home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Tingkat Kesuburan, Bagaimana Caranya?

Tingkat Kesuburan, Bagaimana Caranya?

Reproduksi atau pembiakan adalah perbuatan paling semula jadi bagi semua makhluk di dunia. Walau bagaimanapun, sesetengah pasangan akan mengalami kesukaran untuk mendapat anak sendiri. Selain kerap melakukan hubungan seks terutama semasa ovulasi, terdapat cara lain untuk meningkatkan peluang kehamilan anda.

Kawal berat badan.

Mendapat berat badan yang sesuai nyata sekali boleh meningkatkan kesuburan anda. Ramai wanita yang terlepas pandang akan kaitan antara faktor berat badan terhadap kesuburan. Ahli sains percaya bahawa kawalan berat badan boleh membantu dalam konsepsi anda. Kajian dijalankan kepada 2,112 wanita hamil dengan melihat indeks jisim tubuh (BMI) mereka. BMI pra-kehamilan 25-39 adalah dikira sebagai obesiti. Wanita yang lebih berat badan dan juga kurang berat badan mempunyai peluang kehamilan yang rendah berbanding dengan mereka yang mempunyai BMI normal.

Pastikan sperma selamat.

Walaupun kawalan suhu tidak banyak membantu dengan kesuburan, namun doktor menasihatkan golongan lelaki supaya mengelak daripada terdedah kepada sumber haba tertentu seperti berada di dalam tab mandian panas. Kajian menunjukkan bahawa pendedahan kepada radiasi yang ada pada telefon bimbit boleh memberikan impak negatif kepada kesihatan sperma dalam jangka panjang. Meskipun tiada bukti yang cukup menunjukkan kaitan antara ketidaksuburan dan haba, namun tiada salahnya jika anda memastikan pasangan anda jauh daripada potensi bahaya, jika anda mahu meningkatkan kesuburannya.

Berhenti merokok.

Merokok boleh merosakkan kesuburan lelaki dan wanita dengan cara menjejaskan penerimaan rahim terhadap sperma dan mengurangkan pengeluaran dan kualiti sperma. Merokok juga dipercayai boleh menyebabkan pergerakan dan kiraan sperma rendah, selain meningkatkan keabnormalan pada bentuk dan fungsi sperma. Semasa kehamilan, merokok boleh meningkatkan risiko mendapat keguguran. Tambahan pula, kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang merokok mempunyai risiko besar mengalami ketidaksuburan. Jika anda ingin cepat hamil, adalah lebih baik jika anda mula berhenti merokok sekarang.

Lakukan pada masa yang tepat.

Sperma tidak mempunyai banyak masa untuk bersenyawa dengan telur. Peluang untuk persenyawaan berlaku hanya kira-kira 6 hari, sebelum hari ovulasi dan semasa hari ovulasi tersebut. Malahan, waktu utama adalah tiga hari sebelum ovulasi. Jika anda ‘bersama’ pada waktu yang tepat, peluang kehamilan untuk berlaku adalah cerah.

Bagaimanapun, setiap pasangan adalah berbeza, jadi mereka memerlukan masa yang berbeza untuk konsepsi. Penting untuk anda tidak tergesa-gesa ataupun meletakkan tekanan pada pasangan atau diri sendiri. Jika ada sebarang kebimbangan, berjumpalah dengan pakar kesuburan bagi mendapatkan bantuan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

8 Ways to Boost Your Fertility. http://www.webmd.com/baby/guide/8-ways-to-boost-your-fertility Assessed November 16, 2016.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin
Disemak pada 27/12/2018
x