Semasa mengandung, ibu perlu memastikan tubuh badan mereka mendapat cukup vitamin, mineral, dan nutrien penting lain supaya kedua-dua ibu dan bayi dan bayi dalam kandungan sihat.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Semasa mengandung, ibu perlu memastikan tubuh badan mereka mendapat cukup vitamin, mineral, dan nutrien penting lain supaya kedua-dua ibu dan bayi dan bayi dalam kandungan sihat.
Disebabkan itu, diet yang sihat dan seimbang wajar diamalkan oleh ibu hamil. Tanpanya, anda mungkin akan merisikokan kesihatan tubuh badan anda sendiri serta bayi yang bakal dilahirkan.
Untuk pengetahuan anda, iodin ialah salah satu mineral penting yang perlu diambil oleh bakal ibu supaya bayi dalam kandungan boleh menjalani proses tumbesaran dengan sebaiknya.
Iodin memainkan peranan yang penting dalam perkembangan bayi anda, terutamanya otak dan sistem saraf.
Selain itu, ia juga berfungsi mengawal sistem metabolisma bayi di dalam perut wanita hamil.
Kekurangan iodin boleh menyebabkan keguguran, kelahiran bayi pramatang, dan kelahiran bayi mati dalam kandungan (stillbirth)!
Adakah kalian mahu risiko ini berlaku kepada bayi yang sedang anda kandungkan itu? Jadi, pastikan pengambilan mineral ini mencukupi buat anda ya?
Namun, jangan pula kalian mengambilnya terlalu banyak tanpa mempedulikan saranan dos oleh doktor. Ia mungkin akan mendatangkan masalah lain pula kelak.
Jadi, cuba ikuti saranan ini:
Ibu mengandung: 220 mikrogram (mcg) setiap hari
Ibu yang menyusukan bayi: 290 mcg setiap hari
Wanita yang tidak hamil: 150 mcg setiap hari
Dalam pada itu, anda tidak perlu memaksa diri untuk mendapatkan jumlah iodin tersebut setiap hari.
Sebaliknya, cuba untuk mendapatkan secara purata jumlah yang sesuai untuk beberapa hari atau seminggu.
Ia sudah mencukupi buat anda yang bernama wanita!
Buat anda yang tertanya-tanya, ia bukanlah perlu diambil melalui pil, kapsul atau suplemen.
Sebaliknya, mineral ini boleh didapati daripada makanan dan minuman yang kalian ambil setiap hari.
Sumber iodin yang baik termasuklah:
Sayuran laut juga mengandungi sejumlah iodin yang banyak – kadangkala terlalu banyak untuk anda menikmatinya setiap hari.
Misalnya, hanya satu perempat auns rumpai laut kering mengandungi lebih daripada 4,500 mcg iodin, iaitu empat kali lebih daripada pengambilan yang disarankan.
Justeru, jumlah yang sesuai yang dianggap selamat oleh Lembaga Pemakanan dan Nutrisi di Institut Perubatan adalah 1,100 mcg setiap hari.
Meskipun secara hakikatnya vitamin pranatal tidak mengandungi sejumlah iodin yang mencukupi, namun anda tidak perlu mengambil suplemen iodin semata-mata kerana anda boleh mendapatkan keperluan iodin daripada makanan yang anda ambil setiap hari.
Anda disarankan untuk memeriksa label pada makanan untuk memastikan ia mengandungi sejumlah iodin yang secukupnya.
Adalah tidak salah juga untuk kalian mengambil suplemen untuk memastikan anda mendapatkan fungsi iodin yang maksimum.
Cuma, pastikan kalian telah berbincang dengan doktor terlebih dahulu okay!
Persoalannya, bagaimana untuk tahu bahawa anda sebagai wanita hamil atau sesiapa sahaja bahawa kalian kekurangan iodin dalam tubuh badan?
Berikut merupakan tanda-tandanya:
Setelah diambil dengan konsisten, ia mungkin akan kembali kurang akibat beberapa faktor antaranya:
Jadi, sentiasa berhubung dengan doktor anda untuk memastikan kadar iodin dalam tubuh badan anda kekal berada pada tahap yang bagus untuk fungsi iodin yang lebih baik.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen