- Haid tidak normal (pendarahan terlampau banyak atau sedikit berbanding normal).
- Kitaran haid tidak teratur dengan tempoh hari berubah-ubah. Anda mungkin dapati jarak setiap bulan kitaran haid tidak teratur.
- Haid tidak datang berbulan-bulan- ini tanda amaran yang serius. Segera berjumpa dengan doktor jika ini berlaku.
- Sakit yang keterlaluan semasa haid. Normal untuk seseorang wanita itu mengalami masalah sakit semasa datang bulan. Namun, jika sakit yang dialami keterlaluan, anda perlu mendapatkan rawatan segera.
Masalah hormon adalah punca utama kedua ketidaksuburan dalam kalangan wanita. Wanita yang mengalami masalah hormon selalunya akan mendapat simptom-simptom di bawah:
- Perubahan pada kulit, seperti jerawat yang banyak dan ruam
- Dorongan seks menurun
- Alami kesakitan semasa melakukan hubungan seks
- Stres atau mengalami gangguan berpanjangan tanpa sebab yang khusus
- Tumbuh rambut berlebihan pada dada, bibir, dan dagu
- Keguguran rambut yang berlebihan dan rambut menipis
- Bertambah berat atau kehilangan berat badan yang sukar dikawal
- Susu putih yang luar biasa keluar dari puting, yang tiada kaitan dengan penyusuan
Apakah simptom ketidaksuburan dalam kalangan lelaki?
Tidak seperti wanita, simptom ketidaksuburan lelaki adalah lebih sukar untuk dikesan. Selalunya, setiap pasangan hanya akan memeriksa ketidaksuburan apabila si isteri tidak berjaya hamil. Dan, ketika itulah baru tahu siapa yang mengalami masalah. Bagaimanapun, simptom ketidaksuburan lelaki kebanyakannya bergantung kepada punca ketidaksuburan. Antara simptom yang berkemungkinan termasuklah:
- Perubahan dari segi kepantasan dan kuantiti pertumbuhan rambut
- Kurang keinginan atau perubahan dalam keutamaan seksual
- Sakit semasa melakukan hubungan intim
- Ketumbuhan atau bengkak yang menyakitkan pada testikel
- Tidak mampu melakukan ereksi dan pancutan
- Testikel lembut
Berapa lama saya perlu menunggu sebelum melakukan rawatan?
Jika anda sudah mencuba beberapa tahun, dan kedua-dua anda dan pasangan berusia di bawah 35 tahun, sudah tiba masanya anda berjumpa doktor. Namun, wanita yang berusia lebih daripada 35 tahun perlu berjumpa dengan pakar selepas 6 bulan mencuba. Doktor anda akan melakukan ujian darah, imbasan, atau air kencing untuk memeriksa masalah anda. Bagi lelaki pula, doktor akan melakukan analisa sperma untuk memeriksa kuantiti dan kualiti sperma. Selain itu, kedua-dua anda dan pasangan akan ditanya berkenaan dengan simptom ketidaksuburan, sejarah perubatan, dan kegiatan seks.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.