Ini Yang Anda Perlu Ketahui Sewaktu Minggu Ketika Kehamilan!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Perkembangan bayi

Perkembangan bayi dalam kandungan (minggu ketiga kehamilan)

Walaupun anda mungkin tidak merasa kehamilan tetapi ada bayi yang tumbuh dan membesar dalam diri anda. Telur yang disenyawakan akan melalui proses pembahagian sel. Selepas 30 jam telur tersebut akan terbahagi kepada dua sel, kemudian 4 sel, kemudian lapan, dan berterusan terbahagi sambil bergerak daripada tiub fallopian ke uterus. Apabila sampai di uterus, kumpulan sel ini kelihatan seperti bebola kecil dan dipanggil embrio.

Embrio tersebut akan menjadi berlohong dan diisi dengan cecair- dikenali sebagai blastosis. Berdekatan dengan waktu penghujung minggu ketiga kehamilan, blastosis akan menempel dirinya pada dinding uterus. Proses ini dinamakan implantasi.

Penempelan dalam uterus menghasilkan hubungan yang penting: endometrium akan menyediakan nutrien dan pembuangan bahan kumuh untuk perkembangan embrio. Selepas beberapa ketika, implan akan berkembang menjadi plasenta, yang dapat membantu memberikan nutrien pada bayi sepanjang 9 bulan tersebut.

Perubahan hidup & tubuh badan

Bagaimanakah perubahan badan saya sewaktu minggu ketiga kehamilan?

Badan anda akan melalui pelbagai perubahan untuk menyokong tumbesaran janin. Pada waktu ini, anda mungkin tidak mengetahui bahawa anda hamil. Anda mungkin akan mendapati titik pendarahan pada penghujung minggu ini. Ini dipanggil pendarahan implantasi “implantation spotting.” Ini bermakna telur yang telah disenyawakan itu telah menempel pada lapisan uterus. Tidak semua wanita akan mengalami pendarahan ini dan sesetengah wanita mungkin akan tersilap menganggapnya sebagai darah haid.

Apakah yang perlu saya beri perhatian?

minggu ketiga kehamilan

Loya kehamilan, seperti mengidam jeruk dan aiskrim adalah antara simptom kehamilan yang jelas tetapi tidak semestinya berlaku dalam semua kes. Kajian menunjukkan hampir satu pertiga wanita hamil akan mengalami loya dan muntah disebabkan kehamilan dan ¼ daripada baki selebihnya tidak mengalami simptom ini. Jika anda antara mereka yang tidak pernah berasa loya atau hanya kadangkala menjadi loya, anda adalah wanita hamil yang beruntung.

Tiga perempat perempuan hamil akan mengalami rasa loya sepanjang hari. Bagaimanapun, sila bertenang jika anda mempunyai masalah untuk makan dan turun berat badan pada 3 bulan pertama kehamilan, ini tidak akan menjejaskan kandungan selagi mana anda bertambah berat badan selepas itu. Pertambahan berat badan akan mudah berlaku kerana raya loya dan muntah akan hilang selepas pertengahan minggu ke-12 atau minggu ke-14 kehamilan.

Pertemuan dengan doktor

Apa yang harus saya maklumkan pada doktor?

Cakap dengan doktor anda segera jika anda mengesyaki anda hamil. Doktor mungkin akan menyuruh anda menjalani ujian kehamilan. Anda mungkin tidak perlu berjumpa doktor hingga minggu ke-8 kehamilan.

Apakah ujian yang perlu saya tahu?

Cara terbaik untuk mengesahkan kehamilan anda adalah dengan menggunakan ujian kehamilan di rumah. Anda boleh membelinya di farmasi setempat. Ujian ini dapat menentukan kehamilan seawal hari pertama anda tidak datang haid. Anda boleh membeli beberapa alat ujian untuk memastikan keputusannya. Ujian ini mengukur hormon tertentu yang terdapat dalam air kencing. Hormon ini dipanggil Human Chorionic Gonadotropin (HCG). Ia dirembeskan oleh plasenta. Bergantung kepada jenis ujian kehamilan, keputusan positif akan menunjukkan tanda tambah atau 2 garisan merah jambu.

Kesihatan & keselamatan

Apakah yang perlu saya tahu untuk kesihatan dan keselamatan semasa hamil?

minggu ketiga kehamilan

Membawa kandungan dalam diri anda selama 9 bulan bukanlah mudah. Anda mungkin mula risau tentang bagaimana ini akan mengubah kehidupan sosial, bagaimana anda menguruskan kerja atau jika apa yang anda makan selamat untuk kandungan atau tidak. Anda patut tahu bahawa perkembangan bayi anda bukan sahaja bergantung kepada pemakanan anda, tetapi juga emosi anda.

Apabila anda risau atau merasa resah, badan anda akan menghasilkan hormon stres dipanggil kortisol. Hormon ini akan membuatkan degupan jantung anda meningkat dan mencetuskan tindak balas keradangan dalam badan anda. Banyak kajian telah menunjukkan kaitan antara keradangan dan keadaan kesihatan yang tidak baik, membawa kepada masalah perkembangan dalam bayi. Tambahan pula, wanita yang menghadapi stres dalam trimester pertama kehamilan akan mempunyai risiko keguguran yang lebih tinggi.

Untuk keselamatan anda dan embrio yang sedang membesar, terdapat beberapa tips untuk menangani stres sewaktu kehamilan:

  • Luahkan perasaan dengan seseorang. Anda mungkin tidak mahu membebankan pasangan atau kawan anda dengan masalah anda tetapi ia lebih membantu berbanding menahan perasaan. Cuba untuk meluahkan perasaan dengan seseorang. Anda akan merasa lebih baik selepas itu.
  • Relaks. Meditasi dan teknik relaksasi dapat membantu. Anda boleh mengubat diri dengan meminum teh panas atau membaca buku kegemaran anda.
  • Dengar muzik. Muzik ialah cara yang bagus untuk mengawal kadar kortisol anda.
  • Kerapkan bersenam. Sertai kelas yoga pranatal, kelas renang, atau berjalan. Senaman ini dapat membantu anda menangani stres di samping menyediakan badan anda untuk proses kehamilan. Anda juga mungkin akan merasakan burst mood dan energi.

Merasa stres sewaktu kehamilan adalah normal. Adalah penting untuk menangani stres sebelum membahayakan kandungan. Jom kita lihat apa yang berlaku dalam minggu ke 4!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Jika Doktor Nasihatkan Ibu Hamil Banyak Rehat & Baring, Ini Maksudnya! Seks Pun Tak Boleh Buat!

Kadangkala, ibu hamil akan diminta rehat atas katil untuk mengelakkan komplikasi bahaya stress ketika mengandung. Namun, tahukah anda apa itu bed rest?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 12/10/2020 . 3 minit bacaan

Nak Hamil Kena Tahu Bila Waktu Subur, Tapi Tahu Tak Tanda Subur Setiap Wanita Berbeza?

Tanda-tanda ovulasi wanita mungkin berbeza bagi setiap individu, ada juga yang tidak mengalami sebarang gejala ketika ia berlaku.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kehamilan, Rancang Kehamilan 12/10/2020 . 3 minit bacaan

Mengapa Saya Makin Kerap Sakit Kepala Semasa Hamil? Ini Sebabnya, Setiap Trimester Lain Puncanya

Aduh, berdenyut pula. Adakah anda sering mengalami masalah sakit kepala ketika hamil? Jika ya, jom kenal pasti punca dan cara mengatasi pening.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 08/10/2020 . 3 minit bacaan

Wanita Sering Berasa Sakit Pada Bahagian Pelvis? Mungkin Penyebabnya Ada Dalam 9 Perkara Ini

Bagi para wanita, kesakitan pada pelvis mungkin merupakan tanda kekejangan haid, ovulasi, atau masalah gastrousus seperti intoleransi makanan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 07/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

mengesan kehamilan PCOS

Haid Tidak Tentu Salah Satu Petanda PCOS, Jadi Bagaimana Cara Nak Kesan Jika Hamil?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
kejang perut tanpa haid

Tak Period Pun Tapi Masih Sakit Perut? Ini Masalah Kesihatan Lain Yang Boleh Jadi Punca

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
libido wanita hamil

Keinginan Nafsu Seksual Turun Naik Masa Hamil? 5 Perkara Inilah PUNCANYA

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 16/10/2020 . 3 minit bacaan
penyakit tiroid ibu hamil

Bahaya! Ibu Hamil Yang Ada Masalah Tiroid Berisiko Lahirkan Bayi Kerdil

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan