh pesakit, anestesia epidural hanya menyebabkan sebahagian kehilangan rasa pada bahagian yang disuntik, yang membolehkan ibu untuk sedar sepenuhnya bagi menyaksikan kelahiran bayi.

Ibu boleh mendapatkan suntikan epidural bila-bila masa yang dia mahukan, tetapi masa yang paling disarankan untuk melakukan epidural adalah ketika si ibu berada dalam sebenar-benar fasa kelahiran aktif, bermakna servik wanita ketika itu sudah terbuka antara 4 hingga 5 sentimeter.

Kebaikan menggunakan epidural

bersalin czer

Epidural telah terbukti menjadi pelega kesakitan yang paling berkesan dalam kalangan semua jenis perubatan lain.

Sementara 28 daripada 100 wanita menggunakan jenis pelega kesakitan lain, yang memerlukan dos kedua atau ketiga ubat tahan sakit setelah mengambil suntikan pertama mereka, hanya 1 daripada 100 wanita memerlukan bantuan perubatan tambahan selepas pengambilan dos epidural pertama.

Selain itu, ibu boleh tetap berjaga sepanjang proses kelahiran memandangkan epidural hanya memberi kesan kepada bahagian bawah tubuhnya. Oleh itu, ibu boleh mempraktikkan teknik pernafasan dan kaedah keselesaan yang lain.

Memandangkan ibu tidak merasai kesakitan, anda boleh berehat pada bila-bila masa jika berasa letih, dan mempunyai lebih tenaga untuk meneran keluar bayi.

Jika seseorang ibu itu bergelut dengan rasa sakit yang teramat sangat semasa bersalin, tubuhnya akan melepaskan hormon stres seperti epinephrine dan norepinephrine yang boleh menghalang kontraksi, sekali gus menjejaskan kesihatan bayi dan memanjangkan tempoh kelahiran.

Epidural dapat mengurangkan stres, kegelisahan, dan keletihan, mempercepatkan proses kelahiran dan menyediakan pengalaman bersalin yang positif untuk kedua-dua ibu dan bayi.

Keburukan menggunakan epidural:

beranak czer

Semakin banyak jumlah epidural yang ibu gunakan, semakin tinggi risiko ibu mengalami kesan yang tidak diingini daripada ubat tersebut:

-Penurunan tekanan darah, yang kemudiannya boleh menyebabkan mual dan pening
-Demam (wanita yang menggunakan epidural adalah cenderung mendapat demam berbanding mereka yang menggunakan pelega kesakitan lain)
-Kesukaran membuang air kecil
-Sakit kepala yang teramat sangat sehingga beberapa hari (ini hanya berlaku disebabkan kebocoran cecair tulang belakang jika suntikan dibuat terlalu dalam)
-Kelahiran yang berpanjangan
-Tinggi risiko mendapat koyakan perineal yang teruk dan pembedahan cesarean
-Pengurangan kadar denyutan janin
-Penurunan tempoh penyusuan pada masa akan datang
Wanita yang mengalami alergi kepada anestetik atau mendapat masalah pembekuan darah tidak disarankan menggunakan epidural.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Wanita, Jangan Stres Stres! Ada Cara Untuk Kekal Sihat & Bebas Tekanan, Jom Cuba!

Kaum Hawa, adakah anda tertanya-tanya tencang cara mengatasi stres yang terbaik? Jangan runsing lagi, kami jawab semuanya sempena Hari Wanita Sedunia!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Kesihatan Wanita Lain 05/03/2021 . 3 minit bacaan

Usia Sudah Mencecah 40, 50 Tahun? 5 Makanan Ini Boleh Tingkatkan Risiko Penyakit, Sila Elak!

Makanan tidak berkhasiat sememangnya boleh menyebabkan tahap kesihatan seseorang menjadi teruk. Oleh sebab itu kita perlu peka terhadap khasiat makanan...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Tips Pemakanan Sihat Lain 05/03/2021 . 3 minit bacaan

Adakah Penggunaan Ginseng Boleh Bantu Pesakit Diabetes Kawal Paras Gula Dalam Darah?

Ramai yang sedar akan khasiat ginseng. Ia adalah salah satu tumbuhan herba yang popular di seluruh dunia. Namun, adakah ia baik untuk diabetes?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diabetes Jenis 2 05/03/2021 . 3 minit bacaan

Alah Terhadap Vaksin COVID-19? Itu Tidak Bermaksud Anda Tak Perlu Ambil Suntikan Dos Kedua!

Tidak mustahil jika ada yang mengalami reaksi alergi terhadap vaksin COVID-19. Namun, apa yang berlaku jika anda tidak boleh mengambil vaksin?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
COVID-19 05/03/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kaki panjang sebelah

Kaki Pendek Sebelah Punca Anda Tempang? Ada Juga Gejala Lain Yang Boleh Anda Alami

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan
kes bunuh

Lelaki Berisiko 3 Kali Ganda Bunuh Diri Sepanjang Wabak COVID-19, Ini Tip Nak Cegah!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan
hari wanita sedunia

4 Perkara Wajib Yang Perlu Setiap Wanita Lakukan, Jika Tidak, Nyawa Boleh Terancam!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan
jenis sakit mata

10 Jenis Penyakit Mata Yang Boleh Berlaku! #5 Itu Mungkin Biasa Bagi Anda?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan