backup og meta

Buah Nanas Boleh Jadi Punca Wanita Hamil Keguguran: Fakta Atau Auta?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 10/05/2022

    Buah Nanas Boleh Jadi Punca Wanita Hamil Keguguran: Fakta Atau Auta?

    Mungkin ramai yang percaya bahawa nanas menyebabkan keguguran jika wanita ambil ia di awal kehamilan kerana buah ini yang punya sifat ‘tajam’. Benarkah? Jom terus baca artikel!

    1. Manfaat buah nanas

    Menyokong sistem imun tubuh

    Nanas mengandungi vitamin C yang baik dalam membantu menguatkan sistem imun dan menyediakan perlindungan untuk ibu hamil.

    Malahan, bromelain juga adalah bahan yang berkesan dalam melawan gejala selesema.

    Jika anda ada selesema ataupun sakit tekak, buah nanas boleh membuatkan anda rasa lebih baik.

    Menguatkan tulang dan tisu

    Nanas mengandungi banyak mangan, iaitu bahan penting di dalam pembentukan tulang dan tisu penghubung.

    Mengelakkan sembelit

    Buah nanas mengandungi banyak serat yang membantu mencegah sembelit semasa hamil.

    Selain itu, kandungan bromelain di dalamnya juga dapat menggalakkan proses pencernaan.

    Mengurangkan simptom mabuk kehamilan

    Dalam sesetengah kes, wanita hamil yang makan nanas boleh membantu mengurangkan simptom mabuk hamil.

    nanas menyebabkan keguguran

    2. Bolehkah ibu hamil makan nanas?

    Terdapat mitos yang mengatakan nanas menyebabkan keguguran di awal kehamilan.

    Salah faham ini adalah berdasarkan kepada kehadiran bromelain dalam buah nanas itu sendiri.

    Fahaman logik di sebalik mitos ini adalah bromelain memecahkan protein, dan memandangkan janin yang sedang terbentuk mengandungi protein, jadi pengambilan bromelain akan menyebabkan pendarahan dan keguguran.

    Walau bagaimanapun, tiada bukti yang menyokong dakwaan nanas menyebabkan keguguran ini!

    Sebaliknya, ibu hamil perlu makan sekurang-kurangnya 7 biji nanas sehari untuk menerima kesan negatif pada kehamilan mereka.

    Dan, hal ini adalah mustahil untuk seseorang makan nanas sebanyak itu sehari.

    Jadi, pengambilan nanas yang bersesuaian adalah selamat untuk wanita hamil.

    Langkah berjaga-jaga apabila makan nanas

    Makan dua biji nanas segar setiap minggu pada awal kehamilan anda dianggap masih selamat.

    Namun, jika anda masih risau untuk mengambil nanas segar, anda boleh memilih nanas yang dibeli dalam tin ataupun minum jus nanas.

    Ini kerana proses pengetinan dan pembotolan sedikit sebanyak menyingkirkan bromelain dalam buah nanas.

    Seperti makanan-makanan lain, pengambilan nanas yang berlebihan juga pasti akan memberi kesan kepada kesihatan seseorang.

    nanas menyebabkan keguguran

    Meskipun nanas mengandungi vitamin C, namun pengambilan vitamin C yang berlebihan boleh menyebabkan cirit-birit, loya dan pedih hulu hati.

    Ibu hamil khususnya dinasihatkan untuk tidak makan atau minum nanas muda kerana boleh menyebabkan keracunan.

    Bromelain dalam nanas sahaja tidak cukup untuk menyebabkan pengecutan rahim, tetapi jika anda makan terlalu banyak nanas boleh menyebabkan masalah sakit lidah ataupun timbul ruam alergi serta mengalami kesukaran bernafas.

    Jika anda seorang yang mempunyai berat badan berlebihan, anda seharusnya mengelak daripada makan nanas kerana kandungan tinggi kalori di dalamnya.

    Tambahan pula, jika anda menghidap diabetes, kandungan tinggi gula yang ada dalam buah nanas akan hanya memburukkan keadaan anda.

    Konklusinya, kepercayaan bahawa nanas menyebabkan keguguran itu adalah tidak benar malah ia punya banyak manfaat buat ibu hamil.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 10/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan