backup og meta

Apa Yang Ibu Baru Perlu Tahu Tentang Tempoh Selepas Bersalin Selain Berpantang?

Apa Yang Ibu Baru Perlu Tahu Tentang Tempoh Selepas Bersalin Selain Berpantang?

Ketika tempoh selepas bersalin, anda bukan sahaja perlu tahu tentang keperluan pantang bersalin 44 hari malah beberapa lagi keadaan kesihatan yang lain. Jom baca artikel ini!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Apa yang dimaksudkan dengan postpartum?

Semasa minggu pertama tempoh selepas bersalin, tubuh anda masih dalam proses penyembuhan dan menyesuaikan diri dengan fasa tidak hamil.

Tempoh ini dipanggil postpartum, di mana tubuh anda akan melalui pelbagai perubahan sepanjang proses pemulihan badan anda.

Antara tempoh 2 hingga 6 minggu selepas kelahiran, doktor anda akan membuat temujanji untuk memeriksa kadar penyembuhan dan kesihatan anda secara keseluruhan.

tempoh selepas bersalin

Apa yang berlaku ketika tempoh selepas bersalin?

Semasa tempoh ini, tubuh anda selalunya akan rasa sakit dan lesu. Anda akan mengambil masa selama 4 hingga 6 minggu untuk kembali pulih dan rasa kembali bertenaga.

Walau bagaimanapun, jika anda bersalin secara pembedahan C-section, anda mungkin perlu mengambil tempoh yang lebih lama untuk pulih.

Ketika postpartum ini juga, anda mungkin akan mengalami simptom-simptom seperti di bawah pada tubuh:

  • Bengkak
  • Pendarahan faraj
  • Kesakitan faraj
  • Bengkak payudara
  • Kekejangan
  • Masalah pundi kencing
  • Masalah pergerakan usus
  • Rambut menipis
  • Kehilangan pigmentasi kulit
  • Kemurungan selepas bersalin

Bagaimana untuk cepat sembuh, fizikal dan mental?

tempoh selepas bersalin

Berikut beberapa cadangan untuk membantu anda menangani simptom selepas bersalin:

  • Jangan terlalu risau
  • Cuba untuk meridap atau tidur semasa bayi anda tidur
  • Minta bantuan dan sokongan daripada pasangan melakukan kerja penjagaan bayi dan rumah
  • Biarkan ahli keluarga anda menjaga anda, melakukan kerja-kerja rumah dan membawakan anda makanan sehingga anda benar-benar pulih dan boleh melakukannya sendiri
  • Minta bantuan ahli keluarga untuk menjaga anak anda yang lain (jika ada)
  • Minum banyak air terutama jika anda menyusukan bayi

Apa kesan tempoh bersalin terhadap emosi anda?

Beberapa minggu awal selepas kelahiran, anda mungkin rasa teruja dan letih pada masa yang sama.

Di samping gembira dengan kehadiran bayi comel anda, anda juga boleh berasa terlalu penat kerana kurang tidur dan juga sedang menyesuaikan diri memikul satu lagi tanggungjawab baharu.

Ramai wanita yang melalui fasa emosi yang dipanggil “baby blues” semasa beberapa hari terawal setelah bersalin.

Puncak fasa ini biasanya pada hari keempat dan mereda dalam masa kurang daripada dua minggu.

Walau bagaimanapun, jika anda mengalami blues lebih daripada tempoh tersebut, atau anda berasa ingin mencederakan diri sendiri atau bayi, segera berjumpa dengan doktor anda.

Anda mungkin mengalami kemurungan selepas bersalin atau meroyan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Baby Blues, https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/first-year-of-life/baby-blues/, Accessed Feb 11 2019.
  2. Postpartum Depression, https://www.acog.org/womens-health/faqs/postpartum-depression, Accessed Feb 11 2019.
  3. Postpartum depression, https://www.marchofdimes.org/find-support/topics/postpartum/postpartum-depression, Accessed Feb 11 2019.
  4. Emotional Reactions and Postpartum Depression, http://www.babyyourbaby.org/pregnancy/after-pregnancy/emotional-reactions.php, Accessed Feb 11 2019.
  5. Postpartum Depression and the Baby Blues, http://www.helpguide.org/articles/depression/postpartum-depression-and-the-baby-blues.htm, Accessed Feb 11 2019.

Versi Terbaru

19/06/2023

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Elak Bersama Ketika Awal Mengandung Jika Ibu Alami 7 Tanda Ini!

4 Tanda Umum Jika Ibu Hamil Mungkin Mengalami Keguguran Di Awal Trimester!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 19/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan