backup og meta

Risau Hadapi Hari Selepas Bersara? Ada 8 Cara Untuk Elak Hari Anda Menjadi Suram!

Risau Hadapi Hari Selepas Bersara? Ada 8 Cara Untuk Elak Hari Anda Menjadi Suram!

Selamat bersara diucapkan kepada anda yang bakal atau sedang bersara! Sama ada anda bersara wajib atau bersara awal, ia sama sahaja. 

Bersara bukan penamat kepada kehidupan aktif, malah ia boleh menjadi permulaan kepada fasa yang lebih tenang dan bermakna. 

Setelah kesibukan yang menghantui diri anda, kini minda anda dapat berehat menjalani hari-hari dengan lebih tenang dan perlahan dengan pengisian yang lebih bermakna!

Selamat bersara! 8 Cara nak elak hari anda menjadi suram

Jika anda membuat pilihan untuk bersara wajib ataupun bersara pilihan sendiri, pastinya anda mempunyai sebab yang kukuh di atas keputusan ini. Berikut ialah antara cara untuk mengisi hari-hari anda. 

#1. Terima hakikat yang anda telah atau bakal bersara 

Ketika anda mengalami perkara ini, ada banyak perkara bermain di dalam fikiran. Sama ada anda berasa marah, sedih, cemas, sedih, cuba untuk terima dan faham apa yang anda rasa.

Luah apa yang terbuku ke atas buku nota atau bersembang kepada individu yang anda percaya bagi melegakan kekusutan yang ada.

#2. Bersara adalah tempoh penting selepas dunia pekerjaan 

selamat bersara
Pasangan yang sedang menikmati hari-hari mereka selepas bersara.

Walau apa pun keadaan dan waktu hari persaraan anda, anda perlu menerimanya. Ia adalah perkara biasa yang anda akan alami setelah usai tempoh anda untuk bekerja.

Jika anda lihat semuua perih jerih yang anda telah lakukan di masa lalu, ia akan mengingatkan kembali diri anda bahawa anda akan dapat mengurus perubahan ini juga.

Selamat bersara #3. Tetapkan rutin dan matlamat baharu 

Ramai pesara merasa hilang arah setelah tiada tanggungjawab di dalam pekerjaan  seharian. Ini boleh membawa kepada perasaan tidak berguna atau kemurungan. Oleh itu, penting untuk terus menetapkan rutin harian dan matlamat kecil selepas bersara.

Dengan mempunyai matlamat boleh memberikan rasa tujuan dan membantu untuk mentakrifkan semula identiti anda.

Antara contoh rutin & matlamat:

  • Tetapkan masa tidur dan bangun yang konsisten
  • Buat senarai tugasan harian seperti membaca, bersenam, bercucuk tanam dan sebagainya
  • Tetapkan matlamat bulanan seperti belajar kemahiran baru, menyiapkan projek di rumah atau pergi bercuti

#4. Lakukan kerja sambilan 

Jika anda masih mempunyai keinginan untuk bekerja selepas bersara, anda boleh lakukan kerja sambilan. Selain dapat menambah pendapatan, anda akan kekal sibuk seperti rutin kebiasaan walaupun berlainan waktu kerja. 

Selamat bersara #5. Bina hubungan sosial yang baharu 

Kesepian merupakan antara punca utama kemurungan dalam kalangan warga emas. Selepas bersara, hubungan sosial tidak aktif seperti di waktu pekerjaan.

Untuk kekal bersosial, anda boleh lakukan perkara di bawah:

  • Sertai kelab komuniti, kumpulan keagamaan atau sukarelawan
  • Libatkan diri dalam aktiviti kejiranan seperti gotong-royong atau kelas senaman berkumpulan
  • Gunakan teknologi – hubungi anak cucu melalui media sosial

Komunikasi yang berterusan dapat merangsang minda, mengurangkan tekanan emosi dan menjadikan hidup anda lebih bermakna.

#6. Amalkan gaya hidup sihat

Jangan lupa untuk amalkan pemakanan yang sihat ketika anda bersara. Masih tidak terlambat lagi untuk lakukan perkara ini ya!

Hal ini kerana, apa yang kita makan turut memberi kesan kepada kesihatan mental. Makanan yang sihat dapat menyokong fungsi otak, manakala senaman fizikal membantu meningkatkan hormon gembira (endorfin).

selamat bersara
Pastikan anda kekal amalkan pemakanan yang sihat.

Amalan penting:

  • Ambil makanan seimbang tinggi omega-3, antioksidan dan vitamin B kompleks seperti ikan, kekacang, sayuran hijau dan buah-buahan
  • Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki, tai chi, berkebun atau berenang
  • Dapatkan tidur berkualiti antara 6-8 jam setiap malam

7. Mendekatkan diri dengan aktiviti keagamaan 

Selepas bersara, anda mempunyai lebih banyak masa untuk menilai semula tujuan hidup. Ini adalah masa yang baik untuk mendekatkan diri kepada Tuhan dengan melakukan aktiviti-aktiviti kerohanian. 

Antaranya: 

  • Luangkan masa mendalami ilmu agama dan rohani
  • Berkongsi ilmu atau pengalaman melalui ceramah atau mentor kepada golongan muda

Bila seseorang merasa dirinya masih berguna dan diperlukan, mindanya akan lebih cergas dan hatinya lebih bahagia.

8. Dapatkan sokongan profesional jika perlu

Jika anda merasa murung, cemas, atau tidak bermotivasi dalam jangka masa panjang, jangan takut untuk mendapatkan bantuan. 

Antara pilihan sokongan yang ada:

  • Kaunselor profesional
  • Klinik kesihatan mental kerajaan atau swasta
  • Sokongan rakan sebaya dalam kumpulan sokongan pesara

Tindakan awal ini boleh mengelakkan keadaan mental menjadi lebih serius.

selamat bersara
5 jenis vaksin yang warga emas mesti ambil.

Selamat bersara orang hebat!

Selamat bersara buat anda yang telah lama berkhidmat di dalam dunia pekerjaan yang anda ceburi. Dengan mengamalkan gaya hidup aktif dari segi mental, sosial, fizikal dan emosi, anda pasti dapat menjalani hari-hari tua dengan lebih bermakna.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adjusting to Retirement: Handling Depression, Stress, and Anxiety https://www.helpguide.org/aging/healthy-aging/adjusting-to-retirement. Diakses pada 20 June 2025.

5 tips for a happy retirement. https://www.bhf.org.uk/informationsupport/heart-matters-magazine/wellbeing/retirement/retirement-tips. Diakses pada 20 June 2025.

What to Do in Retirement. https://www.actsretirement.org/resources-advice/retirement-life/what-to-do-in-retirement/. Diakses pada 20 June 2025.

How to find purpose in life after retirement. https://www.extracare.org.uk/news/how-to-find-purpose-in-life-after-retirement. Diakses pada 20 June 2025.

7 Activities You Can Do After Retirement to Stay Productive. https://www.sunlife.co.id/en/life-moments/preparing-to-retire/kegiatan-produktif-setelah-pensiun/. Diakses pada 20 June 2025.

 

Versi Terbaru

25/06/2025

Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

7 Makanan Ini Boleh Bantu Kuatkan Jisim Otot, Baik Untuk Orang Dewasa Dan Warga Emas

Stigma Sambutan Raya Di Rumah Warga Emas, Adakah Ia Sedih Atau Lebih Selesa?


Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor · · · Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip · Dikemas kini 25/06/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan