backup og meta

Kesuburan Tidak Seiring Peningkatan Usia

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 13/09/2019

    Kesuburan Tidak Seiring Peningkatan Usia

    Secara global, ketidaksuburan menjejaskan kira-kira 80 juta orang. Sekitar 15% wanita menghadapi masalah pembiakan berdepan isu kesuburan. Kajian telah menunjukkan bahawa 56% pasangan subur mencari rawatan perubatan untuk kemandulan, dan hanya 22% menerimanya. Jumlah ini lebih rendah di kawasan membangun termasuk negara-negara di Asia.

    Kemandulan adalah kegagalan untuk hamil walaupun telah melakukan hubungan kelamin tanpa sebara kontraseptif selepan setahun. Dalam amda setahun, biasanya 84% daripada pasangan akan hamil, manakala dalam masa 2 tahun, lebih kurang 90% daripada daripada pasangan akan hamil selepas 2 tahun melakukan hubungan kelamin.

    Jenis-jenis kemandulan

    i. Primary infertility

    Keadaan apabila seseorang tidak pernah hamil

    ii. Secondary infertility

    Keadaan apabila seseorang pernah hamil sebelumnya walaupun berakhir dengan keguguran

    Umur dan Kesuburan

    Bagi wanita, kesuburan mula merosot pada usia 30 tahun dan lebih merosot apabila usia 35 tahun. Peningkatan usia menyebabkan peluang untuk hamil semakin berkurang, semetara kemungkinan kemandulan semakin meningkat.

    Kebanyakan wanita akan hamil secara semulajadi dan melahirkan bayi yang sihat jika mereka hamil pada usia 35 tahun. Selepas 35 tahun, wanita mengalami ketidaksuburan, keguguran atau masalah terhadap bayi meningkat. Manakala, pada usia 40 tahun hanya dua daripada lima orang yang ingin hamil yang berjaya.

    Oleh itu, wanita berusia 20-an yang sihat dengan 12 kitaran haid setiap tahun mempunyai peluang yang sangat baik untuk hamil pada tahun tertentu jika seseorang itu mencuba untuk hamil.

    Grafik ihsan extendfertility.com

    Menurut anggaran oleh American Society for Reproductive Medicine, sementara wanita bawah 30 mempunyai peluang 25% untuk mengandung secara semulajadi setiap kitaran, kemudian menurun kepada 20% bagi wanita berumur melebihi 30 tahun. Apabila menjelang 40-an, peluang untuk hamil secara semulajadi setiap bulan hanya 5%.

    Rawatan kemandulan tidak dapat mengimbangi penurunan kesuburan mengikut usia

    Satu kajian kesihatan, wanita yang sihat dan subur yang menjalani inseminasi (permanian) buatan dengan menderma sperma menunjukkan bahawa peluang untuk hamil dalam 12 kitaran atau kira-kira satu tahun adalah 73% untuk wanita 30-an dan ke bawah, dan menurun kepada 54% untuk wanita lebih dari 35 tahun.

    Statistik kebangsaan untuk wanita yang menjalani persenyawaan in vitro (IVF) menggunakan telur mereka sendiri pada usia yang sama menunjukkan penurunan kejayaan IVF yang juga dramatik. Bagi wanita di bawah umur 35 tahun, peratusan kitaran IVF berjaya ialah 41.5%, untuk wanita berumur 35-37 tahun adalah 31.9%, wanita 38-40 tahun adalah 22.1%, 12.4% untuk wanita 41-42 tahun, 5% untuk wanita 43-44 tahun dan hanya 1% untuk wanita yang berusia lebih dari 44 tahun.

    Ini bermakna, selepas umur 35 tahun, kadar kelahiran IVF menurun kira-kira 10% setiap 2 tahun mencerminkan hubungan yang sama antara kesuburan dan umur seperti yang kita lihat dalam kesuburan semula jadi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 13/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan