Belum Cukup Tempoh, Tapi Ibu Bersalin Czer Hamil Kembali, Ini 4 Risiko Boleh Berlaku Pada Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 24/02/2021 . 2 minit bacaan
Share now

Disebabkan masalah kesihatan atau ketakutan melahirkan secara semula jadi, maka sesetengah wanita memilih untuk bersalin dengan kaedah C-section.

Walau bagaimanapun, adakah ia lebih selamat berbanding kelahiran semula jadi? Menurut kajian terbaru di Australia, ibu yang melakukan pembedahan C-section berulang mempunyai hasil yang lebih baik berbanding dengan wanita yang bersalin secara semula jadi.

Baca lebih lanjut tentang Kehamilan di sini.

Statistik terkini pada penurunan dalam VABC (Kelahiran vagina selepas cesarean)

bersalin czer

Di United States, satu dalam tiga bayi dilahirkan melalui pembedahan Cesarean. Pada masa kini, sesetengah hospital tiada lagi menawarkan pilihan VABC.

Sesetengah syarikat insurans tidak lagi membayar untuk pilihan itu. Bagaimanapun, setiap jenis kaedah kelahiran bayi memberikan risikonya tersendiri.

Keputusan kajian

Kajian Australia dilakukan ke atas 2345 wanita hamil yang pernah mengalami pembedahan C-section dan dianggap merupakan calon sesuai untuk VABC. 1108 wanita dijadualkan untuk kelahiran C-section, sementara baki 1237 wanita dijadualkan untuk kelahiran VABC.

Bagaimanapun, kurang daripada separuh jumlah wanita yang mengalami kelahiran vagina, sementara selebihnya mengalami C-section elektif atau pembedahan kecemasan.

Terutamanya, terdapat dua kelahiran yang tidak dapat dijelaskan dalam kumpulan kelahiran vagina, sementara tiada bayi yang meninggal semasa kelahiran C-section.

Kadar kematian janin atau bayi atau kesan kesihatan yang serius sebelum dikeluarkan dari hospital adalah 2.4% dalam kumpulan VBAC, di mana ia hanya 0.9% dalam kumpulan terancang C-section.

Kesimpulannya, pakar penyelidik percaya bahawa C-section berulang elektif berkait dengan risiko yang lebih rendah secara drastik untuk kedua-dua ibu dan bayi.

Beberapa risiko C-section berulang

parut czer

Meskipun dikatakan lebih selamat, C-section berulang membawa risikonya sendiri, antaranya:

  • Tisu parut pada rahim dan kawasan berhampiran: Selepas setiap pembedahan abdomen, tisu yang kelihatan berparut (perekatan) terbentuk. Parut yang tebal boleh membuatkan kelahiran sukar dan memanjangkan lagi proses
  • Kecederaan pada pundi dan usus: Parut yang terbentuk selepas pembedahan C-section sebelumnya boleh mengikat pundi kencing kepada uterus. Ia juga boleh menyebabkan penghalangan usus kecil
  • Pendarahan teruk: C-section berulang boleh membawa kepada pendarahan berlebihan pada wanita hamil. Ini boleh menjurus kepada peningkatan keperluan untuk membuang rahim bagi menghentikan pendarahan yang banyak. Menurut satu kajian, risiko histerektomi meningkat daripada 0.65 peratus selepas C-section pertama, kepada 2.41 peratus selepas C-section keempat
  • Masalah dengan plasenta: Apabila anda menjalani terlalu banyak C-section, terdapat beberapa masalah boleh berlaku kepada plasenta. Contohnya, plasenta menempel terlalu dalam ke dinding rahim atau ia boleh jadi sebahagian atau sepenuhnya melindungi pintu utama serviks. Menurut kajian, risiko plasenta accreta meningkat dari 0.24 peratus selepas pembedahan keempat C-section. Oleh itu, berhati-hati dengan risiko sebelum membuat keputusan untuk melahirkan bayi melalui kaedah ini

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Baru Lepas Bersalin Czer, Ibu Kena Elak Berpelukan Dengan Baby, Ia Undang Bahaya Yang Tak Disangka?

Mana-mana ibu sudah pasti teruja mendakap bayi sejurus selepas kelahiran bukan? Tapi bagi kelahiran caesarean untuk berpelukan ada risiko bahaya, betul ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Tips Hamil, Trimester Pertama 12/11/2019 . 3 minit bacaan

5 Cara Untuk Luka Czer Cepat Sembuh, Tidaklah Menahan Sakit Lama Sangat

Kami ada beberapa tip atau saranan mudah bagi ibu-ibu yang ingin sembuh dengan pantas setelah prosedur C-sec. Teruskan pembacaan anda melalui artikel ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Kehamilan, Proses Beranak, Proses Bersalin 01/10/2019 . 2 minit bacaan

Persediaan Bersalin untuk Kelahiran Normal dan C-Section

Persediaan bersalin baik untuk kelahiran normal mahupun melalui pembedahan C-section adalah ilmu dan perkara penting yang perlu bakal ibu bapa ketahui.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Cubaan Hamil, Cubaan Hamil Lain, Kehamilan 13/06/2019 . 8 minit bacaan

Cuti Bersalin: Apa yang Perlu Anda Ketahui?

Sebelum mula mengambil cuti bersalin untuk berpantang, terdapat beberapa perkara yang perlu anda ketahui sebagai persiapan untuk menghadapi proses bersalin.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Cubaan Hamil, Cubaan Hamil Lain, Kehamilan 27/05/2019 . 8 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

aktiviti fizikal

Jangan Ingat Ibu Bersalin Cesarean Tak Boleh Bersenam! Nak Cepat Sembuh, Buat Senaman Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan
beranak czer

Pilih Bersalin Czer Sebab Tak Nak Sakit? Nanti Dulu, Ibu! Dengarnya Ada Risiko Anak Dapat Asma

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 12/08/2020 . 3 minit bacaan
bersalin czer

Bolehkah Ibu Bersalin Normal Setelah Bersalin Czer (VBAC)? Ambil Tahu Risiko Ini Dulu

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 06/01/2020 . 3 minit bacaan
bacaan bsp yang normal untuk ibu mengandung

Berapa Paras BSP (Blood Sugar Profile) Masa Hamil Yang Normal? Sama Ada Masa Puasa Atau Lepas Makan

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 28/11/2019 . 4 minit bacaan