backup og meta

Ibu Hamil Nak Kandungan Sihat & Sempurna? JANGAN Ambil 14 Makanan Ini!

Ibu Hamil Nak Kandungan Sihat & Sempurna? JANGAN Ambil 14 Makanan Ini!

Banyak pantang larang makanan awal kehamilan yang perlu si ibu amalkan begitu juga sepanjang di tengah atau lewat jika anda ingin kekal sihat. Di sini, kami nyatakan beberapa makanan dilarang ketika hamil!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

14 makanan dilarang ketika hamil

1. Ikan yang mempunyai kandungan merkuri yang tinggi

Jika isteri ingin makan ikan yang mempunyai kandungan merkuri seperti ikan di bawah, elakkan memberi makanan tersebut kepada mereka:

  • ikan makarel raja
  • ikan tuna
  • ikan todak

Merkuri yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan kerosakan pada otak, sistem saraf serta perkembangan penglihatan dan pendengaran pada janin.

asid folik
Makan asid folik ketika hamil.

#2 Makanan dilarang ketika hamil: Makanan laut yang dibakar

Walaupun ramai berpendapat makanan yang dibakar ini sihat untuk tubuh badan, namun bukan semua makanan laut yang dibakar sesuai sebagai makanan untuk ibu hamil.

Jika proses penyediaan makanan tersebut tidak dibuat sebaiknya, ia mungkin mengandungi bakteria Listeria monocytogenes. Oleh sebab itulah, ia dianggap sebagai makanan dilarang ketika hamil 2 bulan.

Mikroorganisma tersebut mampu menyebabkan gejala cirit-birit dan muntah-muntah. Selain itu, ibu hamil yang dijangkiti juga berisiko mengalami keguguran atau kelahiran bayi mati.

3. Telur kurang masak dan mentah

Bakteria salmonella bukan sahaja boleh menyebabkan gejala keracunan makanan seperti cirit-birit dan muntah, tapi ia juga boleh menyebabkan masalah dehidrasi dan lemah sistem pertahanan badan.

Oleh itu, telur kurang masak atau mentah dianggap sebagai makanan yang tidak bagus ketika kehamilan.

Jika dibiarkan berlarutan, ia boleh mempengaruhi tahap perkembangan bayi anda. Justeru, pastikan anda menggoreng telur sehingga betul-betul masak.

4. Daging mentah

Kadangkala, daging atau ayam yang dimakan tidak masak sepenuhnya. Mungkin daging tersebut masih kelihatan kemerah-merahan atau mengeluarkan darah. Hidangan mentah sebegitu adalah makanan dilarang ketika hamil.

Makanan berdaging separuh masak boleh mengandungi parasit Toxoplasma. Ia boleh menyebabkan kecacatan pada perkembangan janin, keguguran atau kematian janin.

#5. Makanan tajam awal kehamilan: Kerang yang mentah

makanan dilarang ketika hamil
Makan tiram mentah ketika hamil.

Dalam situasi biasa, makanan seperti kerang mentah dan tiram boleh diambil.

Namun, tidak untuk ibu mengandung kerana ia mengandungi toksin berbahaya daripada bakteria atau virus yang menyebabkan simptom keracunan makanan.

6. Daging kisar

Walaupun daging kisar biasanya bebas kuman, tetapi ada risiko untuk mereka yang mengambilnya.

Individu yang makan makanan ini berkemungkinan mendapat simptom keracunan makanan akibat bakteria E.coli terutamanya jika ia tidak dimasak dengan betul.

Bagi mengurangkan risiko tersebut, cuba elak mengambil makanan berteraskan daging kisar. Anggap ia sebagai makanan dilarang ketika hamil.

#7. Makanan tajam awal kehamilan: Susu tidak pasteur

Proses pempasteuran susu dapat membunuh bakteria seperti Salmonella, Listeria dan E.coli. Pengambilan susu tidak dipasteur boleh menyebabkan risiko keracunan makanan meningkat.

Perkara ini boleh mempengaruhi tahap tumbesaran bayi, memandangkan bakteria yang terlibat boleh menyebabkan kesan buruk terhadap anda dan bayi.

8. Buah atau sayur yang tidak dicuci dengan betul

Buah atau sayur yang tidak dicuci dianggap sebagai makanan dilarang ketika hamil.

Selain daripada racun serangga yang disemburkan terhadap produk makanan tersebut, ia juga mempunyai parasit Toxoplasma.

Jika anda hendak mengambil buah-buahan, basuh ia terlebih dahulu.

9. Keju

Seperti susu, pengambilan keju yang tidak dipasteurkan boleh mengandungi bakteria. Ia boleh menyebabkan simptom keracunan makanan, keguguran atau kematian dalam kandungan.

Walaupun majoriti keju yang dijual di pasaran sudah melalui pemeriksaan yang teliti, namun adalah lebih baik jika anda anggap keju sebagai makanan dilarang ambil sewaktu hamil.

10. Pucuk mentah

Orang melayu suka makan ulam dan pucuk mentah, kan? Akan tetapi, jika tidak dibasuh, makanan seperti kacang hijau, lobak, brokoli dan bawang mentah boleh mengandungi bakteria berbahaya.

Sebelum anda ambil ulam dan sebagainya, pastikan makanan tersebut dibasuh terlebih dahulu. Lebih baik jika anda boleh masak sayur tersebut.

11. Makanan yang berisiko menyebabkan alergi

Ambil perhatian lebih kepada jenis makanan yang membuatkan anda alergi. Kadangkala, makanan seperti roti dan lauk-pauk yang dimasak boleh mengandungi bahan tersebut.

Jika anda alergi pada kacang, maka itu adalah makanan dilarang ketika hamil. Pengambilan makanan tersebut hanya sesuai diambil oleh mereka yang tidak alergi sahaja.

12. Jus yang tidak dipasteurkan

Jangan sangka susu sahaja perlu melalui proses pempasteuran. Jus juga perlu dipasteurkan supaya bakteria yang terkandung di dalamnya boleh dibunuh.

Jus yang anda tidak pasti sama ada sudah dipasteurkan perlu dianggap sebagai makanan dilarang ketika hamil.

13. Makanan berkafein

Seperti yang anda sudah sedia maklum, kafein boleh menyebabkan kesan mudarat jika diambil secara berlebihan oleh ibu mengandung. 

Benarkah ada had pengambilan kopi buat ibu hamil?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan had maksimum 200 mg sehari bagi peminum kopi tegar.
Jika diambil secara berlebihan ia boleh menyebabkan masalah berat lahir rendah, kelahiran pramatang dan kematian dalam rahim.

14. Teh herba

makanan dilarang ketika hamil
Minum teh herba ketika hamil.

Mungkin teh herba kedengaran seperti bahan minuman yang selamat diambil oleh ibu mengandung, namun herba tertentu seperti kava-kava dan yohimbe perlu dielakkan kerana ia merupakan perangsang rahim.

Ia dianggap sebagai makanan dilarang ketika hamil kerana boleh menyebabkan masalah keguguran dan kelahiran pramatang.

Jadi, elakkan menu di atas dan carilah senarai makanan yang perlu diambil di awal kehamilan ya?

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Pregnancy nutrition. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/pregnancy-nutrition/art-20043844/ Accessed Mar 2, 2020.
  2. Nutrition during pregnancy. https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/nutrition-during-pregnancy, Accessed Mar 2, 2020.   
  3. Mercury. https://www.marchofdimes.org/pregnancy/mercury.aspx, Accessed Mar 2, 2020.  
  4. Escherichia coli O157:H7 in Ground Beef: Review of a Draft Risk Assessment. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK221091, Accessed Mar 2, 2020.  
  5. Caffeine pregnancy.https://www.who.int/elena/titles/caffeine-pregnancy/en/, Accessed Mar 2, 2020. 

Versi Terbaru

10/07/2024

Ditulis oleh Nurul Halifah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Nak Elak Diabetes Gestasi, Kena Tahu Bacaan Gula Normal Untuk Ibu Mengandung!

Nak Kehamilan Sihat, Kena Tahu Bacaan BSP Yang Normal Untuk Ibu Mengandung!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Halifah · Disemak pada 10/07/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan