backup og meta

Bersediakah Anda Untuk Berasmara Selepas Bersalin Czer? Ada 7 Perkara Perlu WASPADA

Bersediakah Anda Untuk Berasmara Selepas Bersalin Czer? Ada 7 Perkara Perlu WASPADA

Melakukan hubungan seksual selepas melahirkan bayi, pasti menimbulkan rasa bimbang dan takut. Tetapi bilakah boleh bersama suami selepas bersalin czer? Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui jawapannya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Seks selepas pembedahan caesarean

Bersetubuh untuk pertama kalinya selepas bersalin boleh menjadi sesuatu yang menakutkan. Itu belum termasuk jika anda melalui proses kelahiran C-Sec.

Mesti ada yang tertanya, bilakah masa yang selamat dan sesuai untuk melakukan seks bagi mereka yang menjalani pembedahan caesarean, bukan?

Hakikatnya terdapat 3 perkara perlu diingat apabila ingin menentukan sama ada anda sudah bersedia untuk berjimak atau tidak selepas melahirkan anak secara pembedahan, iaitu:

  • Parut C-Sec
  • Pendarahan faraj
  • Tahap emosi

Selain itu anda juga perlu mengutamakan aspek kesihatan keseluruhan termasuklah stamina serta kaedah kawalan kelahiran.

Bilakah boleh bersama suami selepas bersalin czer? Masa adalah segalanya

Kebanyakan wanita yang pulih daripada kelahiran C-Sec mungkin tidak memikirkan tentang aktiviti seks untuk beberapa minggu malahan mungkin berbulan selepas melahirkan anak.

Tetapi jangan terkejut, ada wanita yang berasakan mereka sudah bersedia untuk bersetubuh selepas 3 minggu bersalin.

Wujud teori seks selepas pembedahan caesarean boleh dilakukan sebaik selepas melahirkan anak.

Ini muncul hanya kerana bayi yang dilahirkan tidak melalui saluran faraj. 

Ia adalah SALAH! Setiap wanita yang melalui proses kelahiran, sama ada kelahiran normal atau caesarean adalah disarankan untuk tidak bersama pasangan dan menunggu sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 minggu.

bilakah boleh bersama suami selepas bersalin czer

Tempoh pemulihan 1 perkara yang subjektif ini kerana tempoh rahim sembuh selepas bersalin adalah berbeza bagi setiap individu. Anda mungkin berasa sihat untuk hari ini, namun keesokannya anda boleh berasa lemah badan.

Umumnya, proses pemulihan dan penyembuhan bagi wanita melalui kelahiran C-Sec adalah lebih lama berbanding mereka yang bersalin secara normal

Berbincanglah dengan pasangan tentang sebarang keraguan atau kebimbangan yang anda rasai. Bersabarlah sehingga anda benar-benar bersedia. 

Seks adalah untuk dinikmati dan bukannya untuk menyakiti.

Bilakah boleh bersama suami selepas bersalin czer: Cuba 7 tip ini

Sesungguhnya, ia sesuatu yang normal untuk mengalami debaran dan kebimbangan mengadakan hubungan seks buat pertama kalinya selepas melahirkan anak.

Debarnya seperti malam pertama, mungkin.

Berikut langkah yang boleh anda ikuti untuk mengurangkan rasa gementar dan membolehkan anda menikmati aktiviti seks dengan pasangan:

Menetapkan jangkaan

Untuk seks yang pertama selepas bersalin, sebaiknya elakkan daripada meletakkan harapan yang tinggi.

Mungkin seks yang berlangsung tidak akan melibatkan kejutan, tarikan rambut atau cengkaman cadar katil untuk beberapa minggu atau bulan selepas mendapat anak.

Jangkakan bahawa seks tersebut mungkin tidak akan mengghairahkan untuk beberapa kali selepas bersalin normal atau kelahiran C-Sec. Tetapi percayalah, kepuasan seks akan kembali nanti.

bilakah boleh bersama suami selepas bersalin czer

Jangan paksa diri

Keinginan dan semangat anda mungkin tidak seperti dahulu ketika bersama. Ia adalah normal.

Ini kerana badan anda mungkin keletihan akibat kurang tidur serta penurunan kadar hormon dalam badan, sekali gus menjejaskan libido anda.

Usah menyalahkan diri anda dan terangkan kepada pasangan bahawa ia bukan bersifat peribadi.

Bilakah boleh bersama suami selepas bersalin czer? #Lakukan dengan perlahan

Seks selepas pembedahan caesarean atau kelahiran normal pastinya dirasakan berbeza, terutamanya melibatkan bahagian sulit.

Ia memerlukan kesabaran dan pemahaman untuk badan anda kembali melakukan aktiviti seks. Perkara yang anda gemari dahulu mungkin menjadi sesuatu yang tidak menyelesakan kini. 

Cuba untuk bereksperimen dengan posisi berbeza dan usah tergesa-gesa melakukan penembusan faraj (penetration) jika masih tidak bersedia.

Baca juga:

Bilakah boleh bersama suami selepas bersalin czer? #Berbincang dengan pasangan

Ketahuilah bahawa pasangan anda tidak mampu membaca fikiran anda. Jadi apa yang dirasa – selesa, sakit, terangsang – perlu dikongsikan dengan mereka. 

Ia adalah antara cara untuk memastikan aktiviti seks selepas melahirkan anak berjaya mencapai kepuasan.

Gunakan pelincir

Anda mungkin yakin bahawa anda tidak memerlukan pelincir. Tetapi jangan ambil mudah atau anda akan berisiko untuk mengalami pengalaman seks yang menyakitkan.

Jika ia berlaku, percayalah anda mungkin cenderung untuk mengalami trauma dan menyebabkan anda lebih takut untuk melakukan seks selepas itu.

Bilakah boleh bersama suami selepas bersalin czer? #Berhenti jika sakit

Anda mungkin rasa bersalah untuk menghentikan aktiviti seks saat melihat pasangan anda tampak sedang menikmatinya.

Tetapi ketepikan rasa bersalah itu atau anda yang akan merasai kesannya.

Sentiasa ingat masih terdapat cara lain untuk bermesra dengan pasangan tanpa melibatkan penembusan faraj.

bilakah boleh bersama suami selepas bersalin czer

Dapatkan nasihat doktor

Mungkin wujud keinginan untuk cuba bersama selepas kelahiran C-Sec. Namun percayalah, mencuba tanpa kepastian boleh menyebabkan risiko lain. Apatah lagi melibatkan isu berkaitan kesihatan.

Sebaiknya, tunggu sehingga anda benar-benar bersedia dan sudah melepasi tempoh saranan untuk melakukan seks.

Jika masih ragu, dapatkan rundingan dan nasihat doktor bagi mengelakkan sebarang risiko kecederaan atau jangkitan.

Dengarkan isyarat badan anda…

Bilakah boleh bersama suami selepas bersalin czer? Perkara paling penting sekali adalah untuk bersabar dan menunggu sekurang-kurangnya 6 minggu bagi melakukan seks selepas pembedahan caesarean.

Malahan anda mungkin perlu menunggu lebih lama daripada itu. Dengarkan isyarat badan dan emosi dalam hal berkaitan seks selepas bersalin, jangan main terjah sahaja.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Sex after pregnancy: Set your own timeline. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/labor-and-delivery/in-depth/sex-after-pregnancy/art-20045669 / Accessed on May 14, 2020
  2. Sex After a C-Section: 7 Things to Be Aware Of. https://flo.health/being-a-mom/adjusting-to-motherhood/relationships-and-sex/first-sex-after-cesarean  / Accessed on May 14, 2020
  3. Going Home After Cesarean Section. https://www.womens-health-center.org/obstetrics/labor-delivery/going-home-after-a-c-section/  Accessed on May 14, 2020
  4. Recovery after a caesarean. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/recovery-after-a-caesarean, Accessed on April 15, 2023
  5. Sex After Birth: How Long To Wait and What To Expect. https://health.clevelandclinic.org/sex-after-birth/, Accessed on April 15, 2023

Versi Terbaru

28/04/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Sudah 40 Minggu Tapi Masih Tiada Tanda? Cuba 9 Cara Cepatkan Bukaan Rahim Ini!

Nak Luka Bedah Cepat Sembuh? Ini 7 Makanan Berpantang Untuk Ibu Caesarean!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 28/04/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan