Ibu Lasak: Apa Yang Perlu Buat Dan Yang Perlu Dielakkan Jika Ingin Bersenam Ketika Hamil

Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 12/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

“Bolehkah saya bersenam ketika mengandung?” adalah pertanyaan yang sering bermain dalam fikiran wanita yang hamil. Hanya kerana anda sedang berbadan dua tidak bermakna anda perlu meninggalkan rutin jasmani anda. Bersenam ketika mengandung adalah baik untuk anda namun beberapa pengubahsuaian rutin perlu dilakukan.

Yang perlu buat 

  • Dapatkan nasihat pakar kesihatan terlebih dahulu tentang senaman yang ideal atau yang selamat dengan anda sebelum memulakan, mengubah atau menyambung rutin senaman anda.
  • Pendekkan tempoh bersenam anda. Sekiranya dahulunya anda bersenam dalam tempoh satu jam sehari, cuba pendekkan kepada 30 minit sehari melakukan senaman ringan.
  • Minum air yang cukup sebelum dan selepas senaman.
  • Pilih pakaian yang sesuai seperti pakaian yang longgar, mempunyai penyerapan peluh yang baik dan juga bra yang memberi sokongan yang baik.
  • Lakukan regangan sebelum dan selepas senaman. Cara terbaik untuk melakukan aktiviti regangan adalah dengan melakukan aktiviti pada keamatan yang rendah kemudia beransur-ansur tingkatkan kematan senaman dalam masa 5 hingga 8 minit.
  • Pilih senaman yang sesuai. Melakukan yoga sebelum mengandung adalah kaedah yang baik untuk mengekalkan keanjalan dan kekuatan otot. Senaman rendah impak adalah pilihan yang bagus seperti berenang, berjalan dan berbasikal.
  • Gunakan beban atau alat pemberat yang lebih ringan.
  • Fokus pada bahagian belakang, bahu, dada dan otot bicep. Anda akan membawa kandungan selama 9 bulan dan banyak lagi episod mendukung yang perlu anda hadapi di masa akan datang. Jadinya, menguatkan otot-otot ini adalah senaman yang bijak bagi memastikan anda tidak menderita daripada sakit belakang.
  • Kerap kencing adalah sesuatu yang menyusahkan jadi kerap lakukan senaman Kegel untuk mengawal kekuatan otot lantai pelvis.
  • Makan dengan mencukupi. Bersenam akan membakar kalori jadi pastikan zat dan kalori dalam pemakanan anda mencukupi agar bayi anda kekal sihat.

Yang jangan buat

  • Elakkan kerap baring terlentang kerana berat rahim anda yang mengandungi janin itu boleh menekan salur darah vena utama yang membawa darah ke jantung, menyebabkan anda rasa ingin pitam, sesak nafas atau muntah.
  • Berdiri terlalu lama akan mengurangkan saluran darah kembali ke jantung, menyebabkan rahim dan bahagian atas badan tidak menerima darah yang mencukupi.
  • Elakkan aktiviti berimpak tinggi. Bermain tenis mungkin akan menjadi bahaya kerana imbangan anda akan terjejas akibat perubahan dinamik badan yang meningkat kemungkinan anda untuk jatuh. Berlari pada kadar yang rendah dan sederhana boleh dilakukan dengan berhati-hati.
  • Jangan bersenam terlalu lasak atau banyak. Sekiranya anda rasa sakit badan, lemah dan penat dan bukannya lebih kuat atau bertenaga, mungkin anda telah menolak badan anda ke hadnya.
  • Jangan bersenam dalam kawasan yang panas atau lembap. Ini bermakna elakkan yoga bikram, pilates panas, sauna dan mandi air panas. Ketika mengandung, badan anda secara umumnya lebih panas berbanding biasa menyebabkan pendedahan tambahan kepada haba menjadi sesuatu yang membahayakan.

Dengan pengubahsuaian yang minima ini, anda mempunyai pilihan yang banyak untuk kekal aktif ketika mengandung. Mengekalkan kecergasan ketika hamil boleh memberi impak yang positif pada keseluruhan pengalaman mengandung.

Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    DARI PAKAR Dian Sonnerstedt

    Jenis-jenis Yoga

    Katakanlah sekarang ini anda sedang cuba berlatih yoga buat pertama kali, atau kali kedua, dan anda masih belum menemukan jenis yoga yang paling sesuai dengan diri anda. Artikel ini boleh membantu anda untuk memutuskan ...

    Ditulis oleh Dian Sonnerstedt
    jenis yoga

    Urutan Kehamilan: Adakah Idea yang Baik?

    Adakah urutan kehamilan yang dilakukan sewaktu wanita hamil selamat untuk dilakukan? Adakah terdapat sebarang risiko terhadap ibu hamil tersebut?

    Ditulis oleh Dian Sonnerstedt
    urutan kehamilan

    5 Rahsia Kecil Yang Akan Berlaku Jika Ibu Bersalin Secara Normal, Sakit Itu Cukup Membahagiakan

    Nak proses bersalin secara normal jadi lancar? Ibu hamil kena buat 5 perkara penting ini dahulu. Mulakan ia seawal minggu yang ke 38.

    Ditulis oleh Dian Sonnerstedt
    bersalin secara normal

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jalan Kaki, Senaman Paling Mudah Untuk Pesakit Diabetes, Tapi Sebelum Buat, Ada Syarat-syaratnya!

    Bolehkah pesakit diabetes melakukan senaman seperti berjalan kaki setiap hari? Ada manfaat jalan kaki atau sebarang kesan buruk untuk pesakit diabetes?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Kencing Manis 11/01/2021 . 3 minit bacaan

    Tanpa Ubat, Atasi Sakit Belakang Semasa Mengandung Dengan 3 Teknik Regangan Ini!

    Anda kerap mengalami sakit belakang semasa mengandung? Tenang, apa kata kalian cuba 3 teknik regangan yang boleh membantu melegakannya ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kehamilan, Penjagaan Ibu 07/01/2021 . 3 minit bacaan

    Pakaian ‘Compression’ Bersenam, Sekadar Gaya Atau Benar-benar Boleh Turunkan Berat Badan?

    Banyak orang memakai pakaian compression ketika berlari atau bersenam di gim, tetapi adakah ia benar-benar bermanfaat untuk anda atau sekadar bergaya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 31/12/2020 . 3 minit bacaan

    Ini Sebab Mengapa Lelaki Kena Kahwin, Bukan Untuk Nafsu Saja, Tapi Ada Kaitan Dengan Kesihatan

    Perkahwinan bukan sahaja digalakkan bagi menghalalkan hubungan di antara dua individu bukan mahram, tapi ia juga baik untuk kesihatan anda..

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 31/12/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    masalah menstruasi wanita

    Ladies… Jangan Abaikan Simptom Haid Ini, Khuatir Ia Boleh Disebabkan Oleh Kanser!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
    kalori per hari untuk diet

    Psssttt.. Ini Rahsia Nak Kurus! Jaga Pengambilan KALORI Harian, Ikut Cara Ini Pasti Jadi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 14/01/2021 . 3 minit bacaan
    lelaki macho

    Nak Jadi Lelaki Macho? Fikir Elok-Elok! Ini 5 Sebab Kenapa Sikap Macho Boleh Undang Padah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 13/01/2021 . 3 minit bacaan
    selepas bersalin

    Tiada Lagi Masalah Perut Menggeleber Selepas Bersalin! Nah, Cuba 9 Petua Ini, Tak Perlu Surgeri!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 13/01/2021 . 3 minit bacaan