backup og meta

Wanita Tanpa Waktu Subur Sukar Hamil, Tapi Ini Cara Mudah Dapatkan Ovulasi, Hanya Di Rumah!

Wanita Tanpa Waktu Subur Sukar Hamil, Tapi Ini Cara Mudah Dapatkan Ovulasi, Hanya Di Rumah!

Kenapa wanita yang sedang menjalani rawatan kesuburan perlu mendapatkan suntikan hormon hCG? Adakah terdapat kesan sampingan yang boleh berlaku?

Teruskan membaca artikel ini.

Perlukah suntikan hormon hCG?

hCG merujuk kepada human chorionic gonadotropin. Umumnya, anda tidak akan menggunakan nama penuhnya dalam perbualan. Cukup sekadar hCG. 

Ia adalah hormon yang dirembeskan pada awal kehamilan oleh sel khusus yang dikenali sebagai trophoblast dan kemudian dihasilkan oleh plasenta. 

Dalam rawatan kesuburan, suntikan hormon hCG digunakan sebagai gabungan kepada ubatan lain untuk membantu wanita berovulasi

Hormon hCG membantu mengekalkan tahap progesteron yang tinggi – perkara penting untuk menentukan kejayaan proses kehamilan. 

Hormon human chorionic gonadotropin juga merupakan hormon yang dikesan apabila melakukan ujian kehamilan sama ada menggunakan air kencing ataupun darah. 

Suntikan hormon hCG dalam rawatan kesuburan

Oleh sebab struktur hCG adalah serupa dengan LH – hormon luteinizing – suntikan hCG yang dilakukan apabila terdapat folikel telur matang pada ovari menyebabkan telur bersedia untuk dilepaskan. 

Ubatan ini boleh digunakan sendiri dalam kitaran induksi ovulasi atau bersama ketika prosedur inseminasi intrauterin (IUI) atau semasa persenyawaan in vitro (IVF).

Suntikan hormon hCG akan menyebabkan berlakunya ovulasi kira-kira 36 jam selepas anda mengambilnya, sekali gus masa terbaik untuk doktor melakukan inseminasi intrauterin (IUI) atau proses pengambilan telur. 

Kebiasaannya suntikan yang dilakukan pada bahagian bawah kulit atau otot ini boleh dilakukan sendiri di rumah. Doktor akan menyediakan preskripsi yang sesuai dengan anda. 

Namun sebelum itu, doktor perubatan, jururawat atau ahli farmasi akan memberikan arahan khusus mengenai cara dan di mana suntikan perlu dilakukan. Paling penting jarum suntikan perlulah dibuang dengan cara yang betul. 

Pun begitu, sekiranya anda tidak pasti cara suntikan hormon hCG yang betul, sebaiknya elakkan daripada melakukannya sendiri. 

suntikan hCG semasa rawatan kesuburan

Waktu pengambilan hormon hCG

Pengambilan ubat hormon ini perlu diambil sebaik sahaja terdapat folikel telur matang pada ovari. Kebiasaannya doktor akan memberikan jangka masa tertentu untuk mengambil ubat tersebut. 

Adalah penting untuk memaklumkan kepada doktor sekiranya anda tidak mengambil ubat hormon hCG seperti yang disarankan supaya penyelarasan masa yang bersesuaian dapat dilakukan. 

Jika anda melakukan persetubuhan atau IUI, ovulasi akan berlaku kira-kira selepas 36 jam. Maka pada hari suntikan dan 2 hari selepas itu adalah hari kritikal anda. 

Jika anda akan melakukan proses pengeluaran telur dalam kitaran IVF, ia perlu berlaku hampir dengan tempoh 36 jam untuk mengoptimumkan pematangan tetapi perlu mengelakkan ovulasi. 

Kesan daripada suntikan hormon

Walaupun penggunaan hormon hCG adalah bertujuan untuk membantu proses rawatan kesuburan, tetapi ada beberapa kesan sampingan yang perlu anda perhatikan. 

Anda mungkin akan mengalami kesakitan kecil pada tempat suntikan dan berasa sedikit kekejangan atau mendapat perut kembung ringan ketika kantung telur matang melepaskan cairan dan telurnya sendiri.

Rasanya tidaklah begitu teruk kesan sampingannya, bukan?

Seperkara yang perlu diketahui, hCG boleh menyebabkan anda berisiko tinggi untuk mengalami pembekuan darah. 

Hubungi doktor dengan segera jika anda mempunyai tanda-tanda pembekuan darah berikut:

  • Kesakitan 
  • Sensasi panas
  • Kemerahan
  • Kebas
  • Kesemutan pada bahagian lengan atau kaki
  • Kekeliruan
  • Pening atau sakit kepala yang teruk

Terdapat beberapa kesan sampingan lebih serius yang perlu anda perhatikan. Dalam beberapa kes, wanita yang menjalani rawatan kesuburan dan mengambil suntikan hCG boleh mendapat sindrom hiperstimulasi ovari (OHSS).

Serangan OHSS berlaku apabila kekurangan hormon mengatasi ovari, menyebabkannya bengkak dan menyakitkan.  

ovari bengkak OHSS
sumber @ radiopaedia.org

Keadaan OHSS ringan, biasanya akan hilang selepas seminggu atau lebih jika anda tidak hamil. Manakala jika berlaku kehamilan, masalah pembengkakan pada ovari mungkin akan berlaku lebih lama.

Walau bagaimanapun, keadaan OHSS yang teruk boleh mengakibatkan beberapa masalah kesihatan yang menakutkan. 

Anda harus memaklumkan doktor jika mempunyai gejala berikut supaya pengawasan OHSS dapat dilakukan:

  • Kesakitan atau rasa lembut (tenderness) pada bahagian perut
  • Masalah perut kembung yang semakin meningkat setiap hari
  • Pertambahan berat badan
  • Rasa mual dan muntah yang teruk dan berterusan
  • Bengkak dan sakit pada kaki
  • Kurang kencing
  • Sesak nafas atau kesukaran bernafas

Elakkan ujian kehamilan untuk sementara

Anda harus sedar bahawa hCG adalah hormon yang dikesan dalam ujian kehamilan air kencing. 

Apabila anda mengambil suntikan hormon ini sebagai ubat, ia mungkin akan kekal di dalam badan dan air kencing untuk tempoh sehingga 2 minggu. 

Sekiranya anda menjalani ujian kehamilan pada waktu itu, ia berkemungkinan menjadi positif disebabkan ubat, bukan kerana kehamilan. 

Tindakan yang terbaik adalah untuk menunggu sekurang-kurangnya selepas tempoh 2 minggu penuh selepas suntikan.

Ini bagi memastikan ujian kehamilan adalah positif disebabkan kehamilan dan bukannya kerana sisa ubatan dalam sistem badan anda. 

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2838901/ / Accessed on July 28, 2020

https://my.clevelandclinic.org/health/drugs/18559-human-chorionic-gonadotropin-hcg-injection / Accessed on July 28, 2020

https://www.reproductivefacts.org/news-and-publications/patient-fact-sheets-and-booklets/documents/fact-sheets-and-info-booklets/side-effects-of-injectable-fertility-drugs-gonadotropins/ / Accessed on July 28, 2020

https://www.urmc.rochester.edu/patients-families/health-matters/july-2014/home-pregnancy-tests-what-to-expect.aspx / Accessed on July 28, 2020

https://www.mottchildren.org/health-library/d00572a1 / Accessed on July 28, 2020

Versi Terbaru

05/09/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Adakah Rawatan IVF Meningkatkan Risiko Kanser?

Sedang Jalani Rawatan IVF, Boleh Ke Jika Lakukan Hubungan Kelamin? Ini Penjelasannya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/09/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan