backup og meta

Ujian AMH Membantu Wanita Memahami Tahap Kesuburan

Ujian AMH Membantu Wanita Memahami Tahap Kesuburan

Kira-kira 50 juta pasangan dibelenggu masalah ketidaksuburan dan kira-kira 15 peratus daripada wanita pada usia boleh melahirkan anak mengalami masalah kesuburan.

Menurut salah satu penemuan dalam Laporan Perangkaan Penting 2017 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM) mendapati kadar kehamilan negara Malaysia telah jatuh kepada tahap yang rendah.

Ujian Paras Hormon Anti-Mullerian (AMH) adalah ujian darah ringkas yang menunjukkan tahap kesuburan wanita. AMH dalam darah digunakan sebagai penanda rizab ovari wanita iaitu baki bekalan telur yang sedia ada untuk persenyawaan.

Presiden Terpilih Persatuan Obstetrik dan Ginekologi Malaysia (OGSM), Dr Eeson Sinthamoney berkata, golongan profesional umumnya percaya bahawa kadar ketidaksuburan juga telah meningkat yang mana wanita dilahirkan dengan dua juta telur dan angka ini terus berkurangan sepanjang hidup mereka.

“Penggunaan ujian AMH menjadi kayu ukur bagi jumlah telur mereka dan seterusnya berapa tahun lagi mereka akan subur, sekali gus membolehkan doktor memberi nasihat tentang cara terbaik untuk merancang kehamilan.

“Dalam tempoh 5 tahun lepas, ramai wanita dalam usia awal 30-an datang berjumpa saya untuk mengetahui cara mereka boleh merancang untuk masa depan supaya keputusan menangguhkan kehamilan tidak menjejaskan peluang untuk hamil.

“Walau apa pun sebab penangguhan kehamilan, mereka juga tetap mahu menjadi ibu dan ujian AMH ini membantu mereka memadankan kerjaya dan hasrat untuk mendapatkan anak,” katanya ketika ditemui pada Malaysian International Scientific Congress of Obstetrics & Gynaecology 2018 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) baru-baru ini.

Sebelum ujian AMH diperkenalkan, ujian kesuburan wanita paling lazim melibatkan prosedur ultrabunyi trans vagina melalui faraj yang invansif.

Secara perbandingan, ujian AMH jauh lebih mudah, mengelakkan sebarang ketidakselesaan, mengurangkan masa menunggu dan kekeliruan kerana wanita boleh meminta ujian daripada pakar perubatan pada bila-bila masa.

Selain itu, ujian AMH juga berfungsi untuk meramalkan tindak balas wanita terhadap rangsangan ovari iaitu prosedur untuk mencetus ovulasi berbilang folikel ovari yang juga langkah pertama ke arah pengurusan ketidaksuburan terkhusus seperti persenyawaan in-vitro (IVF).

Menerusi ujian AMH, jika paras AMH berada dalam julat normal, ovari mungkin bertindak balas secara lebih positif kepada ubat perangsang dan lebih banyak telur dihasilkan, seterusnya meningkatkan kadar kejayaan IVF.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Versi Terbaru

05/12/2019

Ditulis oleh Farah Aziz

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab


Artikel Berkaitan

Gembira Disahkan Hamil? Tahniah, Ini Cara Kira Usia Kandungan Buat Panduan Ibu Baru!

Ingin Lakukan IVF? Ketahui Kos Serta Risikonya Terlebih Dahulu!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan