backup og meta

Tip Menghadapi Fasa Kelahiran Anak Dalam Kandungan, Ibu Bapa Persiapkan Diri!

Tip Menghadapi Fasa Kelahiran Anak Dalam Kandungan, Ibu Bapa Persiapkan Diri!

Saat yang ditunggu hampir tiba untuk menantikan kelahiran bayi anda. Bakal ibu, penting untuk anda kenali tanda bersalin semakin hampir, persiapan, risiko komplikasi dan sebagainya.

Untuk mengurangkan ketakutan dan persoalan yang berlegar di minda, persiapkan diri kalian dengan pengetahuan dan informasi tentang tanda bersalin semakin hampir.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Persiapan diri untuk kelahiran anak

Sebelum mengetahui tanda bersalin semakin hampir dan tanda tanda bersalin yang perlu ke hospital, berikut beberapa aspek persiapan penting yang perlu anda lakukan:

1. Menyertai kelas kehamilan

Ikuti kursus bersalin dan mendaftar seawal mungkin untuk mempelajari pilihan yang boleh dilakukan menjelang waktu beranak.

Kalian bebas untuk bertanyakan soalan-soalan sukar atau ‘bodoh,’ mengenai peringkat kelahiran yang bakal ditempuhi dan tanda-tanda bersalin semakin hampir.

tanda bersalin semakin hampir
Mempelajari proses kelahiran bayi.

Semakin banyak pengetahuan dikumpul, semakin banyak pilihan yang anda ada semasa proses kelahiran!

2. Cari kekuatan diri dan fokus

Menurut Carmela Cattuti, Instruktur yang memiliki latihan pensijilan yoga pranatal, perkara penting yang dipelajari wanita melalui yoga adalah cara untuk kekal fokus, menguatkan fungsi keseluruhan tubuh, meningkatkan fleksibiliti dan menambahkan stamina sebelum bersalin.

3. Banyakkan bergerak

Berdiri, berjalan, berlutut, duduk dan mencangkung akan membolehkan graviti untuk bantu menggerakkan bayi ke bahagian yang sepatutnya.

Kadangkala, usaha menggerakkan bayi ke kawasan pelvis boleh menjadi sukar, anda mungkin perlu melakukan beberapa pergerakan pinggul.

4. Kekal tenang

Semakin selesa seseorang wanita dengan tubuhnya, semakin tinggi kemampuannya untuk hadapi cabaran bersalin.

Ingatkan diri untuk kekal tenang, yang akan membolehkan kalian berfikir dengan jelas dan menghadapi tanda-tanda bersalin dengan baik.

Salah satu teknik terbaharu yang disarankan kepada bakal ibu adalah Hypno Birthing.

Kajian oleh University of Florida, di Gainsville, mendapati bahawa wanita yang terlatih dengan hipnosis diri ini lebih berkemampuan menguruskan kegelisahan, ketidakselesaan dan alami komplikasi yang lebih sedikit berbanding wanita lain.

Tanda bersalin semakin hampir: Fahami proses kelahiran

Kebiasaannya, proses untuk bersalin ini akan memakan masa berapa lama?

Tempoh waktu 9 bulan diperlukan untuk mengandungkan si manja anda, namun proses melahirkan juga boleh memakan masa berjam-jam atau berhari-hari.
Tanda bersalin semakin hampir
Menantikan proses kelahiran bayi.

Tanda bersalin semakin hampir biasanya bermula apabila anda mula mengalami gejala seperti:

  • Tekanan yang bertambah kuat di rahim
  • Tahap tenaga berubah
  • Faraj keluar darah tanda bersalin
  • Sakit miss v tanda bersalin
  • Air ketuban pecah
  • Sakit belakang atau sakit perut
  • Tanda tanda bersalin perut mengeras
  • Kekejangan, serupa dengan senggugut
  • Kerap ke tandas akibat kepala bayi anda yang menekan usus

Terdapat 3 fasa bersalin yang bakal para ibu tempuhi, iaitu:

Tahap 1: Proses kelahiran awal (early labor) dan aktif (active labor)

Tahap pertama bersalin terjadi apabila anda mula merasai kontraksi ringan, yang menyebabkan serviks melebar, melembutkan, memendek dan menipis.

Kontraksi ini membolehkan bayi bergerak ke arah saluran kelahiran (faraj).

Tahap pertama ini akan menjadi fasa terpanjang daripada 2 lagi peringkat lain.

Peringkat ini juga terbahagi kepada 2 fasa tersendiri; proses kelahiran awal (latent phase) dan proses kelahiran aktif.

Tahap 2: Kelahiran bayi anda, tanda bersalin semakin hampir

Inilah masanya! Anda akan melahirkan cahaya mata yang ditunggu-tunggu semasa peringkat kedua kelahiran ini.

pemeriksaan faraj
Kepentingan pemeriksaan faraj sewaktu melahirkan.

Berapa lama tempoh ini berlangsung? Mungkin memerlukan beberapa minit hingga beberapa jam atau lebih untuk si manja berada dalam dakapan ibu.

Perkara yang boleh anda lakukan? Teran! Doktor akan meminta anda untuk menahan diri semasa kontraksi dan meneran bila perlu.

Ketika meneran, cuba yang terbaik untuk kekal tenang dan menumpukan perhatian kepada proses tersebut.

Jika mampu, anda boleh bereksperimen dengan posisi yang berbeza sehingga dapat mengenal pasti kedudukan yang paling sesuai dan selesa!

Untuk kekal bermotivasi, anda mungkin akan diminta untuk merasai kepala bayi atau menyaksikan proses kelahiran melalui cermin.

Tahap 3: Pengeluaran uri

Selepas si comel dilahirkan, rahim akan mengecut dan bakal ibu akan mula berasa lega.

Anda mungkin akan memegang bayi di dada atau perut, hargailah masa-masa berharga ini…

Tetapi, perjuangan anda masih belum selesai ya! Pada peringkat ketiga ini, uri pula akan dikeluarkan.

Uri biasanya akan terkeluar sebagai salah satu tanda bersalin semakin hampir dalam masa 5 hingga 30 minit, tetapi prosesnya mungkin berlangsung selama 1 jam.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. High-risk pregnancy: Know what to expect. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/high-risk-pregnancy/art-20047012/. Accessed on April 1, 2021.
  2. Giving birth – stages of labour. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/labour-the-signs-and-stages, Accessed on April 1, 2021.
  3. Approaches to Limit Intervention During Labor and Birth. https://www.acog.org/Clinical-Guidance-and-Publications/Committee-Opinions/Committee-on-Obstetric-Practice/Approaches-to-Limit-Intervention-During-Labor-and-Birth?IsMobileSet=false, Accessed on April 1, 2021.
  4. Births – Method of Delivery. https://www.cdc.gov/nchs/fastats/delivery.htm, Accessed on April 1, 2021.
  5. Category: Labor and Birth. https://americanpregnancy.org/labor-and-birth/, Accessed on April 1, 2021.
  6. 10 things you need to know about giving birth. https://www.nct.org.uk/labour-birth/getting-ready-for-birth/10-things-you-need-know-about-giving-birth. Accessed on April 1, 2021.

Versi Terbaru

21/06/2024

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Awas! Ini Penyebab Masalah Sakit Perut Semasa Hamil, Jangan Pandang Ringan!

Semak 12 Tanda Awal Mengandung Ini, No. 12 Simptom Paling 'Rare'!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 21/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan