Risau Peranakan Jatuh? Ini 7 Petua Untuk Kecutkan Rahim Kembang, No.1 Kena Buat Selalu!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 04/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Sebagai seorang wanita, pasti anda pernah terdengar atau terbaca tentang kondisi peranakan jatuh bukan? Keadaan ini turut dikenali dengan nama rahim kembang, rahim terjatuh atau rahim terkeluar.

Menurut mitos masyarakat kita, kondisi ini terjadi akibat terlalu banyak makan air batu. Adakah ia benar?

Jika benar sekalipun, adakah terdapat sebarang petua kecutkan rahim yang kembang?

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk membongkar jawapannya!

Apa itu kondisi rahim kembang?

makanan-kuatkan-rahim-boleh-diamalkan

Secara saintifiknya, kondisi peranakan jatuh ini dikenali sebagai procidentia.

Ia adalah satu keadaan yang menyebabkan rahim terjatuh atau terkeluar ke bawah dari lokasi sebenarnya.

Apabila keadaan ini terjadi, ia akan mengakibatkan masalah kesihatan kepada wanita tersebut.

Antara kesulitan yang akan dialami adalah tidak mampu mengawal air kencing dengan baik.

Punca utama kondisi rahim kembang ini berlaku adalah kehamilan dan kelahiran anak terdahulu.

Ia boleh berlaku sebaik sahaja bersalin ataupun beberapa tahun selepas itu.

Ini sangat bergantung kepada faktor berat badan bayi, trauma atau tekanan yang terlalu kuat semasa melahirkan anak.

Selain itu, terdapat juga faktor lain yang boleh menyebabkan masalah ini termasuklah:

  • Tidak berpantang dengan baik selepas keguguran/melahirkan anak
  • Fibroid yang besar
  • Usia
  • Menopaus
  • Obesiti
  • Batuk kronik
  • Kerap sembelit
  • Selalu mengangkat berat
  • Pernah menjalani pembedahan di bahagian rahim

Pun begitu, ramai yang mengatakan rahim kembang boleh terjadi akibat makan air batu.

Menurut pengamal perubatan Dr Rusyainie, ais sebenarnya tidak bersalah dan tidak akan menyebabkan apa-apa masalah kepada sistem peranakan wanita.

Petua kecutkan rahim yang kembang!

Baiklah, sekarang kita sudah tahu punca sebenar peranakan jatuh. Persoalannya, adakah terdapat sebarang petua kecutkan rahim yang kembang? Ya, ada.

Anda boleh cuba petua yang disenaraikan ini:

#1. Lakukan senaman kegel

Adakah anda tahu mengenai senaman ini? Jika ya, bagus. Ini kerana senaman kegel adalah sejenis senaman yang sangat baik untuk dilakukan oleh individu terutamanya golongan wanita.

Senaman ini berfokuskan kepada bahagian pelvis. Secara tidak langsung, wanita yang kerap mengamalkannya mampu memiliki otot rahim yang lebih kecut, kuat dan sihat.

#2. Jauhi rokok untuk elak rahim kembang

kesan merokok terhadap janin

Merokok adalah satu tabiat buruk yang akan mendatangkan pelbagai masalah kesihatan kepada kita antaranya adalah peranakan jatuh. Kenapa?

Ini kerana perbuatan merokok boleh menyebabkan seseorang itu mengalami sakit tekak dan batuk.

Kesannya, ia boleh mengakibatkan rahim wanita yang bergelar perokok mungkin terjatuh atau terkeluar.

#3. Gunakan ‘vaginal pessary’

Apakah ia? Buat anda yang belum tahu, ia adalah sebuah alat yang mempunyai bentuk seperti kuih donat.

Fungsi alat ini adalah untuk mengecutkan rahim.

Cara penggunaannya adalah dengan meletakkan alat ini ke kawasan serviks. Alat itu akan tersekat di situ sekali gus memastikan sistem peranakan tidak akan terjatuh atau terkeluar dengan mudah.

#4. Elakkan mengangkat barang berat

Wanita diciptakan sebagai makhluk yang lemah lembut dan ia wajar kekal begitu.

Jadi, sila elakkan daripada mengangkat barang berat atau melakukan senaman angkat besi di gimnasium.

Sebaliknya, cari alternatif yang lebih selamat namun sihat untuk bersenam seperti berjoging atau berenang.

#5. Amalkan diet yang sihat

manfaat serat

Diet yang sihat dan seimbang adalah satu kemestian buat semua orang. Namun, ia mungkin perlu diberi perhatian lebih oleh golongan wanita.

Tanpa pengambilan serat seperti buah-buahan atau sayur-sayuran, masalah sembelit boleh berlaku.

Kesannya, ia mungkin akan menyebabkan rahim kembang jika anda kerap meneran di dalam bilik air.

Jadi, sila makan lebih banyak serat untuk mengelakkan ia berlaku.

#6. Terapi penggantian estrogen

Sekiranya anda merujuk masalah ini kepada doktor, mereka mungkin akan menyarankan anda untuk mengambil hormon estrogen.

Tujuannya adalah untuk mengelakkan otot dan ligamen menjadi lemah. Kesannya, rahim boleh mengecut.

Pun begitu, ia turut hadir dengan beberapa komplikasi yang lain.

Antaranya adalah meningkatkan risiko penyakit seperti kanser payudara serta pembekuan darah di bahagian kaki.

Jadi, sila pertimbangkan ini terlebih dahulu.

#7. Pembedahan merawat rahim kembang

Akhir sekali, terdapat satu cara paling efektif untuk merawat peranakan jatuh iaitu pembedahan.

Terdapat 2 prosedur yang boleh dilakukan iaitu:

  • Pembedahan histerektomi vagina (Vaginal hysterectomy with vaginal vault suspension)
  • Pembedahan histerektomi abdominal (Abdominal hysterectomy)

Ia akan dilakukan mengikut tahap keterukan masalah anda.

Oleh itu, sila berhubung dan berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum membuat keputusan merawat masalah rahim kembang yang dialami.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ladies, Pernah Tak Alami Bibir Faraj Membengkak? 5 Kondisi Ini Boleh Jadi Penyebabnya

    Faraj merupakan bahagian tubuh utama wanita yang mempunyai fungsi unik tersendiri. Namun, kondisi vulva bengkak boleh berlaku pada sesetengah individu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 20/11/2020 . 3 minit bacaan

    Makan Ayam Boleh Jadi Punca Tumbuh Fibroid Rahim Wanita, Benarkah?

    Ketumbuhan fibroid di dalam rahim boleh terbentuk atas pelbagai sebab yang berbeza. Namun, sesetengah kajian mengatakan makan ayam juga boleh menjadi punca.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 19/11/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu Hamil Kerap Rasa Sakit Bahagian Bawah Perut? Jom Cuba 7 Cara Ini Untuk Atasinya

    Ibu hamil sering alami rasa sakit perut bawah? Jangan bimbang, ada 7 cara untuk mengatasinya yang boleh dicuba. Pasti berkesan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 19/11/2020 . 3 minit bacaan

    Kaum Wanita, Tahu Tak Ada 6 Jenis Rahim Jatuh? Nak Rawat Kena Jumpa Doktor!

    Mungkin ramai sudah tahu maksud rahim jatuh namun tahukah kalian bahawa ia ada 6 jenis? Jom klik artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 18/11/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    darah haid berketul

    Darah Haid Berketul Sebesar Ibu Jari? Ada Yang Normal & Ada Juga Disebabkan Masalah Wanita

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
    kesan melancap rambut gugur

    Kuat Beronani Punca Rambut Semakin Banyak Gugur, Fakta @ Auta?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/11/2020 . 3 minit bacaan
    mitos haid wanita

    Jangan Mandi Semasa Datang Bulan Sebab Boleh Mandul, Usah Tertipu Dengan Mitos Haid Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 23/11/2020 . 3 minit bacaan
    sakit senggugut wanita

    Bersenam Boleh Kurangkan Sakit Senggugut- Fakta @ Auta? Ini Jawapan Kajian!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 20/11/2020 . 3 minit bacaan