Diabetes dan Kesuburan Lelaki

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 12/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Satu kajian membuktikan bahawa lelaki yang menghidap diabetes jenis 1 adalah cenderung untuk mengalami lebih banyak kerosakan DNA dalam sperma mereka, yang mungkin boleh menghalang kesuburan mereka. Kajian ini kecil dan tidak boleh membuktikan bahawa diabetes jenis 1 boleh menjejaskan kesuburan lelaki, tetapi kajian ini berhak mendapat penyelidikan lanjut.

Apa itu diabetes?

Diabetes ialah penyakit yang berlaku apabila tubuh tidak boleh menguruskan paras glukosa dengan betul. Saluran pencernaan biasanya akan memecahkan makanan kepada glukosa, iaitu satu bentuk gula. Selepas diserap, ia akan dilepaskan ke dalam darah. Hormon insulin yang dihasilkan oleh pankreas menggalakkan sel untuk menyerap glukosa daripada aliran darah dan menjadikannya tenaga.

Diabetes jenis 1, yang selalunya menimpa kanak-kanak, berlaku disebabkan sistem imun tersilap menyerang sel menghasilkan-insulin dalam pankreas. Sementara diabetes jenis 2 pula terjadi berpunca apabila tisu dalam tubuh berterusan menjadi kebal kepada kesan insulin. Pankreas bertindak balas dengan mengeluarkan lebih banyak hormon. Namun, akhirnya ia tidak boleh diteruskan dan paras gula darah mula meningkat.

Paras glukosa yang tinggi merosakkan pembuluh darah dan saraf, mengakibatkan penyakit jantung, angin ahmar, kebutaan, penyakit buah pinggang, dan jangkitan gusi. Diabetes jenis 2 lanjut boleh membawa kepada kebutaan dan kekakuan anggota badan, yang tidak mendapat peredaran darah secukupnya. Dipercayai bahawa salah satu penyebab utama diabetes jenis 2 adalah peningkatan obesiti. Lama-kelamaan, lebihan berat badan menyebabkan sel dalam otot, hati, dan tisu lemak menjadi kurang responsif kepada insulin – iaitu keadaan yang dikenali sebagai rintangan insulin.

Kaitan diabetes kepada ketidaksuburan lelaki

Satu kajian menunjukkan bahawa lelaki dengan diabetes mempunyai jumlah air mani yang lebih rendah daripada lelaki yang tidak menghidap diabetes. Akan tetapi, lingkungan air mani pesakit diabetes masih lagi dalam julat normal seperti yang diselaraskan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). Kiraan sperma, bentuk, dan pergerakan (kemotilan) adalah sama dalam kedua-dua kumpulan kajian lelaki. Bagaimanapun, apabila pakar menganalisa DNA sperma, mereka menemui lebih banyak kerosakan DNA dalam sperma pesakit diabetes. Kerosakan sperma boleh meningkatkan ketidaksuburan.

Banyak faktor boleh membawa kepada kerosakan DNA. Malahan, dalam kajian tersebut, masih belum jelas lagi diabetes yang menyebabkan kerosakan DNA. Kajian ini juga tidak termasuk mana-mana lelaki tanpa diabetes yang tidak menjalani ujian kesuburan. Sesetengah lelaki mungkin mempunyai kurang kerosakan DNA dalam sperma mereka berbanding dengan lelaki dalam kumpulan kajian, mengikut pendapat penyelidik. Selain itu, pakar juga mencadangkan untuk melakukan kajian lanjut ke atas kerosakan sperma DNA dan kebarangkalian kesan kesuburannya kepada lelaki yang menghidap diabetes jenis 1.

Ini bermakna, lelaki penghidap diabetes yang tidak menguruskan paras glukosanya mempunyai kurang peluang untuk menghamilkan pasangannya, dan jika ia berlaku (kehamilan), kebarangkalian untuk berlakunya keguguran dan kecacatan adalah lebih tinggi.

Bagaimana merawat diabetes?

Dalam sesetengah kes, perubahan gaya hidup boleh memastikan penyakit dapat dikawal sepenuhnya. Pun begitu, kebanyakan individu yang menghidap diabetes perlu mengambil perubatan oral bagi merendahkan paras gula darah mereka. Apabila ia tidak mencukupi, insulin (yang disedut dan/ atau disuntik) adalah perlu, atau pesakit boleh mengambil insulin dalam kombinasi ubat oral. Walau bagaimanapun, adalah mencabar untuk mengawal diabetes, jadi pakar menasihatkan supaya pencegahan adalah sebaik-baiknya.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Orang Kita Masih Percaya Mandi Malam Boleh Buat Paru-paru Berair! Sebenarnya, Fakta @ Auta?

    Ramai yang percaya bahawa mandi pada waktu malam boleh menyebabkan penyakit paru paru berair. Benarkah? Jom klik untuk tahu jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Ekzema Kepala Punca Kulit Kepala Selalu Gatal, Sampai Boleh Buat Rambut Gugur?

    Ekzema tidak hanya mempengaruhi bahagian tubuh, ia juga boleh mempengaruhi kulit kepala anda. Pernahkah anda terdengar mengenai ekzema kulit kepala?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Kalau Nak Anak Bijak, Ibu Kena Rajin Baca Buku Masa Hamil, Benarkah?

    Benarkah ibu mengandung yang mempunyai tabiat membaca buku menjadikan anak lebih bijak? Ikuti kupasan ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Ahli Keluarga Yang Hidap Diabetes? Jika Anda Nak Hindarinya, Ikut 5 Langkah Ini

    Jika ada ahli keluarga anda yang pernah menghidap jenis penyakit diabetes, besar kemungkinan untuk anda turut mendapat kencing manis keturunan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jus buah-buahan

    Jus Buah-buahan Sihat Tapi Manis, Jadi Boleh Ke Pesakit Diabetes Minum Air Buah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 29/10/2020 . 3 minit bacaan
    gigit kuku

    Suka Gigit Kuku Petanda Sakit Jiwa? Bukan Budak Kecil Saja Yang Buat, Orang Dewasa Pun Ada!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 29/10/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit radang usus

    Penghidap Radang Usus IBD, Ini 13 Masalah Kulit Yang Mungkin Akan Anda Alami

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    cermin mata atau kanta lekap

    Antara Cermin Mata & Contact Lens, Yang Mana Satu Lebih Baik? Ini Pro & Kontranya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan