Kebanyakan perut ibu mengandung akan nampak besar apabila memasuki fasa trimester kedua. Tetapi sesetengah ibu mengandung tidak menunjukkan “baby bump” tersebut. Mengapa?
Teruskan pembacaan anda kerana dalam artikel ini akan membincangkan secara lanjut mengenai perut ibu mengandung kecil, dan adakah ia suatu yang normal?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Adakah Normal Perut Ibu Mengandung Kecil?
Ya, perkara tersebut adalah normal. Sebenarnya setiap keadaan tubuh ibu mengandung adalah berbeza. Anda tidak perlu bimbang sekiranya saiz perut anda kecil walaupun sudah memasuki 12-16 minggu.
Selagi doktor anda menyatakan janin berkembang dengan baik dan penambahan berat badan semasa kehamilan anda adalah sihat serta dalam laluan yang betul, tiada sebab untuk bimbang, walaupun orang lain yang sedang hamil sama seperti anda mempunyai saiz perut ibu mengandung yang lebih besar.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa sebab penting yang perlu anda ketahui tentang keadaan perut ibu mengandung kecil.
Sebab-Sebab Perut Ibu Mengandung Kecil Semasa Trimester Kedua
1# Kehamilan Anda Yang Pertama
Buat para ibu yang pertama kali mengandung, usah bimbang jika perut anda tidak membesar walaupun sudah memasuki trimester kedua. Hal ini disebabkan oleh, keregangan otot perut masih belum berlaku dan ia mengambil masa untuk meregang dan menampakkan “baby bump” anda.
Jika anda mempunyai otot perut yang kencang, mereka akan memberikan lebih banyak sokongan dan angkatan kepada rahim yang semakin membesar.
Akibatnya, anda mungkin kelihatan membawa lebih tinggi, terutama untuk kehamilan pertama. Otot perut ibu mengandung yang kuat akan menahan bayi anda lebih ke dalam badan. Ini mungkin menyebabkan bonjolan bayi anda kelihatan lebih kecil atau tidak terlalu menonjol.
2# Ketinggian Anda
Wanita yang memiliki ketinggian yang lebih tinggi lebih cenderung untuk tidak kelihatan “baby bump”.
Wanita yang lebih tinggi cenderung untuk membawa dan menunjukkan perut hamil lebih lewat berbanding wanita yang lebih pendek. Alasannya adalah kerana ibu yang tinggi mempunyai bahagian tengah yang lebih panjang.
Jika anda tinggi, anda mempunyai lebih banyak ruang antara tulang pubis dan bahagian atas abdomen. Ini membolehkanberat janin diedarkan dengan lebih rata. Jika anda pendek, ada kemungkinan besar anda akan membawa dengan rendah dan di sekitar bahagian tengah.
[embed-health-tool-due-date]
3# Bentuk Badan Dan Berat
Kadang-kadang, perut ibu mengandung mempunyai saiz yang berbeza disebabkan bentuk badan sehingga saiz perut boleh mencipta ilusi optik. Oleh itu, tidak pelik untuk melihat bonjolan anda nampak lebih besar atau lebih kecil daripada bonjolan rakan anda walaupun sebenarnya saiznya sama.
Anda memang akan menambah kira-kira 30 paun berat badan semasa kehamilan. Ini boleh menjadi sebab mengapa orang berfikir anda membawa bayi dengan besar atau lebar.
4# Oligohidramnios
Oligohidramnios adalah cairan yang terdapat dalam rahim semasa tempoh kehamilan.
Keadaan ini menyebabkan anda mempunyai cecair amniotik yang terlalu sedikit. Jika anda mengalami keadaan ini, perut anda mungkin kelihatan kecil.
Doktor anda akan mengesahkan diagnosis jika mereka menguji dan mendapati bahawa anda mempunyai kurang daripada 500 mililiter cecair pada usia kehamilan 32 hingga 36 minggu.
Jika anda telah melepasi tarikh jangkaan bersalin selama dua minggu atau lebih, anda mungkin berisiko mengalami tahap cecair amniotik yang rendah.
Antara sebab bahaya cairan ketuban yang sedikit ialah:
- kelainan fizik pada bayi
- kelahiran pramatang
- keguguran
- bayi lahir mati
- terdapat jangkitan apabila ketuban pecah lebih awal
Kesimpulan
- Perut ibu hamil kecil adalah suatu yang normal, terutamanya apabila doktor mengatakan janin anda membesar dalam keadaan yang baik dan berat badan ibu adalah normal.
- Terdapat beberapa faktor yang boleh dikaitkan dengan isu saiz perut ibu mengandung kecil walaupun sudah memasuki trimester kedua. Antaranya, kehamilan pertama, saiz dan bentuk badan ibu, ketinggian ibu dan cairan ketuban (oligohidramnios).
- Sekiranya hal ini menimbulkan kekhawatiran, contohnya pada isu cairan ketuban, segera mencari tahu penyebabnya lebih lanjut melalui pemeriksaan rutin dengan doktor anda.