Tip Menangani Selesema dan Batuk Ketika Hamil

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Terdapat sekurang-kurangnya 200 jenis virus yang mampu menyebabkan terjadinya simptom-simptom demam selesema. Simptom-simptom ini akan kekal sehingga 1 minggu, namun anda mungkin akan mengalami batuk yang berlanjutan sehingga 3 minggu. Disebabkan demam selsema berpunca daripada virus dan bukan bakteria, maka antibiotitk bukanlah penyelesaiannya.

Kadangkala, infeksi bakteria mungkin berlaku pada tekak, sinus, telinga atau paru-paru yang merupakan lanjutan daripada demam selesema. Ini mungkin akan memerlukan antibiotik. Segera berjumpa doktor jika simptom-simptom ini menjadi lebih teruk. Sentiasa berhubung dengan doktor anda jika anda mengalami demam atau apa-apa simptom kondisi kesihatan yang lain ketika sedang hamil.

Rawatan untuk selesema dan batuk ketika hamil

Antara rawatan yang pasti diperlukan untuk melegakan demam selesema adalah:

  • Mendapatkan rehat yang secukupnya
  • Minum air putih secukupnya
  • Berkumur dengan air garam untuk melegakan sakit tekak atau batuk

Selain itu, lakukan juga rawatan ini di rumah:

  • Gunakan titisan atau semburan ubat untuk melegakan ketidakselesaan pada tisu nasal dan meredakan hidung tersumbat.
  • Udara yang nyaman dan hangat dapat membantu meredakan sesak nafas. Lawatan ke spa adalah disarankan.
  • Sup ayam dapat membantu melegakan ketidakselesaan dan kesesakan yang dialami ketika demam selesema.
  • Tambahkan madu atau lemon ke dalam secawan teh untuk membantu melegakan sakit tekak.
  • Gunakan lebih banyak bantal pada kepala anda ketika tidur untuk memberi keselesaan.
  • Gunakan pek yang hangat dan dingin pada bahagian hadapan muka untuk meredakan kesakitan sinus.

Bagaimanakah mencegah selesema atau batuk ketika hamil?

Paling penting, anda perlu mengekalkan gaya hidup yang sihat. Pastikan anda makan makanan bernutrisi tinggi, mendapatkan tidur yang berkualiti dan kerap melakukan senaman. Sebagai tambahan, penting juga untuk anda mengambil vitamin pranatal, begitu juga dengan pribiotik.

Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), mendapatkan vaksinasi flu juga berkesan membantu ibu hamil dengan kandungan mereka sehingga 6 bulan selepas kelahiran. Oleh itu, penting untuk ibu yang sedang hamil sentiasa peka dengan tarikh vaksinasi anda. Berbincanglah dengan doktor anda untuk mendapatkan vaksin yang bebas bahan pengawet bagi mengelak daripada merkuri yang banyak digunakan sebagai pengawet dalam kebanyakan vaksin.

Antara perkara lain yang perlu diberi perhatian demi mengurangkan risiko anda dijangkiti penyakit termasuklah:

  • Kerap membasuh tangan
  • Dapatkan tidur yang secukupnya
  • Mengamalkan diet yang seimbang
  • Elakkan berinteraksi dengan individu sekeliling yang sedang sakit
  • Lakukan senaman secukupnya
  • Kurangkan tekanan

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bukan Boleh Ambil Begitu Sahaja, Ada Sebab Perlu Basuh Buah & Sayur Sebelum Makan!

    Mungkin ramai yang tahu namun lupa untuk mencuci produk segar sebelum memakan. Jom klik artikel ini untuk tahu cara basuh buah & sayur yang betul!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 27/11/2020 . 3 minit bacaan

    Malu Nak Tanggal Kasut Sebab Kaki Berbau Busuk? Ini Cara Atasinya

    Muka dah cantik tapi kaki berbau busuk, tentu ia memalukan. Tapi jangan risau, ada 5 cara menghilangkan bau kaki yang boleh dicuba.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 27/11/2020 . 3 minit bacaan

    Selain Telan Air Liur, Ada 3 Lagi Cara Hilangkan Telinga [email protected], BOLEH CUBA!

    Pernahkah anda alami telinga berdengung atau telinga berdesing ketika menaiki lif? Mengapa hal ini terjadi? Berkesankan telan air liur untuk hilangkannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, Pusat Kesihatan 27/11/2020 . 3 minit bacaan

    Bayi Baru Lahir Sakit Mata? Ini Mungkin Petanda Dijangkiti Bakteria Sakit Kelamin!

    Sakit mata bayi ini disebut sebagai konjunktivitis bayi yang disebabkan oleh beberapa faktor seperti bakteria gonorea. Bagaimana hal ini boleh berlaku?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 27/11/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    proses penuaan

    Cara Nak Awet Muda, Kena Tahu Jenis Penuaan Mana Yang Tubuh Anda Alami Dahulu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 27/11/2020 . 3 minit bacaan
    fibroid ketika hamil

    Ibu Hamil Ada Fibroid? Ini Rawatan Yang Akan Dilakukan, Bagi Elak Keguguran!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 27/11/2020 . 3 minit bacaan
    sakit sendi

    Ingin Mendaki Bukit Tapi Ada Sakit Sendi? Tiada Masalah Jika Buat Persiapan Penting Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 27/11/2020 . 3 minit bacaan
    tips bercukur

    Berapa Kali Boleh Guna Pisau Pencukur Yang Sama? Ini Tip Bercukur Selamat Tanpa Rosakkan Kulit

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 27/11/2020 . 3 minit bacaan