backup og meta

Takut Nak Ke Hospital Kerana COVID-19, Ini 3 Perkara Tentang Trend Bersalin Di Rumah Anda Perlu Tahu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 26/06/2020

    Takut Nak Ke Hospital Kerana COVID-19, Ini 3 Perkara Tentang Trend Bersalin Di Rumah Anda Perlu Tahu

    “Nak bersalin di rumah ke nak lahirkan baby dekat hospital? Macam best ‘aje’ bersalin dekat rumah.” Hmmm…jika anda berasa ingin melahirkan bayi di rumah, ikuti perkongsian artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

    Trend semasa

    Tampak macam menarik bukan trend bersalin dekat rumah ini, bukan? Tetapi adakah anda tahu bukan semua individu wanita yang ingin bersalin di rumah, sesuai melakukan proses kelahiran sebegitu. 

    Terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui sebelum membuat sebarang keputusan. Malahan, berbanding negara luar, di Malaysia, kaedah bersalin seperti ini kurang digalakkan kerana berisiko mewujudkan komplikasi bahaya kepada bakal ibu dan bayi.

    Umumnya, terdapat sistem ‘tag’ yang digunakan untuk mengkategorikan ibu yang hamil ini. Individu wanita hamil dengan tag putih atau hijau boleh memilih untuk bersalin di rumah.

    Manakala individu dengan tag kes ‘risiko tinggi’ amatlah tidak disarankan untuk mengambil risiko bagi mengelakkan berlakunya kematian kepada ibu dan / atau anak.

    Risiko yang wujud

    Sememangnya setiap kelahiran mempunyai risiko yang tersendiri. Oleh sebab itu, jika seseorang individu wanita masih ingin melakukan kaedah melahirkan bayi di rumah, ia harus dilakukan dengan cara selamat. 

    Anda harus mendapatkan pemeriksaan dan menempah anggota kesihatan terlatih yang mempunyai pengkhususan di dalam bidang perbidanan dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

    Pengawasan, pemerhatian, pemantauan dan pengendalian sewajarnya oleh anggota kesihatan terlatih wajib dilakukan untuk menghindari atau mengurangkan komplikasi yang mungkin timbul ketika proses kelahiran. 

    Kelayakan bersalin di rumah

    Haa…bukan ‘buat’ permohonan pinjaman bank ‘aje’ yang menetapkan kelayakan tertentu, nak bersalin dekat rumah pun ada kelayakan yang perlu dipenuhi. Jangan main-main, okay?

    Bagi ibu yang dikenal pasti tidak mempunyai risiko selepas pemeriksaan kehamilan dan melakukan perbincangan serta mendapatkan khidmat nasihat daripada anggota kesihatan, anda layak melakukan kaedah melahirkan bayi di rumah.

    Berikut adalah beberapa kelayakan lain, seperti:

    • Merupakan kelahiran yang kedua hingga kelima
    • Ketinggian ibu melebihi 145 cm
    • Berusia lebih daripada 18 tahun dan kurang 40 tahun
    • Berkahwin dan mempunyai sokongan daripada keluarga
    • Kandungan berusia lebih 37 minggu atau kurang dari 41 minggu
    • Anggaran berat bayi 2.5 kilogram hingga 3.5 kilogram
    • Tidak mempunyai sebarang masalah obstetrik pada kelahiran sebelumnya yang mungkin berulang dan memberi kesan kepada kandungan sekarang seperti kelahiran secara pembedahan, lekat uri atau pendarahan selepas bersalin
    • Tidak mempunyai sebarang masalah obstetrik untuk kandungan sekarang seperti kedudukan uri di bawah atau menutupi pintu rahim (palcenta praevia), kandungan kembar, kedudukan janin di dalam rahim tidak norma seperti songsang, atau menyerong dan masalah lain.
    • Tidak mempunyai masalah perubatan lalu dan sekarang seperti diabetes, hipertensi, penyakit jantung dan lain-lain
    • Keadaan rumah adalah sesuai untuk melakukan proses bersalin di rumah.

    Keselamatan harus diutamakan

    Jika anda masih memilih untuk melakukan kaedah melahirkan bayi di rumah, adalah amat penting untuk anda memastikan dan mementingkan aspek keselamatan harus diutamakan.

    Ini adalah perlu untuk mengurangkan risiko dan komplikasi yang boleh berlaku kepada ibu dan bayi semasa proses kelahiran.

    Sebaiknya, pastikan anda melakukan perbincangan dan mendapatkan nasihat daripada doktor pakar dan bertauliah. Jangan membuat sebarang keputusan semata-mata hanya untuk mengikut trend. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 26/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan