Apakah Warna Nutrien Anda?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Dengan mengetahui warna nutrien atau zat makanan anda dapat membantu merancang diet sihat dengan lebih mudah. Jika anda tidak pasti warna makanan apa yang boleh dimakan, teruskan membaca panduan di bawah:

Biru, ungu dan merah lembayung

Sayur-sayuran dalam warna-warna ini padat dengan anthocyanins dan proanthocyanins, iaitu antioksidan yang berkait dengan kesihatan jantung dan fungsi otak.

Contohnya, terung, beri hitam, beri biru, kranberi, raspberi, strawberi dan anggur.

Hijau (kumpulan makanan cruciferous)

Kumpulan cruciferous sayur-sayuran mengandungi keluarga sayuran Brassicaceae seperti brokoli dan kubis kale. Sayuran hijau ini menyediakan indola dan isothiocyanates, iaitu bahan yang boleh membantu mencegah kanser dengan cara merangsang pengeluaran enzim yang mengeluarkan toksin daripada tubuh.

Contoh lain adalah pucuk brussel, kubis bunga, dan kubis hijau.

Kuning dan hijau (kumpulan makanan berdaun)

Sayur-sayuran kuning dan hijau adalah tinggi lutein dan zeaxanthin, fitokimia yang baik untuk mata dan berfungsi melawan kemerosotan makula berkaitan-usia, yang boleh menyebabkan kebutaan. Sayuran berdaun hijau juga adalah sumber beta-karoten.

Contohnya ialah jagung, salad, chard, bunga sawi, arugula, artichoke, sayur lobak, collard, dan lain-lain.

Jingga

Warna jingga dalam lobak merah dan batang ubi keledek memberikan kepekatan alfa dan beta-karoten yang tinggi, yang digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan vitamin A. Vitamin A ini penting dalam memastikan mata, tulang, dan sistem imun teratur. Bahan-bahan ini juga berfungsi sebagai antioksidan bagi melawan radikal bebas yang membuatkan tubuh sakit.

Contohnya, aprikot, lobak merah, mangga, betik, oren, labu, limau mandarin, ubi keledek, dan lain-lain.

Putih

Makanan dan sayuran berwarna putih mendapat warna tersebut daripada pigmen yang dipanggil anthoxanthin. Makanan warna ini juga mengandungi alisin, yang dipercayai boleh merendahkan kolesterol dan tekanan darah. Ia juga mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser perut dan penyakit jantung. Pisang dan ubi kentang adalah tergolong dalam kumpulan putih, iaitu sumber yang juga kaya dengan potassium.

Tip untuk meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran

  • Sentiasa cuci dan potong buah-buahan dan sayur-sayuran dalam peti sejuk anda, supaya anda boleh makannya bila-bila masa yang anda mahukan.
  • Campurkan sayur-sayuran ke dalam sup atau kuah stew kegemaran anda.
  • Bertukarlah kepada 100% jus buah berbanding minuman perasa buah-buahan.
  • Makan buah sebagai pencuci mulut.
  • Masukkan salad, bawang merah, lada dan tomato dalam sandwic anda.
  • Nikmati smoothie buah untuk sarapan pagi anda.

Kajian menunjukkan bahawa individu yang makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran ternyata boleh merendahkan risiko mendapat keadaan kesihatan yang serius seperti strok, diabetes jenis 2, penyakit jantung, tekanan darah rendah, dan juga kanser. Jadi, belajarlah tentang warna makanan dan tambahkan lebih buah buahan dalam diet anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    AWAS Wanita! Anda Berisiko Alami Masalah Darah Beku Jika Ambil Pil Perancang Jenis Ini

    Ada yang mengatakan pengambilan pil perancang keluarga boleh menyebabkan wujudnya risiko kesihatan seperti embolisme pulmonari. Adakah ia benar?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Ada Masalah Kulit Kering Di Sekitar Mulut? Ini Punca & Tip Merawatnya

    Kulit kering sekitar mulut boleh berpunca daripada pelbagai masalah, termasuk dermatitis perioral, alergi dan kerengsaan akibat penggunaan produk tertentu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 14/01/2021 . 3 minit bacaan

    Psssttt.. Ini Rahsia Nak Kurus! Jaga Pengambilan KALORI Harian, Ikut Cara Ini Pasti Jadi

    Mahu kurangkan berat badan? Jika ingin kurus, ini yang perlu anda ketahui mengenai kalori per hari untuk diet, barulah berkesan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan Sihat 14/01/2021 . 3 minit bacaan

    Ciuman Bibir Ke Bibir Ada Risiko Penyakit Berbahaya? Ini 6 Mitos Mengenai Mononucleosis!

    Tidak dapat dinafikan memang terdapat bahaya cium mulut, antaranya ia boleh jadi punca penyakit mono! Apakah ia? Jom klik artikel ini untuk baca tentangnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Artikel lain untuk anda

    cara hitamkan uban

    Rambut Uban Jejas Penampilan? Relaks, Boleh Cuba 7 Ramuan Tradisional Ini Di Rumah!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
    risiko seks anal

    Pasangan Gemar Lakukan Seks Dubur? Ini Petanda STD Pada Punggung Jika Suka ‘Main Belakang’

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 14/01/2021 . 3 minit bacaan
    pemeriksaan pap smear

    Bye Bye Pap Smear, Selepas Ini Wanita Hanya Perlu Jalani Ujian HPV Untuk Kesan Kanser Serviks!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 14/01/2021 . 3 minit bacaan
    perkembangan otak bayi

    Mahu Anak Yang Bijak? Ibu Cuba Lakukan 9 Rangsangan Ini Pada Si Manja, Baik Untuk Otak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 14/01/2021 . 3 minit bacaan